Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, musim haji kian dekat. Syukur kepada tetamu-tetamu ALLAH yang sudah dan bakal berada di Tanah Suci. Kepada yang belum terpilih mari sama-sama kita berazam untuk jadikan ibadah haji sebagai keutamaan hidup bagi menyempurnakan rukun Islam ke lima dengan apa cara sekali pun tanpa ada terselit dalam hati sekelumit perasaan prasangka bahawa ALLAH tidak mampu memberi sumber kewangan kepada kita.
Kepada yang tidak terpilih tahun ini apa kata kita beramai-ramai melaksanakan ibadah korban yang merupakan salah satu ibadah sunat muakkad. Ibadah yang sangat dituntut oleh Islam kepada semua umatnya setiap tahun mengambil iktibar dari pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s. Lagi susah untuk kita mengeluarkan dana bagi menyempurnakan ibadah korban lagi tinggi martabatnya kerana itulah sebenarnya erti pengorbanan sebagaimana susahnya Nabi Ibrahim a.s nak mengorbankan anaknya sendiri Nabi Ismail a.s. Ibadah korban bukan hanya untuk orang yang kaya raya sahaja dan kita mencari berbagai alasan untuk tidak melaksanakan.
“Aku (atau para sahabat) telah bertanya kepada Rasulullah: “Ya Rasulullah, apakah udh-hiyah(korban) itu ?, Nabi menjawab: “Inilah sunnah ayahmu Nabi Ibrahim.” Mereka berkata: “Apakah yang kita peroleh dari udh-hiyah (korban) ?” Nabi menjawab: “Di tiap helai bulunya, kita memperoleh satu kebajikan.” (HR. Ahmad dan Ibnu Majah dari Zaid ibn Arqam).
Koreklah koceh dan akaun bank biar tinggal kosong dengan satu niat berkorban kerana ALLAH pasti anda akan mendapat ganjaran berlipat kali ganda bukan sahaja di akhirat malah di dunia juga. Ibadah korban boleh dilaksanakan dimana sahaja yang mudah seperti di masjid kawasan kita tinggal atau luar negara seperti Kemboja. Kenapa Kemboja mungkin entri “Kenapa Qurban di Kemboja” akan dapat membuka hati dengan hanya RM280 untuk satu bahagian.
Kepada yang ingin mendapat ganjaran yang lebih boleh juga melaksanakan korban di Mekah semasa musim Haji. Korban seekor kambing untuk seorang penama dengan harga hanya RM400 pasti satu ibadah yang berbeza. Daging-daging korban di Mekah akan ditinkan oleh badan yang menguruskan korban untuk diedarkan ke negara-negara miskin di seluruh dunia.
KLIK SINI UNTUK MEMBUAT TEMPAHAN KORBAN DI MEKAH
Aku menyeru kepada semua pembaca yang membaca entri ini supaya melaksanakan ibadah korban tahun ini biar pun hanya satu bahagian lembu atau seekor kambing. Kalau belum ada dana usahakanlah kerana manafaat sangat banyak antaranya membuka berbagai pintu rezeki. Kepada yang selalu mengeluh tak ada duit sebenarnya ibadah korban adalah salah satu cara pembuka pintu rezeki apabila kita melaksanakan hanya kerana ALLAH demi untuk bertaqwa kepada ALLAH. Jangan biarkan ianya berlaku kerana tahun hadapan belum tentu ada kesempatan untuk kita.
Barang siapa yang BERTAQWA kepada ALLAH s.w.t nescaya DIA akan mengadakan baginya jalan keluar.Dan memberikannya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barang siapa yang bertawakal kepada ALLAH s.w.t nescaya ALLAH s.w.t akan mencukupkan (keperluan) nya. Sesungguhnya ALLAH s.w.t melaksanakan urusan (yang dikehendakin) nya. Sesungguhnya ALLAH s.w.t telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. (Surah AT-TALAQ : Ayat 2-3)
Apabila kita hayati maksud ayat At Talaq di atas,ALLAH sudah berjanji kepada mereka yang BERTAQWA, termasuklah kepada mereka yang melaksanakan ibadah yang sangat dituntut iaitu ibadah korban maka ALLAH akan berikan jalan keluar untuk berbagai masalah seperti masalah rezeki, kesihatan, hubungan keluarga, pekerjaan dan apa sahaja masalah yang kita ada. Yakinlah dengan janji ALLAH.
