Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, setiap hujung bulan pasti akan sibuk di sosial media terutama FB isu harga terkini minyak petrol RON95 dan RON97. Ada juga yang terperangkap apabila harga minyak petrol terkini yang diheboh-hebohkan akan naik tidak naik seperti yang dicanangkan. Tidak kira naik atau kekal harga petrol pasti ada sahaja dialog panas di sosial media yang mengutuk dan menghina Kerajaan. Tidak kurang juga ramai rakan-rakan yang berfikiran positif mengajak kawan-kawan mencari pendapatan kedua untuk menampung kos kenaikan harga petrol.
Klik sini utk belajar cara Jana income dalam USD
Harga Minyak Petrol RON97, RON95 dan Disel untuk September 2015
Harga Minyak Petrol RON97, RON95 dan Disel untuk Ogos 2015
Harga Minyak Petrol RON97, RON95 dan Disel untuk Julai 2015
Aku sudah mengembara berpuluh buah negara dan antara pekara yang aku perhatikan adalah perbezaan harga minyak petrol dan diesel. Kebanyakan pengguna di negara Eropah menggunakan kenderaan yang menggunakan minyak diesel kerana itu harga minyak diesel lebih mahal daripada minyak petrol. Kalau nak dibandingkan dengan harga minyak petrol dan diesel Malaysia sudah pasti harga minyak kita jauh lebih murah berbanding dengan banyak negara yang pernah aku jejaki. Harga minyak petrol di Arab Saudi memang sangat murah berbanding dengan Malaysia tetapi kalau nak dibandingkan dengan kemudahan umum memang tersangat jauh sangat berbanding Malaysia.
Banyak negara seperti Singapore dan Thailand menjual minyak petrol dan diesel mengikut harga semasa yang akan berubah mengikut harga minyak dunia. Tidak kurang juga harga minyak petrol dan diesel berbeza-beza pada stesen petrol berbeza yang kami singgah ketika kami mengembara di New Zealand. Di Kemboja majoriti rakyat masih tidak mampu membeli kenderaan walaupun harga kenderaan memang murah kerana harga petrol dan diesel sangat mahal.
Setiap negara ada polisi harga minyak petrol dan diesel yang berbeza berdasarkan status ekonomi negara tersebut. Pendapat aku tidak kira siapa pun yang akan memerintah Malaysia tidak akan mampu mengawal harga minyak yang sangat bergantung kepada harga minyak terkini dunia. Lihat sahaja apa yang berlaku di Indoensia apabila berlaku perubahan pemerintahan perkara pertama yang dilakukan adalah mengubah harga petrol untuk menampung ekonomi negara.
Mungkin kita sudah terlalu manja dengan subsidi minyak sehingga merasakan subsidi sebagai hak peribadi. Masa untuk bersenang-senang pasti tidak akan dapat kekal lama apabila sampai masanya kita perlu hidup pada dunia yang nyata. Minyak mentah adalah pemberian ALLAH pada manusia yang tidak akan kekal ada selamanya. Masa akan tiba apabila semua minyak mentah ini akan habis dari muka bumi disedut oleh manusia. Daripada kita menambah dosa dengan memaki hamun adalah lebih baik kita bersedia dengan setiap kenaikan harga minyak petrol dengan pendapatan kedua yang boleh menampung setiap kenaikan harga.
73 Comments
minyak turun sebagai gula2 sempena pertukaran kabinet baru dan takmahu menambah hangatnya kes 1mdb
Curahan rasa Raihanah Ahmad @ ..Bagaimana Kurangkan Visceral Fat Dengan Cepat
Walaupun harga minyak turun sedikit. Bersyukur sangat. Semua duit punya nilai yang tersendiri.
Curahan rasa Ani Haryani @ ..Kesuburan, Faktor & Langkah Yang Perlu Di Ambil Untuk Hamil
ok lah turun, kalau naik terus dan dikala pasaran turun, jadi isu pula
Curahan rasa Bisnes Online @ ..Butik Online Menjual Baju Kurung Berkualiti Jenama
naik 15 sen turun 10 sen, kerajaan masih untung 5 sen, namun begitu masa era tun mahathir dahulu minyak naik harga kurang dari 3 sen
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..Latihan Separa Perubatan Gred U29
Ikhwan : Bila lah nak rasa masa minyak murah macam dulu-dulu..Tapi bila minyak mahal, jadi peluang pula untuk orang jual produk jimatkan minyak…
Curahan rasa Sani @ ..Apa Nak Buat Bila Hilang Kad Pengenalan / MyKad?
