Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, ketika dunia terutama kaum keluarga mangsa meratapi tragedi Boieng 777 – 200 MH17 ramai juga yang tiada lansung rasa sensitif dengan mempersendakan. Sebahagian kecil orang politik pulak mengambil kesempatan untuk menghentam dan menjatuhkan Kerajaan mengikut selera politik mereka. Ini saat sukar yang harus kita berdiri bersama mengharungi kesusahan bersama. Segala kesukaran adalah kurniaan ALLAH untuk kita menjadi negara yang lebih matang. Kalau Indonesia, Filipina, Jepun, Amerika dan banyak lagi negara di uji dengan bencana alam, Malaysia pun diuji dengan dua kemalangan kapal terbang iaitu MH370 dan MH17 selanh hanya tiga bulan.
Gambar-gambar bangkai pesawat MH17
Paling mengejutkan apabila aku menerima beberapa wassap yang menunjukkan seorang wanita mengecam kapten pesawat MH17 yang katanya penyebab tragedi MH17. Kecaman beliau kepada Kapten MH17 tiada bezanya dengan akhlak buruk gadis peugeot CDM25 yang membuli Pak Cik Sim. Aku tidak dapat membuktikan kesahihan kata-kata kesat Sim Kwang Yung Sim tetapi seandainya benar perkara begini tidak sepatutnya berlaku. Lebih hina lagi apabila beliau mengutuk amalan puasa Kapten Wan Amran yang dikatakan penyebab tragedi MH17 dan menghina orang Islam pergi ke Masjid.
Dunia siber mungkin ramai yang boleh menyamar dengan nama dan gambar Sim Kwang Yung Sim tetapi matlamatnya jelas menghina tidak kira siapa yang menulis. Sim Kwang Yung Sim atau penyamar mesti memohon maaf di atas tulisan yang sangat tidak bermoral. Begitu juga kepada semua keyboard warrior jangan sesekali menyebarkan berita tanpa pengesahan. Tulis apa yang perlu sahaja kerana setiap tulisan kita akan dibaca keluarga mangsa seperti Abang Parlan dan Kak Siah yang pasti akan menyentuh hati mereka. Hari ini hari mereka esok lusa mungkin hari kita dan juga lupa apa yang kita beri itulah yang kita akan dapat semula.
[box] Terkini : Mengikut The Star akaun Sim Kwang Yung Sim yang lama sudah tidak aktif telah di hack oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Laporan polis telah dibuat dan Pn Sim sedang membantu pihak polis membuat penyiasatan [/box]
Gambar-gambar mangsa yang terkorban tragedi MH17
Kalau dulu orang kata mata pena lebih tajam dari pedang tetapi zaman IT sekarang keyboard sudah mengambil alih fungsi mata pena. Apabila kita menulis dengan niat tidak baik itu melambangkan akhlak dan keperibadian seseorang yang tiada beza atau mungkin lebih hina dari wanita yang terjerit-jerit ditengah jalan membuli lelaki tua. Jangan kita tambah derita keluarga mangsa dengan analisa angan-angan kita. Lebih baik kita terus berdoa semuga keluarga mangsa diberi kekuatan dan sabar dengan ujian yang sangat berat ini.
Yakinlah apa sahaja yang berlaku di atas alam ini biar sekali seekor semut hitam di atas batu hitam di malam gelap gelita adalah di bawah takbir ALLAH inikan pula tragedi MH17. Setiap kejadian mungkin buruk di sisi manusia tetapi tidak di sisi ALLAH yang kita akan dapat rasai hikmahnya suatu masa akan datang. Jangan sesekali ada sangkaan buruk pada ALLAH.
[box]Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dia lah sahaja; dan Ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Ia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz) yang terang nyata. – Surah Al Anaam ayat 59 [/box]
473 Comments
Walaupun alasannya, janganlah kita menghina mangsa-mangsa tragedi atau waris-waris mereka. Kalau anda berada di situasi tersebut bagaimana pula?
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Cara Mengawal Dan Menyekat Aplikasi Di Facebook
Semoga Allah tempatkan roh-roh mereka yang terkorban bersama orang-orang yang soleh. Pastinya ada hikmah di sebalik kejadian ini, ia juga sama seperti MH370 baru-baru ini.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Cara Mengawal Dan Menyekat Aplikasi Di Facebook
Tidak baik kita menghina magsa-magsa MH17, mereka tidak bersalah. Kenapa harus kita hina, bagaimana dengan ahli keluarga mereka?
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Cara Mengawal Dan Menyekat Aplikasi Di Facebook
tak faham dengan segelintir yang menghina tragedi ni. tak sensitif dan sanggup jadikan sbg bahan jenaka
Curahan rasa nikkhazami @ ..Punca Astro Kerap Ulang Siaran
Manusia bila tiada adab, beginilah sikap mereka. Sanggup menghina mangsa-mangsa MH17. Semoga terbuka hati yang menghina ini. Ya Allah tunjukan jalan yang lurus terhadap orang yang kau kehendaki.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Cara Mengawal Dan Menyekat Aplikasi Di Facebook
Rasa geram pula bila baca. Kalau begitu, pergilah duduk negara lain yang tiada malay muslim.
