Assalamualaikum dan salam 1Dunia, ada beberapa Rakan Blogger yang tak gembira dengan tajuk entri ini yang dikatakan mencemarkan Islam. Mungkin mereka belum ada pengalaman menerjakan haji jadi tak bolehlah nak salahkan mereka yang memandang negatif dengan entri ini.
Berikut sabda Rasulullah SAW yang maksudnya :
“Kerja haji maksudnya Kusut Masai dan Penuh Debu. Jemaah haji akan bersaing berlumba-lumba mengejar keampunan dah rahmat Allah.”
Untuk makluman tajuk Kusut Masai bukan ilham HATI aku tetapi petikan ayat daripada guru-guru agama yang diambil dari sabda Rasulullah SAW. Semuga pencerahan ini dapat menenangkan hati sebahagian daripada Rakan Blogger.
Alhamdulillah hari mulia yang ditunggu hari wukuf semakin hampir. Kerajaan Arab Saudi telah menetapkan Hari Wukuf 2012 pada hari Khamis 25 Oktober 2012 bermakna tahun 2012 insyaAllah Haji Akbar. Kesemua jemaah haji yang datang dari seluruh pelusuk dunia lebih kurang 3 juta akan mula bergerak menuju padang Arafah untuk menunaikan ibadah haji pada hari Khamis, 25 Oktober 2012.
Ada jemaah yang bermalam di Padang Arafah dan ada jemaah yang bermalam di Mina dan awal pagi 25 Oktober 2012 akan berduyun-duyun berjalan kaki menuju ke Padang Arafah.
Wukuf akan hanya berlaku selepas gelincir matahari pada 25/10/2012. Ini adalah saat yang ditunggu oleh semua jemaah haji yang faham kerana pintu langit akan dibuka sebesar-besarnya. Waktu ini waktu paling mustajab doa yang lebih baik dari doa di Multazam. Ada yang yang sudah menunggu 30 tahun, 40 tahun, 50 tahun, 60 tahun, 70 tahun dan mungkin lebih 80 tahun menunggu saat wukuf yang merupakan tamsilan kepada padang mahsyar. Jangan dipersiakan waktu ini mesti ada perancangan dan terbaik tulis semua doa supaya tiada yang tertinggal. Insya Allah dengan izin Allah kalau sempurna ibadah haji maka semua doa semasa wukuf akan diterima Allah samada cepat atau lambat sahaja.
Selesai wukuf jutaan manusia akan berebut-rebut untuk mabit di Mudzalifah sambil mengutip batu jamrah. Di Mudzalifah semua jemaah duduk ditengah padang pasir berbumbungkan langit. Selesai mabit di Mudzalifah semua jemaah akan bergerak ki Mina untuk melontar jamrah selama 3 hari tashrik bermula dengan melontar jamrah kubra. Ibadah Haji diakhiri dengan tawaf haji, sa’i haji dan tahlul.
Bayangkan 3 juta jemaah haji bergerak menuju ke tempat yang sama. Sudah pasti akan berlaku kesesakan yang maha hebat. Kesesakan jalanraya menuju ke Padang Arafah, Mudzalifah, Mina dan kembali ke Mekah. kesesakam kemah di Padang Arafah, kesesakan di padang pasir Mudzalifah dan Mina.
Masing-masing akan berusaha melepaskan diri masing-masing sama tamsilan di Padang Mashyar kelak. Ada yang marah-marah bas lewat sampai, ada yang baling makanan kerana tak sedap, ada yang bergaduh berebut tandas dan macam-macam lagi kejadian. Ibadah haji akan menzahirkan siapa sebenar diri kita. 8 – 13 Zulhijjah benar- benar menguji ketahanan jiwa dan fizikal jemaah haji sehingga semuanya kelihatan kusut masai. Kerana itu persiapan perlu dibuat bertahun sebelum pergi.
Ketika ibadah haji Allah tidak melihat berapa banyak duit yang kita bayar, berapa tinggi pangkat dan jawatan semua ini tiada nilai. Kesabaran, khidmat, ikram, redha dengan ujian itu antara yang Allah tengok untuk mendapat Haji Mabrur. Tidak akan ada seorang jemaah haji yang terlepas dari ujian ketika mengerjakan ibadah haji kerana Haji Mabrur itu terlalu tinggi nilainya.
