Impak ikan ‘bandaraya’, gadis ini kongsi ikan yang bahaya dilepaskan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pernah dengar mengenai ikan bandaraya?

Ikan bandaraya atau Hypostomus plecostomus merupakan nama saintifik bagi ikan air tawar tropika yang berasal dari Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Ikan bandaraya berasal dari keluarga biologi Loricariidae. Ikan bandaraya memakan alga, dan sebagai cara untuk membezakan mereka dari haiwan kecil pemakan alga yang lain, kerana itu acap kali ia dirujuk sebagai plecostomus.

Ikan bandaraya merupakan spesies ikan yang sangat popular untuk dibela dalam akuarium kerana sifat semulajadi ikan tersebut yang mampu membersihkan akuarium dan tangki dengan memakan alga serta saki baki makanan ikan dan ikan-ikan yang mati.

Baru-baru ini viral mengenai twit seorang gadis yang bernama Innanie Ariffin membuat perkongsian tentang ikan yang digelar ikan bandaraya atau dbkl atau majlis. Namanya sebegitu kerana merupakan ikan ‘pembersihan’.

Setakat ini, tweet beliau mendapat lebih 22 ribu retweet dan lebih 8 ribu likes. Dan perkara itu telah mendapat perhatian JOHARA Pagi di ERA.

Ikan ni jenis daya survive dia tinggi. So, dia boleh hidup dlm air kotor. Dengan cara makan semua yang ada di dasar perairan. Hinggakan dia memakan telur-telur ikan yang lain. Sampai satu tahap, dia boleh makan spesies dia sendiri yang bersaiz kecil.

Lagi dasyat, ikan ni turut makan logam-logam berat dan bahan-bahan merbahaya. Di Indonesia, akibat terlalu banyak ikan bandaraya atau dipanggil ikan sapu-sapu ni, ada pihak yang tangkap ikan ni dan jual dagingnya untuk dijadikan bakso.

Di Malaysia, ikan ini digelar ‘ikan bandaraya’, di Indonesia digelar ‘ikan sapu-sapu’.

Sedangkan ikan tu berisiko tinggi untuk manusia makan akibat ikan tersebut turut makan logam-logam berat yang ada dalam air. Malahan, org Indonesia sendiri tak dapat bezakan mana satu bakso ikan sapu-sapu.

Baru ni, di BanjarBaru, Indonesia – sebanyak 2 tan ikan sapu-sapu dimusnahkan. Malahan baru-baru ni, Kerajaan dah keluarkan amaran utk Melarang orang ramai lepaskan ikan jenis ni di perairan umum.

Jadi, selain daripada ia bagus untuk mencuci akuarium dgn makan lumut, ikan dbkl/ikan sapu-sapu ni tak boleh dibiarkan berada di perairan Msia.Boleh tengok gmbar last “Senarai Hidupan yang DILARANG untuk DILEPASKAN di Perairan Umum”. Amek tahu ok!I’m Doneeee 🙂

Cadangan:
1. Awareness besar-besaran supaya masyarakat BUANG mentaliti “Dah tak nak bela, lepaskan kat sungai/kolam!”
2. Kuatkuasakan undang2 dgn halang perdangangan ikan jnis ni di pasaran. 3. Letakkan info/papan tanda di kawasan kolam/sungai – spesies yg dilarang dilpskan

Kita biasanya akan mendapati sukar untuk meyediakan kediaman buat ikan bandaraya khususnya dalam akuarium yang padat dengan tumbuhan akuatik, ini kerana sifat semulajadi ikan ini juga suka mengorek lobang dan membuat sarang dicelah batuan dan pasir dalam akaurium.

Biasanya perlu kembali menanam semula pokok atau membetulkan kedudukan pokok kerana ia mudah beralih atau apung kepermukaan air akibat aktiviti korek pasir oleh ikan ini.

Dalam beberapa kes, ikan bandaraya boleh bertindak agresif kepada ikan lain yang mengambil tempat menyoroknya untuk dijadikan kawasan perlindungan, untuk itu saiz akuarium dan jumlah batuan mestilah lebih luas dan dikawal atur bilangan dan susunannya.

Ikan yang selalunya menjadi perbalahan dengan ikan bandaraya seperti ikan pisau perang, ikan buluh atau ikan tali dan belut tayar.

Mereka yang biasa bela ikan di dalam akuarium atau kolam, mesti ada yang pernah bela ikan ‘bandaraya’ ni kan?

4 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!