Assalamualaikum dan salam 1Dunia, ada beberapa Rakan Blogger yang tak gembira dengan tajuk entri ini yang dikatakan mencemarkan Islam. Mungkin mereka belum ada pengalaman menerjakan haji jadi tak bolehlah nak salahkan mereka yang memandang negatif dengan entri ini.
Berikut sabda Rasulullah SAW yang maksudnya :
“Kerja haji maksudnya Kusut Masai dan Penuh Debu. Jemaah haji akan bersaing berlumba-lumba mengejar keampunan dah rahmat Allah.”
Untuk makluman tajuk Kusut Masai bukan ilham HATI aku tetapi petikan ayat daripada guru-guru agama yang diambil dari sabda Rasulullah SAW. Semuga pencerahan ini dapat menenangkan hati sebahagian daripada Rakan Blogger.
Alhamdulillah hari mulia yang ditunggu hari wukuf semakin hampir. Kerajaan Arab Saudi telah menetapkan Hari Wukuf 2012 pada hari Khamis 25 Oktober 2012 bermakna tahun 2012 insyaAllah Haji Akbar. Kesemua jemaah haji yang datang dari seluruh pelusuk dunia lebih kurang 3 juta akan mula bergerak menuju padang Arafah untuk menunaikan ibadah haji pada hari Khamis, 25 Oktober 2012.
Ada jemaah yang bermalam di Padang Arafah dan ada jemaah yang bermalam di Mina dan awal pagi 25 Oktober 2012 akan berduyun-duyun berjalan kaki menuju ke Padang Arafah.
Wukuf akan hanya berlaku selepas gelincir matahari pada 25/10/2012. Ini adalah saat yang ditunggu oleh semua jemaah haji yang faham kerana pintu langit akan dibuka sebesar-besarnya. Waktu ini waktu paling mustajab doa yang lebih baik dari doa di Multazam. Ada yang yang sudah menunggu 30 tahun, 40 tahun, 50 tahun, 60 tahun, 70 tahun dan mungkin lebih 80 tahun menunggu saat wukuf yang merupakan tamsilan kepada padang mahsyar. Jangan dipersiakan waktu ini mesti ada perancangan dan terbaik tulis semua doa supaya tiada yang tertinggal. Insya Allah dengan izin Allah kalau sempurna ibadah haji maka semua doa semasa wukuf akan diterima Allah samada cepat atau lambat sahaja.
Selesai wukuf jutaan manusia akan berebut-rebut untuk mabit di Mudzalifah sambil mengutip batu jamrah. Di Mudzalifah semua jemaah duduk ditengah padang pasir berbumbungkan langit. Selesai mabit di Mudzalifah semua jemaah akan bergerak ki Mina untuk melontar jamrah selama 3 hari tashrik bermula dengan melontar jamrah kubra. Ibadah Haji diakhiri dengan tawaf haji, sa’i haji dan tahlul.
Bayangkan 3 juta jemaah haji bergerak menuju ke tempat yang sama. Sudah pasti akan berlaku kesesakan yang maha hebat. Kesesakan jalanraya menuju ke Padang Arafah, Mudzalifah, Mina dan kembali ke Mekah. kesesakam kemah di Padang Arafah, kesesakan di padang pasir Mudzalifah dan Mina.
Masing-masing akan berusaha melepaskan diri masing-masing sama tamsilan di Padang Mashyar kelak. Ada yang marah-marah bas lewat sampai, ada yang baling makanan kerana tak sedap, ada yang bergaduh berebut tandas dan macam-macam lagi kejadian. Ibadah haji akan menzahirkan siapa sebenar diri kita. 8 – 13 Zulhijjah benar- benar menguji ketahanan jiwa dan fizikal jemaah haji sehingga semuanya kelihatan kusut masai. Kerana itu persiapan perlu dibuat bertahun sebelum pergi.
Ketika ibadah haji Allah tidak melihat berapa banyak duit yang kita bayar, berapa tinggi pangkat dan jawatan semua ini tiada nilai. Kesabaran, khidmat, ikram, redha dengan ujian itu antara yang Allah tengok untuk mendapat Haji Mabrur. Tidak akan ada seorang jemaah haji yang terlepas dari ujian ketika mengerjakan ibadah haji kerana Haji Mabrur itu terlalu tinggi nilainya.
Ibadah haji itu kusut masai kerana selama lima hari bermujahada dari bilik hotel ke Padang Arafah, Muzalifah dan Mina tanpa memikirkan pakain cantik tetapi bersih dimana setiap jemaah akan ada bahagian masing-masing. Ada tersenyum, berduka, marah, serba salah kerana semuanya dapat TUNAI hanya mereka dan Allah sahaja yang tahu. Semuga semua jemaah haji 2012 mendapat haji mabrur.
Berita Haji Terkini
233 Comments
Benar, pengorbanan perlu untuk dapatkan hidayat supaya berjaya di dunia dan akhirat.
