Assalamualaikum dan salam 1Dunia, masih terbayang-bayang lagi test drive Honda Insight. Kalau ada rezeki lebih memang nak beli untuk second car sebabnya selain design yang sporty yang lebih penting jimat minyak. Bila memandu ada special panel yang akan sentiasa menunjukkan samada cara pemanduan kita pada tahap optimum itu yang best jadi tak lain main tekan je padel minyak ikut suka hati. Memang tidak akan lupa pengelamana memandu Honda Insight memang terbaiklah.
Dah dengar berita ke, Honda Malaysia telah melancarkan Honda Insight edisi baru pada 29/2/2012 yang lebih hebat berbanding daripada versi yang aku test drive sebelum ini. Honda Insight edisi baru yang dilancarkan mempunyai design lebih futuristik dan kelihatan lebih sporty. Paling best kabarnya penjimatan minyak untuk model edisi baru ini lebih menjimatkan daripada Honda Insight 2nd Generation.
Bila tengok gambar Honda Insight edisi baru teringat pulak Rakan Blogger yang join test drive Honda Insight dari KL – Hulu Langat – Semenyih – PD – Ayer Keroh – PD – KL. Pengalaman yang menyeronokkan dan pertama kali bertemu ramai Rakan Blogger.
Kepada yang dah lupa apa hebatnya Honda Insight ini boleh baca kembali entri “Honda Insight apa itu Hybrid“. Mengikut sejarah Honda adalah pengeluar pertama kereta Hybrid di Malaysia dan sambutan yang diterima sangat menggalakan bermula dengan Honda Insight 1st Generation, Honda Civic, Honda Insight 2nd Generation, Honda CR-Z dan terkini Honda Insight 3rd Generation.
Ramai pengguna termasuk pembaca blog Denaihati fikir kereta Honda Insight ini menggunakan kuasa elektrik yang perlu di charge dengan kuasa elektrik sebelum digunakan. Silap tu sebenarnya Honda Insight ini menggunakan kuasa gabungan antara engine i-VTec 1.3L dan Integrated Motor Assist (IMA) menggunakan bateri yang mempunyai jaminan selama 5 tahun.
Suka tak suka inilah kereta masa hadapan untuk mengurangkan pencemaran alam yang semakin tercemar dengan gas karbon yang dikeluarkan oleh kereta bukan hybrid. Terlalu banyak kelebihan Honda Insight berbanding kereta lain yang tidak mesra alam. Sehingga hari ini Honda Insight adalah kereta Hybrid yang termurah di Malaysia. Kalau nak tulis kelebihannya panjang lebar pulak, jadi bolehlah baca info grafik yang telah disediakan oleh Honda Malaysia. Nak dapat informasi dan grafik yang lebih banyak sila lansung ke website Honda Malaysia.
Bertukarlah kepada Honda Insight. Jangan jadikan tangan kita antara tangan-tangan yang merosakkan muka bumi yang indah ini seperti Firman ALLAH SWT Surah Al-Baqarah ayat 11 -13 yang maksudnya : “Dan apabila dikatakan kepada mereka, janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi, mereka menjawab, “Sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan perbaikan”. Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang membuat kerosakan, tetapi mereka tidak sedar. Apabila dikatakan kepada mereka “Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang lain telah beriman”, mereka menjawab: “Akan berimankah kami sebagaimana orang- orang yang bodoh itu telah beriman?” Ingatlah, sesungguhnya merekalah orang- orang yang bodoh, tetapi mereka tidak tahu.”.
150 Comments
honda insight emang keren banget, jadi pengen 🙂 tapi di ukur dari kemampuan kaya nya masih jauh hehe
nice share 🙂
Curahan rasa Obat Tradisional Penyakit Miom @ ..Obat Tradisional Kanker Hati
honda makin mantap saja fitur and body designnya ….
Curahan rasa cara diet aman @ ..Mengencangkan Payudara
Memang best kalau dapat satu .. 🙂
Curahan rasa anastasyea @ ..Semak Keputusan STPM 2011 Online Dan SMS
huhu…belum berkemampuan nak memilikinya. cukup apa yang ada sekarang ni.
Curahan rasa Sya Isya @ ..SEGMEN AKU ADA BLOG
tak mampu lagi nak beli 2nd carlah bro.. tapi yang guna teknologi hybrid ni memang bagus.. jimat minyak.. ada rezeki insyaallah boleh beli.. 🙂
Curahan rasa myvitrd @ ..Bulan Membayar Cukai | Mudah Dengan e-Filing
Assalam…
Tak mampu la nak beli kereta mahal2…
hanya mampu beli kereta 2nd hand je…huhu..
Curahan rasa iza @ ..Raket Nyamuk.
Kapan ya saya punya kereta seperti ini..
Curahan rasa Dadan @ ..Top 10 Facebook Page Indonesia
bukan tak nak tapi tak mampu nak ukur kereta kat poket money sendiri DH
Curahan rasa azura @ ..Tonton Filem Azura 2012
Ambil satu lah DH, baru best
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Link Download Vanilla Coklat Completed
denaihati tukar dulu lah……tangok mcm ner
Curahan rasa hafizal @ ..Akhirnya MaWi Dapat Anak Perempuan
Nanti kalau jumpa nak tumpang naik je 🙂
Curahan rasa anazkia @ ..Yang Unik
cantik dan sporty
perkongsian yang menarik.. infografiknya juga menarik..
Curahan rasa zuls @ ..Beli Rumah?
best kalau dapat naik Honda Insight nie.. tapi kenapa rupa lebih kurang macam Toyota Hybrid?
Curahan rasa Direktori Kahwin @ ..Gambar | Fasha Sandha & Jejai di Kursus Kahwin Mahligai Firdaus
Oo gitu ya.Toyota sama Honda sama aja pada bagus.
Curahan rasa salsabila @ ..Fragrance For Men
wah memang enar-benar terobosan yang sangat cakap sekali, honda menghasilkan dan selalu mengeluarkan produk-produk yang bagus-bagus…terimakasih atas infonya
Comments are closed.