Curahan rasa Syaza Nazurah @ ..Layak ke cabaran seterusnya
Perlu ke sampai nak menyentuh sensitiviti agama. Sangat tidak patut dan tidak bermoral.
Curahan rasa Syaza Nazurah @ ..Layak ke cabaran seterusnya
kenapa nak salahkan orang lain sedangkan yang tembak negara luar dan kena la bagi semangan dekat mangsa supaya mereka tabah hadapi dugaan
Curahan rasa iuzira @ ..kenali AL-QASSAM
Kita tidak boleh menyalahkan kerajaan, peristiwa ini bukan salah MAS. Ia perbuatan tidak bertamadun oleh rejim penganas atau pemberontak.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Cara Mengawal Dan Menyekat Aplikasi Di Facebook
bercakap guna lutut memang macam tu…geram plak aku tengok..dah duduk malaysia tu kira bersyukur la..
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Full Specs of Panasonic Lumix Smart Camera CM1
Tahu tak apa. Sama-sama warga Malaysia cubalah support negara sendiri yang sedang dilanda ujian besar. Kalau bukan kita untuk beri sokongan siapa lagi ? Fikir guna otak tapi tak guna akal. Ish ish.
Curahan rasa Syaza Nazurah @ ..Layak ke cabaran seterusnya
orang yang kata macam tu tak ada perasaan .. mereka hanya akan terkesan bila keluarga sendiri terkena sebegitu baru mereka tahu apa ertinya kehilangan
Curahan rasa namiacinta @ ..Cabaran 30 Hari – 5 Pekara Yang Saya Rindukan
geram bila baca. bangsa lain boleh je simpati dgn mangsa berlainan agama. kenapa dia tak boleh
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
mereka tak rasa sebab bukan ahli keluarga mereka yang terlibat. tak sensitif langsung
Curahan rasa nikkhazami @ ..Punca Astro Kerap Ulang Siaran
sebelom nak buat sesuatu tu fikir dahulu, jangan bertindak dengan sewenang wenangnya…fikir perasaan orang lain sama..cuba bayangkan anda berada ditempat mereka…mesti akan bersa sakit hati..dunia siber sekarang ni banyak memberi kesan yang negetif..dan kepada keyboard warrior tu sudah sudah lah nak pecah belahkan orang..ingat setiap perbuatan yang dilakukan akan mendapat balasan yang setimpal…
Disebabkan mulut badan binasa. Inilah contoh manusia yang takde sensitiviti pada persekitaran yang berlaku. Kalau terkena pada ahli keluarga dia berani pulak dia nak bersuara macam tu kan. Dah tu nak mempermainkan soal agama pulak..sedih
Curahan rasa Azhafizah @ ..Wordless Wednesday #120 | Tentang anda
Rasanya dia tak faham apa yang terkandung dalam perlembagaan Malaysia. Moga dia sedar kesilapan yang dilakukan.
Curahan rasa Syaza Nazurah @ ..Layak ke cabaran seterusnya
Kepada yang sengaja nak memecahbelahkan masyarakat Malaysia, berfikir dulu sebelum bercakap. Kita ada akta yang boleh menahan sesiapa yang secara sengaja menghamburkan kata-kata kesat dan membuat kenyataan kontroversi sebeginu.
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Erti Kemerdekaan Bagi Seorang Usahawan dan Blogger
Setiap status yang kita buat, kita bertanggungjawab. Walaupun berita tu dari orang lain, jika kita sebarkan maka kita turut sama terpalit dan bertanggungjawab atas berita yang kita sebarkan. Tambah lagi kalau jadi agen kepada fitnah, faham faham sendiri la besar dosanya.
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Erti Kemerdekaan Bagi Seorang Usahawan dan Blogger
Ya betul tu. Berani buat, berani tanggung lah. Fikir dulu kesannya sebelum bertindak. Moga dijauhkan kita dari sikap suka memfitnah itu.
Curahan rasa Syaza Nazurah @ ..Layak ke cabaran seterusnya
Betul ke hack? Janganlah lepas ni jadi budaya pulak hina dan buat kenyataan sensitiviti kaum, lepas tu buat alasan kena hack. Pastikan siasat dulu.
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Erti Kemerdekaan Bagi Seorang Usahawan dan Blogger
Yang buat ststus cenggitu jenis yang tidak berfikir sebelum bertindak. Jangan disebabkan mulut, badan binasa.
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta
terlajak perahu boleh berundur, terlajak jari kena bash di internet
Curahan rasa nikkhazami @ ..Punca Astro Kerap Ulang Siaran
Teruknya. Tak fikir langsung perasaan keluarga mangsa yang terlibat dalam tragedi ini. Kesian keluarga mangsa yang tengah bersedih tu.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Segmen Bloggers : 20 Facts About Me
Cakap ikut suka hati dia je macam itu lah. Tak fikir perasaan orang lain yang sedang bersedih. Tahu nak complaint je lebih.
Curahan rasa Syaza Nazurah @ ..Layak ke cabaran seterusnya
Comments are closed.