Ibadah haji itu kusut masai kerana selama lima hari bermujahada dari bilik hotel ke Padang Arafah, Muzalifah dan Mina tanpa memikirkan pakain cantik tetapi bersih dimana setiap jemaah akan ada bahagian masing-masing. Ada tersenyum, berduka, marah, serba salah kerana semuanya dapat TUNAI hanya mereka dan Allah sahaja yang tahu. Semuga semua jemaah haji 2012 mendapat haji mabrur.
Berita Haji Terkini
233 Comments
doakan saya dapat kesana bersama keluarga
Curahan rasa Hans @ ..Pelakon Neelofa Kekasih Baru Hans? Tak Percaya Ker? Ini Buktinya!
Allah nak beri gambaran sikit je suasana di padang Mahsyar nanti. bersesak. takut kalau difikirkan.huhuhuhu
Curahan rasa Lizz @ ..Gambar PM Datuk Seri Najib Tun Razak dan Isteri Sedang Bertawaf
Dunia ini adalah tempat untuk kita melatih dan rekrut bodyguard-bodyguard kita disana, jangan sia-siakan masa yang ada.
ye betul. dan mengumpul pahala sebanyak mungkin….
Curahan rasa Lizz @ ..Kebenaran Mengenai Cerita Tentang Kematian Kita Suatu Hari Nanti
Jangan dipikirkan sejauh itu. Semua kejadian ada waktunya, dengan mempertebal iman kita pada Allah SWT pasti padang Mahsyar bukanlah ujian yang berat untuk kita jalani..
Curahan rasa Rina As @ ..Cara Mengetahui Posisi Blog di SERP Google Yahoo Bing | Checker Tool
terima kasih Rina. InsyaAllah, cuba menjadi hamba Allah yang baik
Curahan rasa Lizz @ ..Kebenaran Mengenai Cerita Tentang Kematian Kita Suatu Hari Nanti
not necessarily be in cash but in plilh pilgrims who pick tetamunya GOD Almighty …. the atmosphere at Arafat is not interchangeable but are there portrayed so well in the desert with mahsyar …. yes GOD, save us the people of the apostle of Allah
InsyaAllah, moga dapat kesana jua…amin..
Curahan rasa IsuPanas @ ..Hukum Akikah | Syarat Akikah | Pengertian Akikah
aminn..
semoga semua umat Islam saling bertolak ansur dan bekerjasama demi sesama Islam dan dapat menunaikan haji dengan sempurna…
ImsyaAllah…semoga mendapat haji marbur….
Curahan rasa Norizwan @ ..Sukar tolak cinta baru
sememangnya kesihatan dan wang ringgit belum tentu dapat tunai haji melainkan di plilh ALLAH s.w.t yg jemput tetamunya….suasana di arafah tidak dpt digambarkan melainkan berada disana begitu juga dgn di padang mahsyar….ya ALLAH selamatkanlah kami umat rasul s.a.w
Ibadah Haji memang adalah perkara besar katanya kita juga bisa melihat hasil perbuatan kita selama di dunia pada saat berhaji, btw semoga semua mendapatkan haji Mabrur Amin
Curahan rasa munir ardi @ ..Hiduplah Bersahaja dan Rendah hati
best nya. bila lah agaknya boleh pergi haji ni.
Curahan rasa love selangor @ ..10 Icons of Selangor Darul Ehsan
Tak sabar nak ke Mekah
Curahan rasa akakcomey @ ..Tugu Khatulistiwa,Good bye Pontianak
saya pun ada sahabat sekolah yang menunaikan haji pada tahun ni..
Curahan rasa KiD @ ..Giveaway 24 jam Apa Kata Eyriqazz?
semoga suatu ketika nanti saya juga akan kesana..insyaallah
Curahan rasa hayatiharun @ ..Nak Ambil Duit Di ATM,tapi Ular Yang Keluar…Adussss
subhanallah, jd ingin sekali pergi naik haji,,mudah-mudahan tahun depan bisa ..amien
Untung umat Islam Indonesia kerana kuota haji yang tinggi.
Curahan rasa Akmalnizam @ ..PUSAT MENGAJAR UNTUK DISEWAKAN
SEMOGA MENJADI HAJI YANG MABRUR..
semoga menjadi haji yang mabrur…Ya Robb..semoga hambamu ini bisa menyusul mereka…dan menghajikan kedua orang tuaku..amin..salam kenal gan!!
Comments are closed.