Qasidah Madad Ya Hussain, minta tolong selain daripada ALLAH?

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pernahkah dengar mengenai kisah Qasidah Madad ya Hussain? Sebahagian golongan melaungkan qasidah ini tanpa ada niat memohon pertolongan Hussain dan ada juga Madad Rasulullah.

Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Isu ucapan ‘Madad Ya Rasulullah’ dan ‘Madad Ya Hussain’ ini sudah menjadi isu perbahasan dalam masyarakat kita hari ini. Sekali pun ada golongan yang membenarkan ucapan sebegini, namun perlu cenderung untuk meneliti ucapan ini dengan teliti.

Pertama: Adakah ucapan madad kepada Rasulullah SAW dan Hussain ini terdapat suruhan dalam nas-nas Syarak atau tidak? Jika tiada, maka di situ sudah diketahui bahawa ia tidak disyariatkan untuk diamalkan.

Kedua: Apakah maksud madad itu sendiri? Madad bererti meminta bantuan. Jika disebut madad itu dituju kepada Rasulullah SAW, maka di sini perlu dilihat daripada dua sudut.

• Ini tidak menjadi masalah jika Baginda SAW masih hidup kita meminta pertolongan beliau seperti mana yang dilakukan oleh para sahabat.
• Meminta tolong daripada Baginda SAW setelah wafat.

Sudut yang kedua ini kita dapati para ulama telah berbeza pandangan. Sebahagian mengharuskan dan sebahagian lagi mengharamkan.

Akan tetapi terdapat sebahagian mereka yang benar-benar meyakini bahawa boleh meminta tolong daripada Rasulullah SAW selepas kewafatan Baginda kerana mereka berpegang bahawa Nabi SAW masih hidup di alam kubur, dan mampu mendoakan umatnya sebagaimana ketika Baginda SAW masih hidup.

Apakah hukum berkata “Madad Ya Rasulullah” atau “Madad Ya Hussain” tanpa niat memohon pertolongan? Apa pula hukumnya orang yang berkata demikian kerana tidak faham maksudnya.

Memohon pertolongan daripada si mati secara umumnya sesungguhnya ia adalah bentuk doa kepada selain Allah. Seandainya yang berkata tidak bermaksud mahu memohon pertolongan, lalu apa tujuan sebenarnya?

Hanya untuk mengingatkan, apa-apa pengajaran Islam yang lain daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah di negara ini adalah haram berdasarkan keputusan Fatwa oleh Jawatankuasa Perundingan Undang-Undang Wilayah Persekutuan di bawah Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 (Akta 505)

Adalah dilarang kerana ia juga bertentangan dengan Hukum Syarak jika seseorang menyebarkan ajaran lain selain ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Akan tetapi jika seseorang berdoa: Ya Rasulullah, bantulah aku. Ini merupakan satu perkara yang berbeza.

Sebahagian pihak yang mempertahankan lirik qasidah tersebut menyatakan bahawa mereka bukan berdoa kepada Rasulullah atau Hussain, sebaliknya mereka berdoa kepada Allah sambil bertawassul dengan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam.

Jika benar ia tawassul dengan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam, kenapa lafaznya Al-Madad Ya Rasulullah? Kenapa bukan Al-Madad Ya Allah?

Contohnya fenomena yang baru dibawa ke dalam masyarakat kita dengan niat yang baik, tapi dengan kefahaman yang tidak mantap, tanpa kawalan ilmu maka  dibimbangi lama kelamaan akan jadi fenomena yang merosakkan.

Semoga kita semua para pendakwah dan mereka yang berilmu dapat menyampaikan dan membimbing masyarakat dengan ilmu dan amalan yang sahih dan betul daripada Syariah Islam berteraskan ajaran al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah SAW yang sahih.

Bukan mengajarkan mereka dengan pelbagai ajaran dan pendapat yang tidak dapat dipastikan kesahihannya lalu menjadikan mereka semakin jauh dari landasan Syariah yang suci.

Jauhkan diri dari suka menjatuhkan hukum kafir atau murtad atau meletakkan label yang buruk terhadap orang berbeza dengan pandangan kita.


Spread the love
OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!