Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, musim haji kian dekat. Syukur kepada tetamu-tetamu ALLAH yang sudah dan bakal berada di Tanah Suci. Kepada yang belum terpilih mari sama-sama kita berazam untuk jadikan ibadah haji sebagai keutamaan hidup bagi menyempurnakan rukun Islam ke lima dengan apa cara sekali pun tanpa ada terselit dalam hati sekelumit perasaan prasangka bahawa ALLAH tidak mampu memberi sumber kewangan kepada kita.
Kepada yang tidak terpilih tahun ini apa kata kita beramai-ramai melaksanakan ibadah korban yang merupakan salah satu ibadah sunat muakkad. Ibadah yang sangat dituntut oleh Islam kepada semua umatnya setiap tahun mengambil iktibar dari pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s. Lagi susah untuk kita mengeluarkan dana bagi menyempurnakan ibadah korban lagi tinggi martabatnya kerana itulah sebenarnya erti pengorbanan sebagaimana susahnya Nabi Ibrahim a.s nak mengorbankan anaknya sendiri Nabi Ismail a.s. Ibadah korban bukan hanya untuk orang yang kaya raya sahaja dan kita mencari berbagai alasan untuk tidak melaksanakan.
“Aku (atau para sahabat) telah bertanya kepada Rasulullah: “Ya Rasulullah, apakah udh-hiyah(korban) itu ?, Nabi menjawab: “Inilah sunnah ayahmu Nabi Ibrahim.” Mereka berkata: “Apakah yang kita peroleh dari udh-hiyah (korban) ?” Nabi menjawab: “Di tiap helai bulunya, kita memperoleh satu kebajikan.” (HR. Ahmad dan Ibnu Majah dari Zaid ibn Arqam).
Koreklah koceh dan akaun bank biar tinggal kosong dengan satu niat berkorban kerana ALLAH pasti anda akan mendapat ganjaran berlipat kali ganda bukan sahaja di akhirat malah di dunia juga. Ibadah korban boleh dilaksanakan dimana sahaja yang mudah seperti di masjid kawasan kita tinggal atau luar negara seperti Kemboja. Kenapa Kemboja mungkin entri “Kenapa Qurban di Kemboja” akan dapat membuka hati dengan hanya RM280 untuk satu bahagian.
Kepada yang ingin mendapat ganjaran yang lebih boleh juga melaksanakan korban di Mekah semasa musim Haji. Korban seekor kambing untuk seorang penama dengan harga hanya RM400 pasti satu ibadah yang berbeza. Daging-daging korban di Mekah akan ditinkan oleh badan yang menguruskan korban untuk diedarkan ke negara-negara miskin di seluruh dunia.
KLIK SINI UNTUK MEMBUAT TEMPAHAN KORBAN DI MEKAH
Aku menyeru kepada semua pembaca yang membaca entri ini supaya melaksanakan ibadah korban tahun ini biar pun hanya satu bahagian lembu atau seekor kambing. Kalau belum ada dana usahakanlah kerana manafaat sangat banyak antaranya membuka berbagai pintu rezeki. Kepada yang selalu mengeluh tak ada duit sebenarnya ibadah korban adalah salah satu cara pembuka pintu rezeki apabila kita melaksanakan hanya kerana ALLAH demi untuk bertaqwa kepada ALLAH. Jangan biarkan ianya berlaku kerana tahun hadapan belum tentu ada kesempatan untuk kita.
Barang siapa yang BERTAQWA kepada ALLAH s.w.t nescaya DIA akan mengadakan baginya jalan keluar.Dan memberikannya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barang siapa yang bertawakal kepada ALLAH s.w.t nescaya ALLAH s.w.t akan mencukupkan (keperluan) nya. Sesungguhnya ALLAH s.w.t melaksanakan urusan (yang dikehendakin) nya. Sesungguhnya ALLAH s.w.t telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. (Surah AT-TALAQ : Ayat 2-3)
Apabila kita hayati maksud ayat At Talaq di atas,ALLAH sudah berjanji kepada mereka yang BERTAQWA, termasuklah kepada mereka yang melaksanakan ibadah yang sangat dituntut iaitu ibadah korban maka ALLAH akan berikan jalan keluar untuk berbagai masalah seperti masalah rezeki, kesihatan, hubungan keluarga, pekerjaan dan apa sahaja masalah yang kita ada. Yakinlah dengan janji ALLAH.
No related posts.
476 Comments
insyaAllah ..semoga makin murah rezeki mereka yang melakukan ibadah korban..
Curahan rasa JMR @ ..Sori tertekan
Harga yang ditawarkan dah cukup berbaloi dah tu …. peluang terbuka luas untuk buat ibadah Qurban
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Sebab Astro Suka Ulang Siaran
Betul tu . kalau berkemampuan sekarang ni, nak je ambil bahagian sekali dengan ibu abah tapi duit tabung takcukup lagi nak support . InsyaAllah, bila dah bekerja nanti ^^
Curahan rasa Anies Msletoes @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
masih ada peluang untuk mereka yang tak sempat tempah lembu dan sebagainya. sekarang ini senang sebab online sahaja
Curahan rasa ainun @ ..Pengalaman Guna Altel
Selagi belum tarikh tutup memang masih ada peluang untuk laksanakan korban nih..bukan apa, selepas tarikh tutup banyak lagi urusan lain yang berkaitan yang perlu mereka uruskan..amanah tuh..