Curahan rasa noehas @ ..Ibadat Qorban / Korban Pada Hari Raya Aidilhadha
Semoga tahun depan saya bisa pergi HAji. Amin
Curahan rasa Rahasia Sehat @ ..Whey Protein untuk Menurunkan Berat Badan
amin ya…semoga niat dan hasrat tercapai…
Curahan rasa Nana @ ..Budak Hingusan Jual ‘Banji’
semoga jemaah haji disana sihat walafiat dan mendapat haji mabrur….
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..Vokal-Bukan Sekadar Rupa Musim Ke-2
semoga pergi dan kembali ke malaysia dan negara masing2 dgn selamat…
Curahan rasa Nana @ ..Budak Hingusan Jual ‘Banji’
Berhaji ada takdir pun sekiranya sudah siap lahir bathin namun giliran belum datang tak berangkatlah kita
Curahan rasa Metrolisa @ ..Hasil Akhir Liga Champion Matchday 3, Nightmare!
kalau ada rezeki dan izin dari-Nya, pasti satu saat akan tiba giliran kita kesana….
Curahan rasa Nana @ ..Budak Hingusan Jual ‘Banji’
sungguh beruntung siapa yang dapat menunaikan haji.. InsyaAllah saya berazam akan menunaikan haji suatu hari nanti..
semoga tercapai hasrat nurul ekk…
Curahan rasa Nana @ ..Budak Hingusan Jual ‘Banji’
doakan kejayaan saya.. kebahagian dunia akhirat sekeluarga..
Curahan rasa KiD @ ..Berpisah dengan Anak selepas 24 jam
amiinn….semoga KiD mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat kelak…
Curahan rasa Nana @ ..Budak Hingusan Jual ‘Banji’
Memang betullah tak mudah untuk berangkat pergi Haji perlu siap lahir dan bathin kalau di negeri kami apalagi menyetor uang haji tahun ini mungkin 6 tahun yang akan datang baru bisa pergi
Curahan rasa Metrolisa @ ..Petikan Suluk Sukarsa Warisan Mutiara Peninggalan Leluhur yang mengandung Nilai Luhur
banyak yang harus di persiapkan sebelum menunaikan ibadah haji ni…
Curahan rasa Nana @ ..Budak Hingusan Jual ‘Banji’
kesihatan juga harus di utamakan…
Curahan rasa Nana @ ..Budak Hingusan Jual ‘Banji’
Buat Malaysia, apa yang perlu anda lakukan ialah buat pendaftaran untuk ke tanah suci sekarang, ertinya dah pasang niat dah dengan buat pendafataran di Tabung Haji, cukup mudah .. tak perlu isi borang pun, tak perlu daftar harta atau slip gaji … janji dah ada baki yang cukup dalam akaun …
Curahan rasa hasrulhassan @ ..Blogger Muda Patut Daftar Haji Sekarang!
yang penting duit dalam akaun tu cukup kan…?
Curahan rasa Nana @ ..Budak Hingusan Jual ‘Banji’
ALangkah indahnya andai dapat ke sana mengerjakan ibadah iini ….
Curahan rasa hasrulhassan @ ..Blogger Muda Patut Daftar Haji Sekarang!
satu saat saya pasti hasrulhassan pasti dapat ke sana…
Curahan rasa Nana @ ..Budak Hingusan Jual ‘Banji’
labbaikallah….
haji itu kusut masai bila balik haji terus dgn perangai yg mungkar… tiada perubahan tapi lebih teruk dari dulu…
Curahan rasa auc @ ..Review Buku: Travelog Haji, Mengubah Sempadan Iman
Allahu Akbar..Allahu Akbar..Allahu Akbar
Curahan rasa Bro Yusri @ ..Awaresome Screen Shot
seronoknya jemaah haji akbar thn ini… semoga kita pun terpilih sama 🙂
p/s: nantikan entri kenangan manis sy buat haji esok 😉
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Si Peramah September ’12
Wahh dah dapat pergi sana … alhamdulillah …. anda menjadi pilihan Allah S.W.T ..untungnya.
Curahan rasa hasrulhassan @ ..Blogger Muda Patut Daftar Haji Sekarang!
ya…semoga satu saat nanti kita akan terpilih untuk mjadi tetamu ke tanah suci…
Curahan rasa Nana @ ..Budak Hingusan Jual ‘Banji’
Suatu perjalanan ritual keagamaaan yang membutuhkan tenaga dan fisik secara lahir dan batin. Semoga kita semua dapat menjalakan ibadah haji di tanah suci Makah.
Sukses selalu
Salam Wisata,
Curahan rasa Ejawantah Wisata @ ..SAUNG ANGKLUNG MANG UDJO SANG LEGENDARIS SENI TRADISIONAL ANGKLUNG INDONESIA
Semoga dapat pergi ke sana nanti. InsyaAllah..
insyaAllah mummyy….semoga hasrat mummy tercapai…
Curahan rasa Nana @ ..Budak Hingusan Jual ‘Banji’
Comments are closed.