Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pertempuran antara Israel dan Gaza menyebabkan lebih 20 orang meninggal dunia, menurut Kementerian Kesihatan Palestin. Manakala, lebih kurang empat orang meninggal dunia di Israel disebabkan oleh serangan roket dari Gaza.
Menurut jurucakap Jihad Islam Gaza, lapan orang anggota sayap bersenjata Jihad Gaza terkorban atas kejadian berlaku.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Lebih menyedihkan menurut pegawai kesihatan di Gaza mengatakan bahawa dua bayi, budak lelaki berusia 12 tahun dan dua wanita hamil telah terbunuh. Mereka terbunuh dalam serangan udaradaripada Israel manakala tentera Israel mengatakan mereka terbunuh ketika roket militan salah pada pelancaran.
Di Israel, seorang lelaki berusia 58 tahun terbunuh daripada kebakaran roket di Ashkelon yang dilancarkan pada hari Sabtu yang lalu. Seorang lagi lelaki berusia 50 tahun maut apabila keretanya dilanggar oleh roket anti- tangki Kornet berhampiran Sderot pada Ahad lalu.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyifatkan serangan besar-besaran dilakukan untuk menyerang unsur-unsur keganasan di Gaza selepas militan di kawasan pantai yang melepaskan kira-kira 600 roket ke arah Israel.
Setakat ini, Israel menyerang balas dengan serangan udara kita-kira 320 sasaran di seluruh Gaza. Penyelaras Aktiviti Kerajaan Wilayah mengumumkan bhawa semua import bahanapi ke gaza akan dihentikan dengan segera.
Peningkatan serangan Gaza ke Israel terus meningkat kira-kira 50 roket dalam masa satu jam dan berlarutan kepada waktu malam.
Sebagai tindak balas terhadap roket tersebut, Israel melakukan serangan udara ke beberapa tempat sasaran di gaza termasuklah di terowong, tapak peluncur roket yang digunakan oleh Hamas dan Jihad Islam Palestin.
Israel juga mengumumkan bahawa ia menutup dua lintasan sempadan antara israel dan Gaza termasklah tempat zon memancing di Gaza.
Perebutan roket itu berlaku selepas dua mmilitan daripada sayap bersenjata hamas, Briged Qassam terbunuh dalam serangan Israel terhadap Hamas di Gaza.
-SK
3 Comments
Moga Allah swt berikan kesaabaran dan ketenangan dalam menghadapi dugaan sempena bulan Ramadhan yang mulia ini.
Curahan rasa Sani @ ..Wanita Ini Hasilkan RM10,929.00 Dengan Kaedah Percuma Di Facebook!
Mereka menyambut Ramadhan dengan roket dan bom. Moga Allah swt berikan mereka kesabaran dan ketenangan dalam menghadapi dugaan ini.
Curahan rasa Sani @ ..Jualan Kopi Oleh Seller Malaysia Cecah USD 2,036,282.58 di Pasaran USA!
america tak pernah pandang semua ni. tpi kalau melibatkan rakyat mereka, mula la start berkempen dalam tv semua. teruk media diorng ni
Curahan rasa nikkhazami @ ..Ulasan Filem Avengers Endgame
Comments are closed.