Hari Karbala sambutan pengikut Syiah 10 Muharram

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kita baru sahaja selesai menyambut kehadiran Zulhijjah dengan peristiwa-peristiwa agong yang berlaku di dalamnya, kita telah melaksanakan berbagai ibadah yang bertepatan dengan kehendak syarak. Kini kita berada dalam bulan Muharram, bulan yang disepakati oleh umat Islam sebagai bulan pertama dalam Takwim Hijri atau Qamari.

Dalam bulan ini saban tahun kita mengadakan sambutan Maal Hijrah sebagai memperingati peristiwa hijrah Rasulullah SAW bersama para sahabat Radhiallahu Anhum. Dalam bulan ini juga kita menyambut hari Asyura (عاشوراء) dan Tasu‟a ( تاسوعاء ) dengan berpuasa pada hari-hari tersebut sebagai mengikut jejak langkah yang dilakukan oleh baginda Nabi SAW, ini adalah bertujuan untuk memperingati peristiwa yang belaku kepada para Nabi sebelumnya.

Demikianlah umat Islam terus istiqamah menyanjung dan menjulang Syariat Muhammadiyyah sebagai agama yang suci murni. Namun dicelah-celah keghairahan ini terdapat perbuatan dan amalan yang menjatuhkan imej kemurnian Islam itu sendiri. Perbuatan tersebut ialah sambutan Hari Karbala yang dilakukan oleh ekstrimis Syiah di beberapa buah Negara.

Hari Karbala yang disambut oleh pengikut Syiah pada 10 Muharram ialah hari bersedih memperingati peristiwa pembunuhan kejam terhadap Sayyidina Husain Radhiallahu Anhu cucunda baginda Nabi SAW. Hari tersebut disambut oleh penganut-penganut Syiah dengan berbagai acara seperti ceramah, nyanyian dan perarakan untuk melahirkan kesedihan terhadap peristiwa tragis tersebut.

Apa yang jelek dan melucukan ialah perbuatan menampar dan memukul dada sambil berteriak menyebut “Ya Husain, Ya Husain, Ya Husain!”. Malah lebih meloyakan lagi ialah perarakan yang bermandikan darah dengan menikam perut, memahat dan melukakan kepala serta belakang badan dengan benda tajam. Sesungguhnya perbuatan tersebut amat jauh menyimpang dari ajaran Islam yang sebenar, malah mirip kepada perbuatan penganut-penganut agama Majusi dan penyembah berhala.

Jika difikirkan dengan secara mendalam, kenapa mereka hanya bersedih dengan pembunuhan Husain sahaja? Kenapa tidak dengan Sayyidina Hamzah, Sayyidina Umar, Sayyidina Osman dan Sayyidina Ali?, sedangkan kematian mereka juga adalah kematian yang amat menyedihkan, mereka adalah sahabat Nabi Radhiallahu Anhum yang telah bertungkus lumus bersama Rasulullah meletak batu asas pembinaan Islam di peringkat awal.

Sebaliknya golongan Syiah amat gembira dengan kematian Sayyidina ) ؤبى لؤلؤة ( Umar Radhiallahu Anhu dan berterima kasih kepada Abu Lu‟lu‟ah orang yang menikam perut Umar ketika sedang solat. Bahkan kubur Abu Lu‟lu‟ah pun dibina dengan gah sekali seolah-olah kubur seorang pahlawan yang berjasa.

Sesungguhnya amalan sesat yang mereka amalkan itu bukan sekadar amalan, tetapi ianya dilakukan berdasarkan aqidah dan pegangan mereka yang menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Betapa tidak, ini kerana mereka memang berakidah bahawa Saiyidina Abu Bakar, Umar, Osman dan Muawiyah adalah dianggap sebagai berhala Quraisy yang merampas jawatan khalifah dari tangan Saiyidina Ali Radhiallahu Anhu.

Bahkan mereka berpegang kepada kepercayaan bahawa para sahabat Nabi semuanya menjadi murtad selepas kewafatan Baginda Nabi SAW kecuali Al- Miqdad ibn al-Aswad )االإقداد ابن الأسىد) , Abu Zar Al Gifari (ؤبى ذز الغفاز ِي), dan Salman Al Farisi (سلمان الفازس ي). Wal‟iyazubillah!, tidak syak lagi bahawa kepercayaan tersebut adalah kepercayaaan karut yang langsung tidak boleh diterima oleh akal.

Sedarkah mereka siapa sebenarnya orang yang mereka murtadkan itu? Bukankah mereka adalah sahabat-sahabat Nabi yang dipuji oleh Allah dalam al-Quran sepertimana dalam surah al-Taubah ayat 100:

“Dan orang-orang yang terdahulu – yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang “Muhajirin” dan “Ansar”, dan orang- orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan dia, serta ia menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar.”

