Assalamualaikum dan salam 1Dunia, mendebarkan itu perkataan yang paling sesuai. Terima kasih kepada Honda Malaysia yang telah memilih blog Denaihati untuk pertama kalinya bersama 14 Rakan Blogger lain ikut serta program “Test Drive HYBRID Vechile Awarnes Campaign“. Pasti banyak ilmu yang dipelajari sepanjang 2 hari perjalanan KL – Melaka – KL yang pasti akan dikongsi bersama Rakan Denaihati menggunakan gadget kesayangan iPhone 4S.
Majlis Perasmian dan penerangan Honda Insight Bloggers Test Drive oleh Honda Malaysia.
Aku terpilih jadi driver pertama untuk 2nd car, Rebecca dan Nik kena tunggu turn ya. Syok lah drive Honda Hybrid Insight ni memang very smooth. Peehh dapat no 1 lah 17.0km/l untuk 1st stop. Honda Insight memang ada kelainan dilancarkan 2010 adalah kereta Hybrid generasi kedua yang dikeluarkan oleh Honda selepas Civic Hybrid pada tahun 2007. 2011 Honda Malaysia melancarkan hybrid terbaru CR-Z the world’s first 6-speed tranmission hybrid.
Grafik sejarah kereta Hybrid di Malaysia.
Kenal tak dengan Rakan-rakan Blogger hebat ni?
Kami stop di hentian kedua setelah melalui jalan berbukit bukau dan pemandangan menghijau di Empangan Semenyih. Kali ini kereta kami dipandu oleh Rebecca seri dengan kereta no 1 16.3km/l jadi penentuan di hentian ke 3.
Hentian no 3 Nik dah buat terbaik 21.1km/l tapi tewas kepada kereta Kak Jie. Tahniah kepada Kak Jie n fren yg diistihar pemenang di hentian no 4 dapat kamera bernilai RM600 tu. Betullah kata Kak Jie selalu je dapat rezeki bila ada event untuk Blogger.
Berhenti rehat, makan dan solat di Avillion, Port Dickson my favorite resort. Dah beberapa kali bawa famili menginap di sini.
Sampai destinasi yang dituju Philea Resort & SPA Melaka. First time stay kat sini. Masa untuk berehat dan bersiap sedia untuk majlis makan malam di Majestic Melaka.
Kesimpulan hari pertama Test Drive Honda Insight memanglah best. Kali pertama memandu kereta Hybrid memang berbaloi. Barulah tahu apa itu kereta Hybrid yang selalunya buat-buat tahu. Paling best hari ini belajar cara memandu yang betul untuk menjimatkan petrol. Test drive Honda Insight ini betul-betul bagi “A New Way Of Thinking”. Honda Malaysia The Power of Dreams memang terbaiklah. Macam teringin pulak angkat sebiji Insight warna biru ni … Apa pun kita tunggu dulu pengalaman Test Drive Honda Insight Day 2.
175 Comments
untunglah kakjie..hehe
kalau kak yan join sekaki rasa boleh bolot semua gak tu..kehkeh
btw memang cool la honda jenis hybrid ni.. hyundai dengan kia pun dah meningkat naik setaraf dgn jenama2 jepun ni.. (:
Curahan rasa syahrilhafiz @ ..Nautilus Script : Send To And PDF to PNG From Right Click Context Menu in Ubuntu 11.10
best jugak keter ni..
Curahan rasa LangkawiHomestay @ ..Promosi Hebat Walid Raja Homestay
apa lagi..angkat la satu..hehe
Curahan rasa paihujey @ ..Zalimnya Engkau Manusia
cantik betul Honda hybrid ni , kalau ade lebih angkat juga ..
Curahan rasa puanbee @ ..Menu : Ikan Pari Bakar
Memang Da boom la honda ni..
Curahan rasa Zultimurgallery @ ..h Baju Kurung Moden Vaifa (Material Cotton)
Memang satu pengalaman yang berguna kalau dapat join nie,,,
Curahan rasa hatiputera @ ..Pembayaran baucer BR1M RM500 secara tunai
Sudah tentu ia menjadi pengalaman yang tidak mudah dilupakan
Curahan rasa wazy @ ..Kem Jambori Remaja Islam 2012
wahh kya yang seru tuh acaranya,,, good
Curahan rasa obat asam urat @ ..Semakin Meningkatnya Jumlah Penderita Sakit Jiwa
mantap, sip lah
Curahan rasa andinoeg @ ..Preview Lenovo ThinkPad Edge S430
best juga kalau diberi peluang macam ni.. mesti jadi pengalaman yang menarik ni..
Curahan rasa kulanz @ ..Isu Penggunaan Dakwat Kekal Pada PRU13: Silver Nitrate Dibenar Syarak
wow. untunglah dpt pergi test drive ni
Curahan rasa ariff @ ..Tetamu Dari Singapura
Teknologi hybrid mmg bgz utk environment…tp skrng ni x semua mampu nk beli..hope lepas ni kereta buatan malaysia boleh ada di dlm pasaran yg menggunakan teknologi hybrid..klu nk beli kereta import ni x semua mampu nk beli…
Curahan rasa Tata @ ..About me….Tata
berapa kelajuan maksima untuk kekal tanpa penggunaan petrol? dengar kata tak boleh bawa laju kalau tak nak guna petrol.. betul ke?
Curahan rasa CMRatu @ ..Terkini SBPA – Sah ditangguhkan
Comments are closed.