Ibadah Korban Kambing di Mekah

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, musim haji kian dekat. Syukur kepada tetamu-tetamu ALLAH yang sudah dan bakal berada di Tanah Suci. Kepada yang belum terpilih mari sama-sama kita berazam untuk jadikan ibadah haji sebagai keutamaan hidup bagi menyempurnakan rukun Islam ke lima dengan apa cara sekali pun tanpa ada terselit dalam hati sekelumit perasaan prasangka bahawa ALLAH tidak mampu memberi sumber kewangan kepada kita.

Kepada yang tidak terpilih tahun ini apa kata kita beramai-ramai melaksanakan ibadah korban yang merupakan salah satu ibadah sunat muakkad. Ibadah yang sangat dituntut oleh Islam kepada semua umatnya setiap tahun mengambil iktibar dari pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s. Lagi susah untuk kita mengeluarkan dana bagi menyempurnakan ibadah korban lagi tinggi martabatnya kerana itulah sebenarnya erti pengorbanan sebagaimana susahnya Nabi Ibrahim a.s nak mengorbankan anaknya sendiri Nabi Ismail a.s. Ibadah korban bukan hanya untuk orang yang kaya raya sahaja dan kita mencari berbagai alasan untuk tidak melaksanakan.

“Aku (atau para sahabat) telah bertanya kepada Rasulullah: “Ya Rasulullah, apakah udh-hiyah(korban) itu ?, Nabi menjawab: “Inilah sunnah ayahmu Nabi Ibrahim.” Mereka berkata: “Apakah yang kita peroleh dari udh-hiyah (korban) ?” Nabi menjawab: “Di tiap helai bulunya, kita memperoleh satu kebajikan.” (HR. Ahmad dan Ibnu Majah dari Zaid ibn Arqam).

Koreklah koceh dan akaun bank biar tinggal kosong dengan satu niat berkorban kerana ALLAH pasti anda akan mendapat ganjaran berlipat kali ganda bukan sahaja di akhirat malah di dunia juga. Ibadah korban boleh dilaksanakan dimana sahaja yang mudah seperti di masjid kawasan kita tinggal atau luar negara seperti Kemboja. Kenapa Kemboja mungkin entri “Kenapa Qurban di Kemboja” akan dapat membuka hati dengan hanya RM280 untuk satu bahagian.

Kepada yang ingin mendapat ganjaran yang lebih boleh juga melaksanakan korban di Mekah semasa musim Haji. Korban seekor kambing untuk seorang penama dengan harga hanya RM400 pasti satu ibadah yang berbeza. Daging-daging korban di Mekah akan ditinkan oleh badan yang menguruskan korban untuk diedarkan ke negara-negara miskin di seluruh dunia.

KLIK SINI UNTUK MEMBUAT TEMPAHAN KORBAN DI MEKAH

tempahan korban di Mekah

Aku menyeru kepada semua pembaca yang membaca entri ini supaya melaksanakan ibadah korban tahun ini biar pun hanya satu bahagian lembu atau seekor kambing. Kalau belum ada dana usahakanlah kerana manafaat sangat banyak antaranya membuka berbagai pintu rezeki. Kepada yang selalu mengeluh tak ada duit sebenarnya ibadah korban adalah salah satu cara pembuka pintu rezeki apabila kita melaksanakan hanya kerana ALLAH demi untuk bertaqwa kepada ALLAH. Jangan biarkan ianya berlaku kerana tahun hadapan belum tentu ada kesempatan untuk kita.

Barang siapa yang BERTAQWA kepada ALLAH s.w.t nescaya DIA akan mengadakan baginya jalan keluar.Dan memberikannya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barang siapa yang bertawakal kepada ALLAH s.w.t nescaya ALLAH s.w.t akan mencukupkan (keperluan) nya. Sesungguhnya ALLAH s.w.t melaksanakan urusan (yang dikehendakin) nya. Sesungguhnya ALLAH s.w.t telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. (Surah AT-TALAQ : Ayat 2-3)

Apabila kita hayati maksud ayat At Talaq di atas,ALLAH sudah berjanji kepada mereka yang BERTAQWA, termasuklah kepada mereka yang melaksanakan ibadah yang sangat dituntut iaitu ibadah korban maka ALLAH akan berikan jalan keluar untuk berbagai masalah seperti masalah rezeki, kesihatan, hubungan keluarga, pekerjaan dan apa sahaja masalah yang kita ada. Yakinlah dengan janji ALLAH.


Spread the love

476 Comments

  1. Jikalau ada niat nk melakukan ibadah korban, Allah SWT akan permudahkan..jgn jadikan duit sebagai penghalang…

    Tahun lepas ibadah korban buat di kampung, tahun ni mugkin x semeriah tahun lepas selepas pemergian Pak Long kesayangn…huhuhu :'(
    Curahan rasa TheTiramisuLovers @ ..Perginya Tak Akan KembaliMy Profile

  2. Apa fasal kambing mekah dua kali lebih murah daripada kambing Malaysia?. Untuk beribadah soal harga jangan berkira, lebih banyak harta dan harga dikorbankan ke jalan Allah, lebih tinggi ganjaran di akhirat. Sewajarnya orang yang membuat qurban itu menyaksikan sendiri darah haiwan yang dikorbankan itu mengalir semasa disembelih, tapi kalau membuat korban di mekah atau kemboja, Vietnam dengan mewakilkan agen bagaimana pula. Ejen tersebut perlu menyebutkan kadar upahnya, harga haiwan, yang perlu dijelaskan. Zaman semakin berubah, kini daging korban ditinkan utk kegunaan lebih meluas dan lebih lama utk agihan ke Palestin, Sudan, dan negara lain yang memerlukan.

      1. Haa betul. Jika ada rezeki lebih, ambil sahaja RM400 sekor kambing tu. Jangan tak buat lansung .. keyword penting untuk kita umat Islam ingat. Ibadah Qurban ni bukan ibadah biasa, sekali setahun hadir ….
        Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Bisnes Dari RumahMy Profile

    1. Mengenai harga tu, mana-mana negara pun lain harganya, bergantung pada permintaan dan stok yang ada. Di Malaysia pun kalau ada bekalan yang lebih, in SHa Allah boleh dapat harga kambing yang murah untuk Qurban ni, tapi realitinya .. banyak yang ada adalah import punya.
      Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Cara Buat Blog SendiriMy Profile

  3. Apa fasal kambing mekah dua kali lebih murah daripada kambing Malaysia?. Untuk beribadah soal harga jangan berkira, lebih banyak harta dan harga dikorbankan ke jalan Allah, lebih tinggi ganjaran di akhirat. Sewajarnya orang yang membuat qurban itu menyaksikan sendiri darah haiwan yang dikorbankan itu mengalir semasa disembelih, tapi kalau membuat korban di mekah atau kemboja, Vietnam dengan mewakilkan agen bagaimana pula. Ejen tersebut perlu menyebutkan kadar upahnya, harga haiwan, yang perlu dijelaskan.

  4. E-Qurban memang memudahkan urusan orang ramai yang nak buat korban. Tambahan pulak sekarang dah nak dekat raya haji ni. Semoga dengan melakukan ibadah korban, dapat membuka pintu rezeki kita 🙂

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!