Curahan rasa UpProfits @ ..Kelantan vs JDT Piala Malaysia 2 Sept 2014
betul tu..so kpd yg berminat, cepat-cepat la book kan..besar pahala ni
Curahan rasa JMR @ ..Sori tertekan
Dari segi bahasa, korban bermaksud sesuatu yang dikorbankan kerana Allah subhanahu wata‘ala. Dari sudut syara‘, korban bermaksud menyembelih binatang yang tertentu pada masa-masa yang tertentu dengan niat mendekatkan diri kepada Allah subhanahu wata‘ala.
Curahan rasa adna2029 @ ..Giveaway Santai bersama Azwar, Huda dan Mamaniza
Tak kira dari segi bahasa mahupun syara’ kedua2nya bermaksud baik.. apa yang penting niat yang baik dan ikhlas itu pasti akan dipermudahkan oleh-Nya..
Curahan rasa UpProfits @ ..16 September Hari Malaysia
jom kita berkorban lepaih ni dapat darah tinggi makan banyak daging hihiii..berkorban salah satu ibadah kan..
Curahan rasa adna2029 @ ..Giveaway 2014 Mialiana.com
sama-samalah kita ber Qurban untuk melaksanakan satu ibadah dalam hidup kita
Curahan rasa Kisah Si Dairy @ ..Susu Punya Pasal
Kalau tak silap makan daging kambing bukan punca utama darah tinggi..daging kambing kurang berlemak maka kurang lah kolestrol..
Curahan rasa UpProfits @ ..Apple perkenal iPhone 6, iPhone 6 Plus dan Apple Watch
insyaAllah tahun ni nak buat ibadah korban ni..semoga dipermudahkan..
Curahan rasa Nana Aris @ ..Lecithin vs Omegaguard. Mana lebih baik?
insyallah,semoga dipermudahkan untuk Qorban tahun hadapan pulak.Kena berusaha keras sikit la kan..
Curahan rasa Kisah Si Dairy @ ..Susu Punya Pasal
insyaAllah semoga dipermudahkan olehNya. banyak sangat manfaat yang kita boleh dapat malalui amalan korban ni . kalau berkemampuan, elok diteruskan menunaikan ibadah yang amat dituntut oleh agama ^^
Curahan rasa Anies Msletoes @ ..Tugasan Kedua Cabaran iPhone 5s
teringin ingin melaksanakan ibadah qurban . tapi masih belum berkemampuan .. insyallah sampai masa saya akan buat
Curahan rasa faizuddin fuad @ ..Tersenarai Dalam Halaman Utama Google.com
saya pun memang dah lama nak buat ibadah qurban nie..Moga Allah swt memperluaskan rezeki untuk saya.insyallah…amin
Curahan rasa Kisah Si Dairy @ ..Susu Punya Pasal
Qurban di Kemboja salah satu cara untuk kita bantu ummah di luar sana.
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2014
Ibadah korban yang ikhlas sangat besar ganjaran. Jadikan ia satu medium untuk bersedekah dihari mulia ini. InsyaAllah hari raya haji ini menjadi satu langkah besar lagi dalam hidup saya.
Curahan rasa Khairul Zamri @ ..Mudahnya Menjemput Rezeki
Itulah, tadi dah tgk pengumuman tgk anak bulan Zulhijjah untuk ketetapan hari raya aidiladha tahun ni …
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2014
sangat besar ganjarannya,dan Allah memberi pulangan yang besar jugak untuk kita..insyallah
Curahan rasa Kisah Si Dairy @ ..Susu Punya Pasal
setuju tu..sangat besar ganjaran kalau kita lebih ikhlas dalam melaksanakannya..
Curahan rasa Kisah Si Dairy @ ..Susu Punya Pasal
Kalau dapat merasakan korban kat sana depan depan oh indahnya
Curahan rasa cikgu naman @ ..Tips dan Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan
Saya pun dah lama tak join jemaah gotong royong ibadah qurban ni … selalu buat kat kampung, bila nak pegi je selalu dah selesai.
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2014
kan best kalau kita sendiri dapat pergi ke sana dan melakukan ibadah qurban itu sendiri kan…
Curahan rasa Kisah Si Dairy @ ..Susu Punya Pasal
rindu sangat suasana waktu kecik dulu. selalu ikut atok pergi tengok lembu.. pastu sibuk sangat nak tolong nenek bahagikan daging korban kat jiran-jiran ^^ Dulu je, skarang rasa lain sangat. suasana hari raya korban tak semeriah sambutan aidilfitri sedangkan, hari raya aidiladha inilah yang kita perlu sambut dengan meriah .
Curahan rasa Anies Msletoes @ ..Menang White Falcon Guitar Keychains ! !! !
kan? sepatutnya hari raya aidiladha yang disambut dengan meriah. Kita sekarang ni seolah-olah lupa, Hari raya aidilfitri yang disambut meriah
Curahan rasa hajar ashikin @ ..Giveaway 2014 Mialiana.com
Aidil adha dah dekat.mesti ramai yang tengah survey-survey untuk melaksanakan ibadah yang dituntut.
