Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Ramai yang tahu bahawa terdapat ramai daripada anda di luar sana yang tahu apa itu blog. Namun, ada juga yang masih ingin tahu mengenai sejarah dan keadaan industri blog masa kini.
Blog pertama yang wujud telah dicipta oleh Justin Hall, pada bulan Januari 1994. Pelajar kolej ini lebih awal dari zamannya, bahawa dia telah membuat blog dengan nama links.net yang beliau anggap sebagai ‘laman peribadi’. Tetapi, blog seperti yang kita ketahui hari ini telah menjadi lebih daripada satu buku harian ringkas di laman sesawang. Blog hari ini telah mendapat tempat di antara sumber maklumat paling boleh dipercayai di internet.
Blog juga penting bagi mereka yang mempunyai perniagaan tidak kira secara offline atau online. Kajian menunjukkan individu atau syarikat yang mempunyai blog:
- telah menerima lebih 97% pautan ke laman sesawang.
- lebih 70% pengguna mendapatkan maklumat lanjut di artikel blog.
- 94% pembaca yang menekan butang ‘share’ ingin berkongsi maklumat dengan dunia atas talian.
- pelawat bertambah sebanyak 55% ke laman blog.
- 92% pelanggan yang diperolehi adalah dari artikel-artikel di blog.
Kenapa orang suka blog?
Terdapat kira-kira 1.5 bilion blog di internet. Individu, perniagaan kecil, dan bahkan syarikat besar adalah ahli komuniti blog. Blog juga sangat penting untuk pemasaran dan perhubungan awam dan mereka meningkatkan jualan ‘e-commerce’ dan sesuai untuk manaiktaraf perniagaan.
Anda tidak perlu menjadi seorang pakar dalam teknologi atau pakar memasak untuk menulis blog. Apa yang perlu anda lakukan ialah menulis tentang sesuatu yang anda hayati dengan lebih mendalam. Terdapat banyak cara untuk membentangkan topik tertentu tetapi perkara yang paling penting adalah jujur, supaya blog dapat menjadi terjemahan dari fikiran, pengetahuan dan pendapat anda.
Blog hasilkan pendapatan?
Ramai penulis blog sudah berkongsi cara membuat duit dengan blog. Sekiranya ramai yang mengikut tips-tips yang telah diberikan. Di antaranya adalah affiliate, google adsense, pengiklanan ‘banner’, ulasan berbayar, kursus online, penulis jemputan dan banyak lagi.
Anda boleh memberi maklumat, provokatif, pendidikan, hiburan dan seribu perkara lain tentang anda dan topik anda akan membentuk ‘niche’ blog anda. Sebaik sahaja blog anda mula memperoleh keperibadian tertentu, ia akan menarik orang yang berfikiran sama. Dan dari situlah bermulanya ‘unique visitor’, pageviews dan pelbagai lagi aspek untuk dikepilkan di dalam portfolio anda.
Bagi yang ingin bimbingan dengan blog, boleh sertai Elite Blogger Program.
Justeru terdapat kepentingan juga untuk para usahawan mempunyai blog sendiri kerana kajian telah menunjukkan betapa pentingnya blog untuk sesebuah syarikat di samping menjadi sebahagian identiti. Industri blog dunia telah menunjukkan bahawa kepentingan artikel di blog juga untuk jangkamasa yang panjang.
Sememangnya kita ada membuat perkongsian di laman sosial media, namun kita tidak tahu setakat mana dan sejauh mana perkongsian itu bertahan. Berbanding dengan menggunakan medium blog sebagai alat pemasaran dan jika ditanya secara peribadi kepada penulis, lebih memilih platform WordPress sebagai pilihan.
Bagi mereka yang sudah menjadi penulis blog, sudah tentu ada perancangan dan halatuju dalam memperhebatkan lagi kuasa dan pengaruh blog masing-masing. Kajian juga menunjukkan :
- 33% penulis blog menghabiskan masa sekitar 6 jam untuk hasilkan artikel berkualiti tinggi termasuk optimasi carian enjin.
- 15% penulis blog menggunakan video dalam artikel.
- 23.3% penulis blog memuatnaik artikel pada hujung minggu berbanding 20% pada hari biasa dengan kekerapan 2 hingga 6 artikel.
- 31.7% penulis blog akan sentiasa memeriksa analytic blog mereka.
- 77.7% penulis blog meletakkan gambar di dalam artikel dan lebih 51% meletakkan lebih daripada satu gambar.
Di sini telah menampakkan betapa pentingnya industri blog tidak kira untuk individu mahupun syarikat yang cukup banyak di luar sana masih belum mempunyai blog sebagai identiti dan salah satu cabang pemasaran. Semoga panduan ini akan menyemarakkan industri blog pada tahun 2018 dan anda lebih yakin apabila mendalami ilmu blog.
