Assalamualaikum dan salam 1Dunia, ada beberapa Rakan Blogger yang tak gembira dengan tajuk entri ini yang dikatakan mencemarkan Islam. Mungkin mereka belum ada pengalaman menerjakan haji jadi tak bolehlah nak salahkan mereka yang memandang negatif dengan entri ini.
Berikut sabda Rasulullah SAW yang maksudnya :
“Kerja haji maksudnya Kusut Masai dan Penuh Debu. Jemaah haji akan bersaing berlumba-lumba mengejar keampunan dah rahmat Allah.”
Untuk makluman tajuk Kusut Masai bukan ilham HATI aku tetapi petikan ayat daripada guru-guru agama yang diambil dari sabda Rasulullah SAW. Semuga pencerahan ini dapat menenangkan hati sebahagian daripada Rakan Blogger.
Alhamdulillah hari mulia yang ditunggu hari wukuf semakin hampir. Kerajaan Arab Saudi telah menetapkan Hari Wukuf 2012 pada hari Khamis 25 Oktober 2012 bermakna tahun 2012 insyaAllah Haji Akbar. Kesemua jemaah haji yang datang dari seluruh pelusuk dunia lebih kurang 3 juta akan mula bergerak menuju padang Arafah untuk menunaikan ibadah haji pada hari Khamis, 25 Oktober 2012.
Ada jemaah yang bermalam di Padang Arafah dan ada jemaah yang bermalam di Mina dan awal pagi 25 Oktober 2012 akan berduyun-duyun berjalan kaki menuju ke Padang Arafah.
Wukuf akan hanya berlaku selepas gelincir matahari pada 25/10/2012. Ini adalah saat yang ditunggu oleh semua jemaah haji yang faham kerana pintu langit akan dibuka sebesar-besarnya. Waktu ini waktu paling mustajab doa yang lebih baik dari doa di Multazam. Ada yang yang sudah menunggu 30 tahun, 40 tahun, 50 tahun, 60 tahun, 70 tahun dan mungkin lebih 80 tahun menunggu saat wukuf yang merupakan tamsilan kepada padang mahsyar. Jangan dipersiakan waktu ini mesti ada perancangan dan terbaik tulis semua doa supaya tiada yang tertinggal. Insya Allah dengan izin Allah kalau sempurna ibadah haji maka semua doa semasa wukuf akan diterima Allah samada cepat atau lambat sahaja.
Selesai wukuf jutaan manusia akan berebut-rebut untuk mabit di Mudzalifah sambil mengutip batu jamrah. Di Mudzalifah semua jemaah duduk ditengah padang pasir berbumbungkan langit. Selesai mabit di Mudzalifah semua jemaah akan bergerak ki Mina untuk melontar jamrah selama 3 hari tashrik bermula dengan melontar jamrah kubra. Ibadah Haji diakhiri dengan tawaf haji, sa’i haji dan tahlul.
Bayangkan 3 juta jemaah haji bergerak menuju ke tempat yang sama. Sudah pasti akan berlaku kesesakan yang maha hebat. Kesesakan jalanraya menuju ke Padang Arafah, Mudzalifah, Mina dan kembali ke Mekah. kesesakam kemah di Padang Arafah, kesesakan di padang pasir Mudzalifah dan Mina.
Masing-masing akan berusaha melepaskan diri masing-masing sama tamsilan di Padang Mashyar kelak. Ada yang marah-marah bas lewat sampai, ada yang baling makanan kerana tak sedap, ada yang bergaduh berebut tandas dan macam-macam lagi kejadian. Ibadah haji akan menzahirkan siapa sebenar diri kita. 8 – 13 Zulhijjah benar- benar menguji ketahanan jiwa dan fizikal jemaah haji sehingga semuanya kelihatan kusut masai. Kerana itu persiapan perlu dibuat bertahun sebelum pergi.
Ketika ibadah haji Allah tidak melihat berapa banyak duit yang kita bayar, berapa tinggi pangkat dan jawatan semua ini tiada nilai. Kesabaran, khidmat, ikram, redha dengan ujian itu antara yang Allah tengok untuk mendapat Haji Mabrur. Tidak akan ada seorang jemaah haji yang terlepas dari ujian ketika mengerjakan ibadah haji kerana Haji Mabrur itu terlalu tinggi nilainya.