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Cabaran 30 hari : 5 lagu cinta kegemaran anda
kalau dekat luar tu,confirm la time2 macam nie harga naik sikit kan.
Curahan rasa Kisah Si Dairy @ ..Susu Punya Pasal
Masih sempat lagi pada siapa yang ingin melakukan ibadah korban ini…semoga dipermudahkan semuanya…
Curahan rasa shamiera osment @ ..Wordless Wednesday : 100 Followers Akhirnya…
Insya Allah. Harap semua dapat menyebarkan benda baik ni kepada semua rakyat Malaysia.
Curahan rasa Scha Nazri @ ..TEASER #xesshoes
Equrban ni antara yang senang nak urus sbb boleh tempah online qurban dan aqiqah.
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Program Ibadah Qurban dan Aqiqah Murah 2014
senang dah sekarang nie..semuanya online..cuma kita nak atau tak melakukannya..
Curahan rasa Kisah Si Dairy @ ..Susu Punya Pasal
zaman dah maju dan canggih, semua pakai online je. Kot-kot nanti zaman anak cucu cicit kita nanti tak perlu keluar rumah dah, hahaha
Curahan rasa hajar ashikin @ ..Giveaway 2014 Mialiana.com
Ya, saya pun ada menulis mengenai keperluan dan kepentingan melakukan ibadah ini untuk mereka yang mampu, Ibadah Qurban perlu dijadikan salah satu jalan untuk tunjukkan rasa syukur dan taqwa kepada Allah S.W.T
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Program Ibadah Qurban dan Aqiqah Murah 2014
Boleh daftar dengan eQurban sehingga 30/09/2014. Sama sama kita laksanakan ibadah mulia ini
Curahan rasa cikgu naman @ ..Tips dan Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan
insyallah,bila ada kemampuan,akan turut serta untuk join E-qurban ni
Curahan rasa Kisah Si Dairy @ ..Susu Punya Pasal
Betul tuan. Sebenarnya kalau kita memberi seringgit, insya Allah akan menggandakan rezeki kita. Dengan syarat, ikhlas. Betul tak tuan? 🙂
Curahan rasa Scha Nazri @ ..TEASER #xesshoes
InsyaAllah..Allah Maha Kaya dan Maha pemurah..insyaAllah sedekah kunci kepada rezeki
Curahan rasa cikgu naman @ ..Tips dan Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan
setuju sangat tu,bersedekah adalah kunci untuk kita perluaskan rezeki.insyallah
Curahan rasa Kisah Si Dairy @ ..Susu Punya Pasal
Terima kasih tuan denaihati kerana tak jemu memberi peringatan kepada kami. Ibadah qurban walaupun ibadah sunat tapi ganjaran pahala amat banyak sekali.
Curahan rasa MK Hakimi @ ..One Light Photography
Betul. Pengorbanan kan? Harganya tak ternilai sekali. Insya Allah, kalau ikhlas, hati kita akan tenang 🙂
Curahan rasa Scha Nazri @ ..TEASER #xesshoes
setuju tu,bila dah ada perkongsian macam ni,dapatlah ktia laksanakan dengan mudah dan cepat.
Curahan rasa Kisah Si Dairy @ ..Susu Punya Pasal
Biarpun korban dan aqiqah nih hanya amalan sunat tapi ganjaran pahalanya sangat besar..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta
Saya juga berterima kasih kepada Tuan DH kerana memperingatkan saya tentang betapa pentingnya ibadah korban.
Curahan rasa Scha Nazri @ ..TEASER #xesshoes
Saling ingat memperingati amalan mulia. Inilah salah satu fungsi blog sebenarnya. Kan.. Huhuu
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Cabaran 30 hari : 5 lagu cinta kegemaran anda
setuju tu,banyak perkara yang baik kita boleh share di blog..
Curahan rasa Kisah Si Dairy @ ..Susu Punya Pasal
Ada stgh orang berkira-kira nak buat amalan ibadah ini, walhal platform dah banyak disdiakan utk lakukannya dengan mudah.
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Program Ibadah Qurban dan Aqiqah Murah 2014
alhamdulillah peringatan yang bagus buat kami semua. ibadah korban memang perkara dituntut. moga dengan bersedekah lebih banyak rezeki kita mencurah-curah
Curahan rasa Umi Kasum @ ..Kemenangan Sharifah Sakinah Dipertikaikan │ Anugerah Lawak Warna 2014
Insya Allah. Tak salah memberi kepada yang memerlukan kan? Tak rugi 🙂
Curahan rasa Scha Nazri @ ..TEASER #xesshoes
Itulah blogging…kongsi lah yang membawa kebaikan, insyaAllah kebaikan juga yang kita akan dapat
Curahan rasa cikgu naman @ ..Tips dan Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan
aidil adha dah dekat. ramai yang tengah mencari tempat utk buat qurban. insyaallah mendapat ganjaran
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Comments are closed.