Cara melapor pesanan GrabFood yang diterima tidak cukup

Spread the love

Yang namanya ditipu itu pasti sangat menyakitkan. Apalagi lagi bila ditipu oleh driver saat pesan makanan di GrabFood. Betapa tidak, menunggu pesanan dah lama, tiba-tiba driver GrabFood cancel order. Sudahlah pesanan tak datang, duit pun kena potong. Jika Anda mengalami seperti saya, ada cara melaporkan driver GrabFood yang nakal dan berusaha menipu begini. Sebilangan kecil sahaja driver GrabFood yang buat begini, yang lain bagus-bagus sahaja.

Cara Report Order Tak Cukup di GrabFood @ https://youtu.be/pzCO_Iy2-zw (subcribe ya)

grabfood

Pernah juga berlaku kepada saya makanan yang dipesan sampai tetapi tak cukup. Bila lapar dapat tak pesanan tak cukup mulalah hati jadi panas. Baru-baru ini viral juga kisah pesanan yang tak cukup.

Seorang pengguna di Twitter merasa sangat kecewa mengapa air yang dipesannya di Starbucks tidak cukup. Malah, beliau menuduh rider yang menghantar air kepadanya mencuri salah satu minuman miliknya.

Pengguna ini mendakwa beliau sepatutnya menerima 3 cawan minuman dan yang tiba hanya dua cawan. Dalam gambar yang dikongsi, bilangan cup holder yang ada dalam beg berkenaan adalah untuk dua bekas. Jadi, ralat sebenarnya berpunca daripada pihak Starbucks AEON Shah Alam yang mungkin terlepas pandang membaca pesanan dengan betul.

Grab Malaysia jelaskan kekeliruan pesanan yang kurang

Akaun rasmi Grab Malaysia terus memberi respon di perkongsian tersebut dan menjawab setiap bungkusan yang ditempah akan terus di seal. Tugas rider cuma datang ambil pesanan dan terus hantar ke pelanggan. Isu rider ambil minuman untuk diri mereka sendiri tidak mungkin berlaku kerana mereka tidak dibenarkan buka sebarang bungkusan pelanggan.

cara order grabfood

Cara Report Order Tak Cukup di GrabFood @ https://youtu.be/pzCO_Iy2-zw (subcribe ya)

Netizen tidak bersetuju dengan tindakan lelaki ini yang menularkan dakwaan tidak berasas kepada rider. Sebenarnya setiap pesanan yang ditempah di Grab, anda boleh buat report sekiranya pesanan anda tidak mencukupi. Pihak Grab biasanya akan refund bayaran yang anda telah buat selepas report diterima.

Majoriti berpihak kepada rider yang bekerja tanpa henti untuk menghantar makanan dan minuman yang dipesan oleh pelanggan. Ditambah lagi gaji rider yang sebenarnya tinggi, tiada sebab untuk mereka mencuri makanan atau minuman pelanggan.

Semoga perkara seperti ini menjadi pengajaran buat kita. Sekiranya ada pesanan yang tidak cukup, buat report dan anda akan terima kembali duit anda. Boleh tonton video di bawah cara buat report.

Selagi dinamakan manusia kalau kita tak buat silap orang lain pulak yang buat silap. Pasti kalian pun ada 1000 satu pengalaman pesan makanan secara online.

Jutaan terima kasih kepada Abang GrabFood yang berkerja dengan baik terutama masa pandemik C19 ini.


Spread the love
OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!