Ibadah haji itu kusut masai kerana selama lima hari bermujahada dari bilik hotel ke Padang Arafah, Muzalifah dan Mina tanpa memikirkan pakain cantik tetapi bersih dimana setiap jemaah akan ada bahagian masing-masing. Ada tersenyum, berduka, marah, serba salah kerana semuanya dapat TUNAI hanya mereka dan Allah sahaja yang tahu. Semuga semua jemaah haji 2012 mendapat haji mabrur.
Berita Haji Terkini
233 Comments
bila kita dah pergi baru kita faham apa yang cuba disampaikan oleh bro Denaihati, akak baru saja melaluinya, maka apa yang cuba disampaikan oleh Denaihati adalah benar belaka
Curahan rasa sweetkurma @ ..wordless wednesday – hambaMu datang menyahut panggilanMu
emm terima kasih atas nasihat dan informasi yang diberikan,…bro pergi haji ke?emm bila la sy berpeluang mengerjakan haji nih??hajat dihati nak pergi masa muda..tenang jer baca entri ni..
Curahan rasa Hafizul @ ..Wordless Wednesday #32 – Bila Si Dia Mula Menunjukkan Perangai
Entry yang amat-amat berguna.
Selamat buat para haji…..
Curahan rasa Blogadexme @ ..Puisi Cinta Paling Romantis untuk Pacar
sama saya juga ingin mengucapkan selamat untuk yang sudah menjadi haji.
Curahan rasa Rahasia Sehat @ ..7 Daftar Buah Penambah Energi Tubuh
Kapan ya bisa naik haji, sekarang ini antrian banyak,… bs nunggu 10 tahunan,…
Curahan rasa obat keputihan @ ..Tips Menghilangkan Keputihan Pada Organ Intim
mudah2han ada rezeki menjejak kaki kesana satu saat nanti…
Curahan rasa Nana @ ..Nenek Rentung Dijilat Api
Mengatur orang banyak memang tidak mudah. Apalagi di temapt yang baru pertama kali didatangi. Di temapt seperti ini perlu keiklasan yang tinggi dalm menjalani ibadah dan mengharap haji mabrur.
Curahan rasa natural beauty @ ..The Easy Way To Enlarge Your Breasts Naturally
bukan sedikit org yang menunaikan haji setiap tahun, jutaan orang tu…
Curahan rasa Nana @ ..Budak Hingusan Jual ‘Banji’
alhamdulillah, ibu saya sedang berhaji sekarang.semoga menjadi haji mabruro….
Curahan rasa citra @ ..Sehat itu cantik
amin juga ya citra. semoga ibu anda selamat pergi dan selamat kembali…
Curahan rasa Nana @ ..Nenek Rentung Dijilat Api
mudah-mudahan kami yang belum berkesempatan berhaji dilapangkan rejekinya untuk berhaji.
Curahan rasa fakta unik @ ..Fakta unik Sumur Zam-Zam yang tak pernah kering
aminn…sama2lah kita bdoa ekk?
Curahan rasa Nana @ ..Budak Hingusan Jual ‘Banji’
yuk kita berdoa sama-sama Al Fatihah
Curahan rasa Rahasia Sehat @ ..7 Daftar Buah Penambah Energi Tubuh
hm.. lama lagi nak tungu ke Mekah menunaikan haji. harap2 ada kesempatan
Curahan rasa zool @ ..US need to study the safety of self driving car
semua tringgin nak ke sana cuma belum tiba masanya mnjadi tetamu Allah…
Curahan rasa Nana @ ..Budak Hingusan Jual ‘Banji’
semoga semua jamaah haji mabrur,kapan ya saya bisa kesana
Curahan rasa http://www.jurnaldunia.com @ ..Inilah Anggota Polisi Yang Memfoto Bugil Novi Amalia Di Kantor Polisi
Salam Aidiladha kepada DH dan keluarga.
Semoga yang menunaikan haji mendapat haji yang Mabrur.
Curahan rasa Mummy Akmar @ ..Cashout Earning Nuffnang Pertama Kali
Mohon doanya agar Porbess bisa meliput ibadah haji secara langsung.
Mohon doanya supaya Porbess bisa meliput langsung ibadah haji di tanah suci..amin…
Comments are closed.