Iklan bukan untuk jualan sahaja

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, demam fb ads semakin menjadi-jadi apabila semakin ramai diangkat sebagai sifu FB ads. Memang bagus belajar ilmu fb ads kalau tidak pasti ramai membazir membayar dengan harga yang terlalu mahal untuk iklan di facebook. Boleh juga iklan percuma di facebook tetapi hasilnya memang kurang bagus kerana iklan percuma selalu dipaparkan kepada umum yang kurang memberi kesan.

Kenapa Beriklan?

Soalannya sekarang apa tujuan utama kita beriklan berbayar atau percuma di FB Ads atau di medium-medium sosial media yang lain. Majoriti kelihatan seperti terlalu fokus untuk menjual produk. Mungkin juga hasil didikan sebahagian sifu ads yang sering menekankan berapa hasil jualan untuk setiap sen yang dikeluarkan untuk iklan. Kejayaan atau kegagalan seseorang pengiklan dinilai berdasarkan conversion sesuatu projek pengiklanan.

Aku fb ads dari sudut berbeza. Kalau semasa tidak menggunakan power editor fb ads terlalu banyak duit dibazirkan membayar iklan tetapi sekarang tidak lagi. Aku tidak mementing beberapa banyak jualan untuk setiap iklan fb ads yang dibeli tetapi lebih kepada penjenamaan “Denaihati” pada harga yang lebih murah. Bagi aku penjenamaan adalah raja kepada segala kejayaan dalam perniagaan.

proses penjenamaan

Lihat kepada syarikat berjenama besar seperti KFC, Starbuck, Adidas, Apple, Rolex dan lain-lain jenama besar tidak perlu iklan yang extreme seperti iklan terlajak laris atau qu puteh untuk memikat pelanggan. Syarikat jenama besar hanya mengiklankan jenama mereka sesekali di TV dan membeli sign board besar di tepi highway bukan untuk menjual produk tetapi untuk terus mengaktifkan minda bawa sedar pengguna tentang jenama mereka.

Semasa aku menghadiri seminar lejen IM 2014 jelas bukti menunjukan bahawa mereka yang berjaya menggunakan fb ads adalah mereka yang mempromosi jenama mereka contohnya syarikat gel amani tetapi bukan mereka yang menjual berbagai produk tanpa jenama khas. Jadi pendapat peribadi aku lebih baik seorang blogger gunakan iklan untuk kukuhkan jenama blog.

Apabila jenama blog sudah kukuh pasti berbagai produk boleh dijual malah pasti banyak syarikat yang dengan senang hati suka beriklan pada blog kita. Tujuan mengukuhkan jenama blog atau produk adalah untuk menjadikan jenama tersebut bekerja untuk tuannya pada suatu hari nanti tanpa perlu bekerja terlalu teruk. Lihat sahaja bagaiman Bill Gates sudah berehat sekarang sebagai orang paling kaya di dunia setelah bekerja kuat diawal penubuhan Microsoft, itulah kuasa penjenamaan.

Mungkin 10 tahun nanti Denaihati juga akan jadi begitu. Bagaimana pula perancangan penjenamaan anda?


Spread the love

102 Comments

  1. Betul tu, macam saya, dari tahun 2009 lagi dah start bina jenama produk saya, so sekarang ni saya dah tak perlukan promosi mcm awal2 dulu.. hehe

  2. Masalah utama, rata rata yang guna FB Ads tanpa hala tuju ni, berniaga atas suka suka saja, katanya nak cari sideincome online, tapi tak fikir, kalau dah ada authority, identiti (jenama) senang nak jual ke prospek tanpa perlu banyak layan karenah orang ramai ni.

    Setting ecommerce, boom! jualan macam Lazada buat 🙂

    Kan senang nak fokus jualan selepas tu..
    Curahan rasa Syahril Hafiz @ ..Cara Untuk Spy Kaedah Yang Digunakan Oleh Peserta Contest SEO Malaysia Best Blog 2015My Profile

  3. Kalau lihat brand-brand terkenal, mereka mungkin menggunakan FBads sebagai salah satu medium pengiklanan. Tapi, pada pandangan saya, mereka sebenarnya hanya memancing traffik dari FB terus ke website diorang. So bile traffic tinggi -> Ranking website naik -> dapat front page google search.

    Jika dibandingkan dengan Google Adword, FBads lagi murah Cpc nya.
    Curahan rasa Hafiz Mustapha @ ..Alam Suites GalleryMy Profile

    1. Bro Hafiz tak juga murahnya.. Depend pada kemahiran orang yang buat iklan dan produk yang ingin dipasarkan. Dua-dua ada pro dan kontranya… Ada produk yang baru dan tiada permintaan sudah tentu sukar untuk buat jualan dengan menggunakan SEM atau SEO. Fbads adalah lebih sesuai. Lagi satu sekarang ni kita boleh gunakan WCA untuk buat retargeting kepada pelanggan yang melawat website kita. Jadi iklan akan ikut aje kemana dia pergi..
      Curahan rasa Sani Sini Sana @ ..Seminar MB2000 – Uji Idea Bisnes Anda Dalam Masa 48 Jam.My Profile

  4. iklan memang penting untuk menjenama blog atau produk. Cuma kaedah dan cara terpulang kepada pemiliknya dan tidak semua orang bijak buat iklan.
    Saya sendiri segan sebenarnya nak iklankan blog … maklumlah blog picisan… 🙂
    Curahan rasa yangbaik @ ..CPUV Bulan MacMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!