Hidup ini bukan kita yang menentukan

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, dalam perjalanan aku dan keluarga menuju ke Ilham Resort, Port Dickson untuk menghadiri mini gathering teman lama sama sekolah, kami terserempak dengan kemalangan maut. Penunggang motosikal terbaring ditutup kertas surat kabar di atas Lebuhraya PLUS kira-kira 5 meter dari motor kapcai yang remuk bahagian depannya. Begitulah rapuhnya nyawa manusia dan ini buktinya hidup ini bukan kita yang menentukan.

Ilham Resort, Port Dickson

Perjalan diteruskan sambil berfikir berapa ramai manusia telah terkorban di atas jalanraya akibat kelalaian sendiri atau kelalaian pemandu lain. Kesan-kesan kemalangan di lebuhraya samada yang lama atau yang baru terlalu banyak kelihatan.

Dalam perjalanan aku menalefon teman aku yang menjadi organizer untuk memastikan lokasi sebenar Ilham Resort untuk memudahkanaku menuju tanpa tersasar ke tempat lain. Lebih kurang jam 3 pm aku sampai ke lokasi. Setelah mengambil kunci aku dan keluarga berehat di bilik. Lewat petang aku turun untuk bertemu dengan teman-teman yang sudah sampai. Sampai di lobi teman aku yang menguruskan majlis mini gathering memohon maaf sebab kena balik segera.

Teman aku baru sahaja dapat panggilan bahawa adik ipar bongsunya meninggal dunia dalam kemalangan ngeri di Bangi. Yang lebih tragis lagi isteri teman aku dikatakan baru lepas berbual-bual melalui telefon dengan adik bongsunya. Aku terdiam sebentar begitu mudah Allah mengambil nyawa kita ini. Begitu rapuhnya nyawa kita tetapi terlalu ramai manusia tidak sedar. Ada yang berlagak bagaikan mereka akan hidup seribu tahun sombong, angkuh dan ego. Orang politik berhujah mempertahankan pendirian kepartisan tanpa batasa sehingga lupa pada batas agama. Orang bisnis mengejar wang sehingga lupa dunia ini sementara. Paling malang ada yang lupa pada ibubapa juga lupa mendidik anak-anak mengenal Allah hanya kerana hal-hal dunia dan yang super paling malang lupa kepada Rasulullah dan Allah yang satu.

Hari ini hari penunggang motor dan adik ipar teman baik aku …. mungkin esok giliran aku. Sudah bersediakah aku kerana hidup ini bukan kita yang menentukan. AL-FATIHAH untuk mereka yang pergi dahulu.

[ad#Mangga 300]


Spread the love

244 Comments

  1. bila sebut kisah hidup dan mati memang mengerunkan… semakin hari semakin pendek usia kita sebenarnya…ini lah kebaikan yg boleh kita manafaatkan bersama bila ada entri2 sebegini… sekurang-kurangnya dapat mengingatkan orang sepertiku yg selalu terlupa jugak….terima kasih mr denaihati kerana secara tidak langsung ianya mengingatkan aku tentang kematian…..

  2. tahziah…dpd Dia kita datang dan kpd Dia kita kembali…hidup ini hanya sementara buat kita…buatlah apa yg patut sebgai bekalan kita di Sana

      1. Mau tidak mau, kita tetap berwisata. Siap atau tidak siap, kita tetap berwisata kehidupan. Yakin atau tidak yakin, kita tetap menjalani wisata ini. Inilah kehendak Allah, Penguasa dan Pemilik alam semesta yang tidak dapat dihindari atau ditolak oleh siapapun; apapun agamanya, setinggi apapun pangkatnya, sebanyak apapun hartanya dan sedalam apapun ilmunya.
        Curahan rasa Bang Iwan @ ..Pak Beye dan Istananya Tetralogi Sisi lain SBYMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!