Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, terima kasih kepada Rakan Blogger yang bertanya khabar setelah beberapa hari blog Denaihati menyepi. Hilang di mata tapi bukan di hati masih tidak lupa menjelajahi blog rakan-rakan membaca isu-isu semasa dan meninggalkan komen mana yang perlu.
Selepas keletihan pulang dari Kembara Musafir New Zealand (dah baca ke kisahnya?) kami mengabiskan sisa cuti sekolah bersama warga kerja Kumpulan Al Ansar di Kalumpang Resort. Kalumpang Resort suatu tempat percutian yang sangat alami dan puas kepada yang suka bermain air segar dari gunung.
Cuti sekolah adalah satu-satunya peluang untuk kami berkumpul satu keluarga apabila semua anak-anak di asrama pulang. Peluang ini kami ambil untuk menziarahi datuk dan nenek di Sabak Bernam dan Segamat. Kalau kita ayah ibu tidak didik anak-anak menziarahi orang tua jangan harap anak-anak akan ziarah kita bila sudah tua nanti. Dunia ini bulat apa kita buat hari ini pasti akan berulang kemudian hari.
Kami juga sempat singgah di majlis kahwin Ustaz Noehas di Kesang Laut, Muar. Ooopps silap bukan majlis perkahwinan Ustaz Noeas yang masih bujang tiga tapi majlis perkahwinan adik bongsu Ustaz Noehas. Sempatlah berjumpa kawan-kawan group whatsapp Madrasah An Nuur yang selama ini hanya bertemu di alam maya.
Hujung minggu lepas sibuk menghantar anak-anak ke tiga asrama berbeza di daerah berbeza. Kesimpulannya percutian sekolah dua minggu memang dipenuhi dengan perjalanan tanpa henti yang sangat memenatkan tapi sangat mengembirakan.
Walaupun sibuk dengan urusan bisnis sempat juga bersarapan pagi dengan bekas pelumba motor negara Wazi Abdul Hamid. Paling best kami ada hobi yang sama suka mengembara melihat dunia ciptaan Allah. Bezanya kami suka memandu kereta tapi Wazi suka menunggang motor besar. Beliau pernah menunggang motor di Europe, New Zealand dan Negara Balkan. Kami mempunyai pendapat yang sama memang rugi kepada manusia yang sibuk dengan dunia sehingga tiada masa melihat keindahan dunia.
Kalau ada rezeki kami rancang untuk mengembara bersama. Mengembara memang memenatkan tapi sangat memuaskan hati. Masih terbanyang keindahan New Zealand yang mengamit hati membuatkan kita semakin dekat dengan Maha Pencipta.
48 Comments
Padat betul aktiviti Tuan. Namun tidak lupa untuk terus menulis. Mungkin banyak lagi yang perlu saya pelajari daripada Tuan
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Cantik jelita dan tampil berseri dengan Placenta White By Nikko
malaysia tetap di hati…
klakar ayat “ustaz noehas bujang 3” :p
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Wordless Wednesday #69: Zaid Presley… ada gaya tak? 😉
tahniah! selamat kembali ke tanahair
Curahan rasa epol @ ..MINUM AIR BOLEH BANTU PULIHKAN PENYAKIT SERIUS
Salam ziarah 1Malaysia, wah bestnya..
Curahan rasa matuse68 @ ..BONGKAR!! Fatwa Khomeini, Imam Syiah [Jom Terjah…]
blog DH takkan hilang di hati, insyaAllah 🙂
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Adik ipar Dr. Syeikh Muszaphar juga seorang doktor
Cuti sekolah yg cukup berkualiti =) terbaiklah tuan DH
Curahan rasa hafizmd @ ..Bila 2 Lelaki Kacak Bercendolan!
Seronoknya kalau dapat macam meluangkan masa selalu dengan keluarga yang tercinta. Harapnya dapat le saya pun mengikut jejak langkah begitu kelak..
Curahan rasa Nasarudin @ ..11 Kaedah Untuk Menghilangkan Bau Badan
Biasa kena plan awal2 baru menjadi kalau last minit memang susah.
seronoknyer kalau dapat mengembara bersama keluarga…insya allah…suatu hari nanti…amin…
Curahan rasa syamila @ ..Gmail Androids Berwajah Baru…lagi…
amin2…moga dipermudah impian =)
Curahan rasa hafizmd @ ..Bila 2 Lelaki Kacak Bercendolan!
Tiada apa yang lebih membahagiakan apabila kita dapat menggembirakan org lain terutama keluarga sendiri. Bwak jalan-jalan, menghabiskan masa bersama dengan berkualiti lagipun masa lain anak2 berjauhan kerana tuntutan pelajaran.
Alhamdulillah dengan rezeki Allah s.w.t. Mampu berjalan melihat keindahan dunia, Aina kalau banyak duit nak jugak berjalan serata duni tetapi buat masa sekarang apa yang termampu sahajalah.
Curahan rasa Aina @ ..Hari Rajin
Alhamdulillah, memenuhi jemputan majlis dapat pahala, merapatkan silarurrahim & dapat pahala… (plus dapat makan).. 🙂
Hehe..seronok nya dapat meluangkan masa bersama keluarga..hehe..memang seronok kalau mengembara…tapi bagi saya keinginan mcm tu terpaksa diholdkan..bajet tiada..hehe..seronok tajuk hilang dimata bukan di hati
Curahan rasa Hafizul @ ..Sekeping Nota Untuk Ayah
Bercuti bersama dengan keluarga adalah sangat menyenangkan
Curahan rasa safiyhati @ ..Penyebab Dan Tanda Keguguran
Comments are closed.