Assalamualaikum dan salam 1Dunia, demam fb ads semakin menjadi-jadi apabila semakin ramai diangkat sebagai sifu FB ads. Memang bagus belajar ilmu fb ads kalau tidak pasti ramai membazir membayar dengan harga yang terlalu mahal untuk iklan di facebook. Boleh juga iklan percuma di facebook tetapi hasilnya memang kurang bagus kerana iklan percuma selalu dipaparkan kepada umum yang kurang memberi kesan.
Soalannya sekarang apa tujuan utama kita beriklan berbayar atau percuma di FB Ads atau di medium-medium sosial media yang lain. Majoriti kelihatan seperti terlalu fokus untuk menjual produk. Mungkin juga hasil didikan sebahagian sifu ads yang sering menekankan berapa hasil jualan untuk setiap sen yang dikeluarkan untuk iklan. Kejayaan atau kegagalan seseorang pengiklan dinilai berdasarkan conversion sesuatu projek pengiklanan.
Aku fb ads dari sudut berbeza. Kalau semasa tidak menggunakan power editor fb ads terlalu banyak duit dibazirkan membayar iklan tetapi sekarang tidak lagi. Aku tidak mementing beberapa banyak jualan untuk setiap iklan fb ads yang dibeli tetapi lebih kepada penjenamaan “Denaihati” pada harga yang lebih murah. Bagi aku penjenamaan adalah raja kepada segala kejayaan dalam perniagaan.
Lihat kepada syarikat berjenama besar seperti KFC, Starbuck, Adidas, Apple, Rolex dan lain-lain jenama besar tidak perlu iklan yang extreme seperti iklan terlajak laris atau qu puteh untuk memikat pelanggan. Syarikat jenama besar hanya mengiklankan jenama mereka sesekali di TV dan membeli sign board besar di tepi highway bukan untuk menjual produk tetapi untuk terus mengaktifkan minda bawa sedar pengguna tentang jenama mereka.
Semasa aku menghadiri seminar lejen IM 2014 jelas bukti menunjukan bahawa mereka yang berjaya menggunakan fb ads adalah mereka yang mempromosi jenama mereka contohnya syarikat gel amani tetapi bukan mereka yang menjual berbagai produk tanpa jenama khas. Jadi pendapat peribadi aku lebih baik seorang blogger gunakan iklan untuk kukuhkan jenama blog.
Apabila jenama blog sudah kukuh pasti berbagai produk boleh dijual malah pasti banyak syarikat yang dengan senang hati suka beriklan pada blog kita. Tujuan mengukuhkan jenama blog atau produk adalah untuk menjadikan jenama tersebut bekerja untuk tuannya pada suatu hari nanti tanpa perlu bekerja terlalu teruk. Lihat sahaja bagaiman Bill Gates sudah berehat sekarang sebagai orang paling kaya di dunia setelah bekerja kuat diawal penubuhan Microsoft, itulah kuasa penjenamaan.
Mungkin 10 tahun nanti Denaihati juga akan jadi begitu. Bagaimana pula perancangan penjenamaan anda?
102 Comments
dah muak dgn iklan produk kecantikan yg melampau di tv dan surat khabar.
pada saya agak keterlaluan
Curahan rasa nikkhazami @ ..Fakta Menarik Filem Furious 7
Dua-dua kena bergerak seiring. Jenama yang popular membantu meningkatkan bilangan jualan.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Terujanya Bila Tengok Suasana Pembelajaran Anak di Little Caliphs Semenyih
iklan boleh buat untuk pelbagai aspek tidak kira jualan dan lain lain
Kegiatan yang tidak bisa ditinggalkan untuk terus meningkatkan branding suatu produk yg dijual sehingga pembeli akan selalu ada…Bisnis tanpa iklan perlahan-lahan akan kolep..
Curahan rasa Toko Sepatu Online @ ..Sepatu Kerja Wanita Model Boots US 021
adakalanya iklan digunakan untuk kempen secara bersiri, sedikit demi sedikit pendedahan ditonjolkan sehinggalah pelanggan membeli atau mendapatkan produk atau servis yang diiklankan.
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..Tips Temuduga Latihan Separa Perubatan Gred U29
iklan online membuat kreasi dan kreatif seseorang,meningkatkan penghasilan seseorang,mengguranggi pengganguran,trim
Curahan rasa alat bantu pria @ ..Pesan 3 Prduk Discon 10% Dan Bonus 1 Produk.
idea yang bernas, jenamakan dan popularkan blog, bukan iklan sekadar nak menjual…
Curahan rasa Mak Jemah Jual Vitamin @ ..Cara Merawat Asma Pada Kanak-Kanak Dengan Bantuan Selain Steroid
saya memang percaya akan kuasa iklan yang hebat sebab iklanlah yang dah buat saya beli banyak benda walaupun saya tk tahu kebergunaannya kepada saya.. perempuan kan.. hehee
Curahan rasa muja @ ..Aku dengan Tunang Katangku- Macam Mana Aku Kenal Dengan Dia
iklan boleh mengubah presepsi tentang sesuatu product. saya suka tengok iklan kt amerika. iklan mereka ringkas dan menarik. tak memerlukan kos yg tinggi
Curahan rasa Tim Nusara Catering @ ..Video Kenangan Indah oleh Eternity Production
Kalau mengiklankan jenama yang sememangnya sudah kukuh dan dikenali amat mudah la untuk tarik pengguna supaya membeli
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Protein ESP shaklee Memang Terkenal dan TERBUKTI berkesan!
teknik iklan yang betul akan mempengaruhi jualan sesuatu produk….produk yang mempunyai jenama yang gah memang mudah untuk diiklankan…
Yang ada dalam pikiran saya tentang iklan, bagaimana agar cepat diapprove Google AdSense di blog saya mas … 😀
Curahan rasa InfoMenarik.NET @ ..Optimalkan Kinerja Loading WordPress Dengan Menghapus Post Revisi
saya juga terfikir iklan apa yang sesuai untuk mengetengahkan jenama ke dalam masyarakat..
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Rahsia Dapat RM1700 Dalam 30 Hari
Iklan pun kena tengok strategi dan masa. Kalau salah iklan, boleh bawa nama yang tak elok pula.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Promosi Shaklee April 2015 Yang Sangat Fantastic~
Iklan juga boleh dilakukan untuk memperkukuhkan lagi jenama kita di pasaran
adakah pengiklanan yang bagus bermaksud banyak jualannya..? nak kena baca lagi sekali entry ni.. agak kurang jelas bahagian tu..
Curahan rasa kesoma.rai @ ..Kemelut halal haram tapai dan shoyu
Comments are closed.