No related posts.
476 Comments
Nak buat Qurban sekarang ini sudah semakin senang. E-Qurban ada menawarkan promosi untuk membuat di Kemboja atau Mekah. Ini adalah pilihan masing-masing.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Azmin Ali Menteri Besar Baru Selangor
Janji Allah kepada manusia yang mengamalkan Qurban atau menunaikan haji di Mekah, berganda-ganda pahala dan darjatnya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Azmin Ali Menteri Besar Baru Selangor
Sesiapa yang berniat untuk melakukan ibadah qurban tahun ni bolehlah melakukannya. Harga pun tidaklah mahal sangat. Boleh gunakan equrban sebagai pengantara di Mekah.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Salam Benua
Semua orang berminat nak Qurban tahun ini, tetapi pasti ada juga yang tidak dapat buat tahun ini. Mungkin mereka boleh buat tahun depn, tapi syarat kena kumpul duit dari sekarang,
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Azmin Ali Menteri Besar Baru Selangor
Tahun ni masih belum ada rezeki lagi untuk menyalurkan ibadah korban dengan equrban ni..InsyaAllah..Maybe tahun depan…
Curahan rasa Pondok Kecil @ ..Hutanglah Kamu Dengan Berhemah
Tidak buat tahun ini pun tidak mengapa saudara Hafizul. Asalkan niat tu sentiasa ada.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Azmin Ali Menteri Besar Baru Selangor
semoga saya dan ahli keluarga dapat menunai haji lebih awal dan lebih cepat. Cita-cita ke sana sudah terpasang sekian lama cuma budget belum cukup lagi.
Curahan rasa ainun @ ..Pengalaman Guna Altel
InshaAllah akan penuhlah tu duit dalam tabung haji. Teruskan usaha untuk mencukupkan duit pergi ke sana 🙂
Curahan rasa Syaza Nazurah @ ..Cabaran ke-2 iPhone 5s yang sememangnya sengit
Ramai yang tidak kesempatan lagi tahun ini melakukan ibadah qurban, Insya Allah tahun depaan dipermudahkan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Azmin Ali Menteri Besar Baru Selangor
Bila membaca artikel ni. Terasa rindu nak kesana lagi. Tanah haram Mekah dan Madinah sangat mendamaikan. Jika ada rezeki ingin juga membuat ibadah qurban disana
Insyaallah.. semoga impian tuan terlaksana hendaknya. Umur panjang dapatlah ke sana nanti.
suatu hari nanti mesti dpt tunaikan haji/umrah… insyaallah…ada rzki nanti akan buat ibadah korban ini… 🙂
Curahan rasa zaza zehra @ ..Filem The Maze Runner Yang Mesti Ditonton
Niat sudah ada, cuma kumpulkan duit di dalam akaun Tabung Haji dan mula menabung sedikit demi sedikit. Lepas tu jika sudah cukup wang, bolehlah berkira nak menaunaikan Haji.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Azmin Ali Menteri Besar Baru Selangor
Qurban juga ibadah yang dituntut oleh Allah Swt. Apatah lagi kita berqurban untuk membantu mereka yang memerlukan..
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Cabaran 30 Hari | Hari 22 : Destinasi Percutian Impian Nik
Melaksanakan qurban jer pun dah besar ganjaran pahalanya lagi pula tambahan pahala sebab membantu mereka yang memerlukan..berganda2lah ganjarannya..wallahu’alam..
Curahan rasa UpProfits @ ..16 September Hari Malaysia
memang ada kebenarannya bahawa lagi tinggi ibadah korban yang nak kita lakukan maka lagi tinggi martabatnya..ikhlas adalah kunci utama.
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Kenapa Tulis Blog Tanpa Fakta?
Semua bermula dengan niat..jika baik dan ikhlas niatnya..baik jugalah hasilnya..
