Perintah Diraja : Arab Saudi buat struktur semula caj haji, visa transit dan umrah

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan perintah diraja yang menstruktur semula visa lawatan, haji dan umrah ke negara pentadbiran diraja itu termasuk pembatalan yuran mengerjakan umrah berulang.

Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Mohammad Salih Bentin, menzahirkan penghargaan kepada Raja Salman dan Putera Mahkota Mohammed bin Salman kerana mengeluarkan dekri bagi menyusun semula visa-visa lawatan, Haji dan transit.

Dekri tersebut termasuk pembatalan yuran visa bagi umrah berulang.

“Dekri diraja adalah sebahagian daripada iltizam kepimpinan untuk mempermudahkan umat Islam dari merata dunia untuk melaksanakan Haji dan Umrah.” Dr Bentin

Ini bermakna dekri itu mencerminkan kesediaan Arab Saudi untuk menyambut lebih ramai jemaah selepas selesainya projek-projek prasarana besar dan perluasan khidmat di Makkah, Madinah dan tempat-tempat suci. Jika dilihat baru-baru ini, Third Expansion Saudi yang berhampiran AlHaram Emergency Hospital pun telah disiapkan.

Third expansion berhampiran AlHaram Emergency Hospital
Baikpulih Kaabah

Yuran Visa Umrah berulang dimansuhkan

Pada Februari 2016, kerajaan Arab Saudi mengumumkan yuran 2,000 riyal bagi jemaah yang menunaikan umrah atau haji buat kali kedua atau seterusnya, bertujuan memudahkan para jemaah haji dan umrah kali pertama.

Menurut maklumat agensi-agensi haji dan umrah (GSA), mereka yang melakukan umrah buat kali kedua atau seterusnya membentuk sekitar 30 hingga 50 peratus daripada jumlah keseluruhan jemaah mereka dalam setahun.

Namun peraturan itu dikemas kini pada September 2016, dan dilaksanakan ke atas para jemaah yang menunaikan umrah berulang dalam satu tahun Hijrah yang sama.

Pada awal 2017 pula, syarikat-syarikat GSA Singapura diberi pengecualian daripada perlu membayar yuran visa tambahan itu bagi para pegawainya yang menyertai umrah kali kedua dan seterusnya dalam setahun.

Matlamat 30 juta jemaah umrah menjelang 2030

Perubahan peraturan visa yang terbaru ini menyokong usaha mencapai salah satu matlamat terpenting Visi 2030 kerajaan Arab Saudi untuk menerima 30 juta jemaah umrah menjelang tahun itu. Matlamat ini akan dicapai seiring dengan usaha pemerintah menyediakan khidmat cemerlang supaya para jemaah dapat menjalankan ibadah dengan selesa dan aman.

Awal minggu ini, Arab News turut melaporkan tentang perubahan berhubung visa kunjungan ke Arab Saudi secara amnya.

Skim yang akan diumumkan 27 September ini dijangka membuka pintu negara itu kepada para pengunjung dari 50 negara.

Ianya sebagai sebahagian usaha kerajaan itu merancakkan industri pelancongannya dan mempelbagaikan ekonomi agar kurang bergantung kepada hasil minyak.


Spread the love
OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!