89 Comments
Hanya yang betul betul serius dan komited saja akan berjaya dalam sesuatu bidang, selebihnya rezeki dan tuah dari Allah
Curahan rasa Ibu Zaid @ ..Masbro Village Homestay Menarik Di Alor Gajah Melaka! Macam di Oversea
i feel good for reading this . semoga lepas ni lebih ramai orang boleh jana pendapatan melalui blog . keeps on supporting bloggers.. visit https://www.ketamkecil.com/cara-atasi-cepat-penat-dan-mengantuk-untuk-ibu-yang-sibuk-bekerja/
Curahan rasa fae @ ..Panduan Penjagaan Rahim Wanita Untuk Kesihatan Dan Keharmonian Rumahtangga
I think this is one of the most significant information for me. And i’m glad reading your article. Thank for sharing! – sameday shirdi flight package, shirdi flight package sameday
terima kasih untuk infonya semoga bermanfaat i like it thanks
Curahan rasa grosir gamis murah @ ..0812-8811-9011, GROSIR GAMIS TANAH ABANG, HARGA MURAH BERKUALITAS
artikelnya sangat menarik semoga bermanfaat terima kasih informasinya i like it thank
Curahan rasa grosir gamis murah @ ..0812-8811-9011, GROSIR GAMIS TANAH ABANG, HARGA MURAH BERKUALITAS
artikelnya sangat menarik semoga bermanfaat nice i like it , thank
Curahan rasa grosir gamis murah @ ..0812-8811-9011, GROSIR GAMIS TANAH ABANG, HARGA MURAH BERKUALITAS
kalau dulu, blog digunakan sebagai “diari online” tapi sekarang ianya jadi lebih daripada itu. ramai yang dah mula nampak kelebihan yang ada pada sesebuah blog. dan atas sebab itu, blog kini tumbuh bak cendawan. 🙂
Curahan rasa mrejoy @ ..7 lokasi “Outdoor wedding Venues” yang tersangat cantik di Malaysia!
Blog adalah tempat untuk kita berkongsi info yang menarikdan berguna kepda orang ramai.Oleh ,entri yang menarik dapat menarik minat para pembaca.Nice Info
Curahan rasa Ira @ ..Apa Bahan Yang Digunakan Dalam Produk Shaklee Bahagian 16
Blog tempat kita berkongsi info yang menarik sert berguna kepada orang ramai dan mengisi masa lapang kita daripada terbuang begitu sahaja.Nice Info.
Curahan rasa Ira @ ..Apa Bahan Yang Digunakan Dalam Produk Shaklee Bahagian 16
Blog lebih dari sekadar tempat berhibur bersama-sama rakan blogger dengan berbalas komen.
Curahan rasa encikhafiz.com @ ..Gambar dan Spesifikasi Toyota C-HR 2018 Malaysia
Serius cakap, ramai lagi yang masih belum potensi sebenar blog. Bagus ada program Elite Blogger , setidak-tidaknya yang di luar sana lebih tahu memblog secara bijak.
Curahan rasa JMR @ ..Pengalaman Pertama Menginap di Singapura Melalui Airbnb
betul, meraka ada bakat namun agak kabur untuk menuju ke puncak.
Curahan rasa encikhafiz.com @ ..Gambar Proton X7 SUV Proton Pertama Bersama Geely
Good to know. Very useful and creative. Your information is very interesting. Thank you for sharing. – bangalore to shirdi tour package, bangalore to shirdi flight package
entri yg bagus untuk buka mata peniaga2 baru utk gunakan medium blog sebagai medium pemasaran yang lebih kekal lama di carian google. selain itu juga blog ni sgt sesuai untuk brand awareness dan boleh dijadikan sebagai tempat rujukan untuk customer
Curahan rasa Mohd Rasul @ ..Lori Sewa Shah Alam & KL Murah Dengan TempahLori.com
blog masih lagi relevan walaupun sekarang zaman persaingan dengan facebook
Curahan rasa encikhafiz.com @ ..Tarikh Duit BR1M 2018 Masuk
blogger sendiri perlu menerbitkan entry berkualiti supaya dpt meyakinkan org ramai
Curahan rasa nikkhazami @ ..Tonton Liga Malaysia Percuma di iFlix
nice entry tuan. masih ramai yang tak faham berkenaan blog dan website sebenarnya.
Curahan rasa Yoy @ ..Lihat Foto dan Itinerari Maldives Pasangan Ini Selama 5 Hari
Comments are closed.