Curahan rasa UpProfits @ ..16 September Hari Malaysia
Apa saja ibadah yang akan kita lakukan berserta dengan niat. Niat kerana Allah Taala. Barulah segala ibadah kita diterima Allah.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Azmin Ali Menteri Besar Baru Selangor
kebenaran yang pasti bahawa bersedekah dan berkorban akan membuka pintu rezeki..ayuh ramai-ramai menyumbang untuk aktiviti korban
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Kisah Hero Yang Tak Dilagukan
Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima..memang sedekah dan membantu orang lain tuh juga salah satu cara menjemput rezeki..
Curahan rasa UpProfits @ ..16 September Hari Malaysia
Bialah tangan kana yang memberi tetapi tangan kiri tidak nampak. Maknanya kita buat ibadah bukan untuk menunjuk-nunjuk.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Azmin Ali Menteri Besar Baru Selangor
Hidup akan lebih berkat dengan melakukan amalan korban ..InsyaAllah .. Semoga hidup kita semua diberkati Allah sentiasa
Curahan rasa Akif Imtiyaz @ ..❤ Maksud Rezeki Yang Berkat ❤
Aminn..keberkatan juga terhasil dari niat yang baik dan ikhlas..semoga urusan yang baik itu dipermudahkan..
Curahan rasa UpProfits @ ..16 September Hari Malaysia
Bila niat dengan ikhlas, Allah akan pemudahkan rezeki kita. Bila rezeki mudah, maka senang pula kita nak buat ibadah lain yang dapat memberi pulangan yang berganda-ganda.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Azmin Ali Menteri Besar Baru Selangor
Keberkatan amat dititik berat untuk segala ibadah yang dilakukan. Barulah ganjaran Allah berikan dapat diperolehi.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Azmin Ali Menteri Besar Baru Selangor
insyallah.. memang teringin untuk membuat korban.. jika ada kelapangan rezeki pasti satu hari nanti dilaksanakan jua..
Curahan rasa Mus @ ..$16.82 Bukti Bayaran Ke-3, Mobicow Melalui Paypal
In sha Allah niat yang baik dan ikhlas tuan itu akan dipermudahkan .. pasti akan dapat dilaksanakan juga suatu hari nanti..
Curahan rasa UpProfits @ ..Apple perkenal iPhone 6, iPhone 6 Plus dan Apple Watch
ada rezeki boleh laksanakan korban ni… saya doakan kalian yang melakukan ibadah koban tahun ini sentiasa diberkati dan dimurahkan rezeki selalu… in syaa Allah….
Curahan rasa putributterfly punyablog @ ..Terima kasih : JOM JOIN BLOGLIST SAYA
Amin. Harapnya begitulah. Semoga ibadah qurban yang dibuat juga diterima Allah. Amin
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Cabaran 30 Hari | Hari 22 : Destinasi Percutian Impian Nik
Aminn..kalau ada rezeki lebih nak juga sertai buat ibadah qurban atau pun aqiqah..tak dapat tahun nih maybe tahun depan..
Curahan rasa UpProfits @ ..16 September Hari Malaysia
ibadah korban perlukan pengorbanan wang ringgit dan masa yang tinggi juga..jika ikhlas maka itu yang terbaik
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Kisah Hero Yang Tak Dilagukan
Dah nama pun qurban..sebenarnya luas pengertiannya..kena ambil pengajaran disebalik ibadah qurban nih..kenapa ianya dituntut untuk dilaksanakan..
Curahan rasa UpProfits @ ..Fernando Torres dalam radar JDT?
Amalan di hari raya korban ni memang berbeza dengan hari raya aidilfitri namun manfaatnya amat beza sekali. Insyaallah suatu hari nanti nak hantar abah dengan ibu pergi Mekah buat haji. Kalau diizinkan olehNya, nak pergi semua satu famili termasuk along dengan adik lelaki. Lagipun, raya korban tahun ni berbeza dari tahun sebelum ni sebab along dah sambung belajar kat UK.
Curahan rasa Anies Msletoes @ ..Tugasan Kedua Cabaran iPhone 5s
Amin..moga dipermudahkan urusan. Insya allah benda yang baik mesti tercapai. Cuma cepat atau lambat je
Curahan rasa hajar ashikin @ ..Giveaway 2014 Mialiana.com
Comments are closed.