Dan ketahuilah juga bahawa sebahagian daripada para sahabat yang dimurtadkan itu adalah para sahabat yang telah diisytiharkan oleh Nabi sebagai sebahagian dari penghuni syurga.

Sebenarnya kesesatan Syiah ini bukan setakat perkara tersebut itu sahaja malah ada beberapa kesesatan yang lebih dahsyat dan tidak boleh dikompromi dengan Islam, kesesatan-kesesatan tersebut antara lain adalah:

1. Mengkafirkan Ummul Mukminin Saiyidatina Aisyah Binti Abu Bakar dan isteri-isteri Rasulullah yang lain. „Aisyah dikatakan sebagai ketua penduduk neraka, wal‟iyazubillah!

2. Menurut Syiah, al-Quran yang ada di sisi kita (Ahli Sunnah) pada hari ini sebenarnya palsu dan telah diselewengkan manakala al-Quran yang benar adalah di sisi mereka yang dikenali sebagai “mushaf Fatimah”, di mana kandungannya tiga kali ganda daripada al-Quran kita.

Sebenarnya Umat Islam di negara ini melalui Majlis Agama Negeri- negeri, terutama negeri Selangor sangat peka terhadap perkembangan kepercayaan dan anutan sesat dan menyeleweng ini. Fatwa mengenai Syiah telah dikeluarkan dan diwartakan di Selangor pada tahun 1989 dan 2013.

Justeru, umat Islam tidak ada alasan untuk terpengaruh kepada ajaran syiah yang memerangkap mangsanya melalui pelbagai cara termasuk di institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, syarikat-syarikat umrah, pusat-pusat tuisyen, kelas-kelas bimbingan al-Quran, buku kanak-kanak, novel, komik dan lain-lain lagi. Justeru, khatib menyeru agar seluruh umat Islam hendaklah sentiasa berwaspada terhadap penyebaran fahaman Syiah di Negara ini agar seluruh ahli keluarga kita terselamat daripada kesesatan dan azab neraka Allah SWT.

Penularan secara halus

Maka umat Islam mestilah mengambil perhatian kepada perkara-perkara berikut:

1. Umat Islam wajib berpegang kepada ajaran Ahli Sunnah wal Jamaah dari sudut akidah, syariah dan tasawuf.

2. Umat Islam wajib peka terhadap sebarang propaganda dan perancangan licik dari ajaran-ajaran dan kumpulan yang menyesatkan,

3. Umat Islam mestilah menjadi mata dan telinga kepada pihak berwajib Agama Islam apabila ternampak kegiatan yang mencurigakan berselindung disebalik penggunaan nama dan jenama Islam.

4. Umat Islam hendaklah menimba ilmu-ilmu agama daripada guru- guru yang muktabar dan bertauliah.

Madad Ya Hussain, Minta tolong selain daripada ALLAH?

3 Comments

  1. PERMAINAN ONLINE TERBESAR DI INDONESIA

    Website paling ternama dan paling terpercaya di Asia ^^
    Sistem pelayanan 24 Jam Non-Stop bersama dengan CS Berpengalaman respon tercepat 🙂
    Memiliki 7 Jenis game yang sangat digemari oleh seluruh peminat poker / domino

    – Poker
    – Domino
    – Ceme
    – Capsa Sususn
    – Ceme Keliling
    – Super TEN (New)
    – Omaha (New)

    Permainan Judi online yang menggunakan uang asli dan mendapatkan uang asli ^^
    * Minimal Deposit : 10.000
    * Minimal Withdraw : 50.000
    * Deposit dan Withdraw 24 jam Non stop ( Kecuali Bank offline / gangguan )
    * Bonus REFFERAL 10 % Seumur hidup tanpa syarat
    * Bonus ROLLINGAN 0.3 % Dibagikan Setiap Hari Kamis
    * Proses Deposit & Withdraw PALING CEPAT
    * Sistem Keamanan Terbaru & Terjamin
    * Poker Online Terpercaya
    * Live chat yang Responsive
    * Support 4 bank LOKAL

    Contact Us
    Website Armani Poker
    WA : +6287830298557
    Kami Siap Melayani anda 24 jam Nonstop
    Daftar Armani Poker
    Keyword : Agen Domino Terpercaya

  2. Hari Karbala yang disambut oleh pengikut Syiah pada 10 Muharram ialah hari bersedih memperingati peristiwa pembunuhan kejam terhadap Sayyidina Husain Radhiallahu Anhu cucunda baginda Nabi SAW. Kenapa mereka hanya bersedih dengan pembunuhan Husain sahaja? Kenapa tidak dengan Sayyidina Hamzah, Sayyidina Umar, Sayyidina Osman dan Sayyidina Ali? Ini adalah kesesatan yang nyata.
    Curahan rasa SENTIASA PANAS @ ..Penunggu Tasik Lebur Bacaan Ayat KursiMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!