Hilang Sahabat kerana Bebas Anwar 901

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, setiap daripada Rakyat Malaysia ada pandangan berbeza dengan isu perhimpunan Bebas Anwar 901 atas sebab-sebab yang berbeza. Setiap daripada kita juga mempunyai fahaman politik yang berbeza dan kita tidak boleh paksa sesiapa pun untuk ikut kita. Aku menulis pun bukan untuk mengubah fikiran dan fahaman sesiapa sekadar berkongsi pandangan.

gambar anwar ibrahim dan keluarga masuk UM

Aku terima komen dari farhan untuk entri Bebas Anwar 901 Sokong Ke : setelah baca entry ni , maka denaihati.com terkeluar dari bloglist aku..sekian.. p/s – x guna ‘mata hati’ ketika menilai politik

Aku kehilangan seorang Rakan Blogger hanya kerana kami berbeza mata hati dalam menilai politik. Itulah harga yang perlu dibayar apabila berbeza fahaman sehingga ada yang solat dua iman, putus hubungan saudara dan bercerai berai. Sampai bila?


Spread the love

120 Comments

  1. hohoho…macm2 berlaku sekarang ni.Disebabkan perbezaan idealogi dan fahaman politik je,x kan smp putus kawan kot? Politik itu hak masing2,kate malaysia negara demokrasi,so x salah kalau masing2 ada pendapat peribadi masing2.jangan kerana taksub ber’Politik’,melayu bercerai-berai dan putus sahabat. kan? politik2 la,jangan campur aduk-kan politik serta emosi peribadi,macam ni la jadinya.rileks la bro…hilang 1 sahabat x bermaksud hilang semuanya.ada la hikmah disebaliknye…mana la tau,lps ni dapat lagi shabat bru ke.manusia x leh lari dari kesilapan.harap2,esok2 sejuk la hati dia.huhu….jangan bertikam lidah kerana perbezaan politik.bile bangsa melayu mau maju HA? ♥”Fikir2kan Dan Renung2kanlah”♥ =p

  2. tu adalah lumrah politik melayu..sbb tu saya x suka ckp psl politik di depan kwn2 wlupon hakikatnya saya minat politik..cuma yg salah kita tegur yg betul kita puji
    Curahan rasa Adib @ ..Hear Me NowMy Profile

  3. Haha.. Takkan sebab politik kita nak putus kawan. Politik ini ibarat agama. Walaupun kepercayaan kita berbeza, tapi kita masih boleh berkawan. Tapi tak semua orang boleh terima itu semua. Menjadi terlalu fanatik adalah tidak bagus. Sebab perbezaan agama dan politik, politik boleh berubah ubah keadaan semasa. Tetapi agama tidak akan berubah selamanya.
    Curahan rasa Jaws @ ..Wordless Wednesday #2: BMWMy Profile

  4. Memang tidak semua penulisan & pandangan dari kita tidak akan dapat diterima 100% dari orang yang membaca. Tetapi tindakkan memutuskan persahabatan sudah seperti memutuskan persaudaraan dimana ia amat sekali ditegah dalam Islam. Bagi saya kita boleh sahaja tidak bersetuju dengan mana-mana pandangan asalkan ia tidak sampai ke tahap memutuskan silatulrahim.Politik jangan dijadikan tempat untuk kita putuskan saudara.Politik kita boleh jadikan sebagai medium untuk kita bergerak lebih maju dalam apa jua aspek. Patah tumbuh hilang berganti.. Selamat Maju Jaya..
    Curahan rasa Pandangan Bebas @ ..WAKTU SOLAT FARDHUMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!