Kalau turun seringgit, In sya Allah , rkyat akan reda dan lupa terus kepanasan iklim politik negara dan isu video 2.6 billion tu.. heheh
Curahan rasa muhammad nizam @ ..PERISAI DI RUMAH TERBUKA
Nizam: Susah juga tu kalau nak dapat penurunan sampai RM1, dah lama tak jadi macam tu…
Curahan rasa Sani @ ..Apa Nak Buat Bila Hilang Kad Pengenalan / MyKad?
Mudah-mudahan harga minyak akan terus turun pada bulan-bulan yang akan datang. Namun dari pemerhatian Mek ila, bila harga minyak turun, jem dijalan raya makin kronik.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..2 Tahun Yang Terindah – Penyusuan Susu Ibu
Bila minyak murah ramai yang dapat peluang untuk balik kampong dan pergi kerja dengan berkereta…
Curahan rasa Sani @ ..Apa Nak Buat Bila Hilang Kad Pengenalan / MyKad?
Nasib baik minyak turun RM0.10. Harapnya bulan depan turun lagi.
Curahan rasa Wadi Iman Guesthouse @ ..Promosi Syawal Wadi Iman Guesthouse
Betul tu, harap-harap turun lagi. Walaupun sepuluh sen nilainya amat berharga pada rakyat jelata.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..2 Tahun Yang Terindah – Penyusuan Susu Ibu
Pendapatan sampingan perlu buat masa sekarang ini jika tidak mahu terbeban dengan kenaikan minyak dan barangan keperluan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Keputusan Terkini Liga Super 1 Ogos 2015
Sensasi2020: Memang perlu sangat untuk menyediakan payung sebelum hujan…manalah tahu bila ada perkara yang tak dijangka berlaku….
Curahan rasa Sani @ ..Apa Nak Buat Bila Hilang Kad Pengenalan / MyKad?
Sudah tak larat nak bicara tentang minyak, selalunya naik yang membuat kita tidak keruan. Kalu turun adalah sedikit lega.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Keputusan Terkini Liga Super 1 Ogos 2015
Yang dirisaukan hanya bulan ini turun, mungkin bagi mengurangkan keresahan orang ramai tentang isu politik terkini.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..2 Tahun Yang Terindah – Penyusuan Susu Ibu
Sesasi2020: Masalahnya naik sampai 20 sen tapi turunya baru 10 sen…Macam mana pulak tu…
Curahan rasa Sani @ ..Apa Nak Buat Bila Hilang Kad Pengenalan / MyKad?
Harga minyak turun atau naik sama saja. Apa yang penting agar jangan barang keperluan harian naik dan naik.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Keputusan Terkini Liga Super 1 Ogos 2015
Hari ini turun 10 sen dan bulan depan naik 20 sen. Kita bersedia segala kemungkinan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Keputusan Terkini Liga Super 1 Ogos 2015
harga naik tapi gaji tak naik 😀
bisa pusing kepala di buatnya
Curahan rasa pojokshare @ ..Cara Mudah Logout Atau Keluar Akun Line Di Android
Biasalah tuan, kalau harga turun dangaji pula turun, boleh pusing dibuatnya.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..2 Tahun Yang Terindah – Penyusuan Susu Ibu
Walaupun minyak naik tapi barang2 keperluan tetap harga yang sama
Biasanya kalau minyak naik tak banyak, harga barang mungkin tak banyak sangat bezanya..cuma yang jadi masalah bila naik banyak sangat, memang peniaga akan ambil kesempatan untuk naikkan harga, lepas naik tak turun-turun lah pulak..
Curahan rasa Sani @ ..Apa Nak Buat Bila Hilang Kad Pengenalan / MyKad?
minyak naik atau tidak kita tetap kena cari pendapatan kedua. tak ada cara lain dah
Curahan rasa nikkhazami @ ..GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 RM3100
Betul tu tuan. Kita perlu lebih bersedia hadapi peningkatan harga barang dan tingkatkan lagi taraf ekonomi keluarga.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..2 Tahun Yang Terindah – Penyusuan Susu Ibu
setiap kenaikan minyak bumi membawa dampak luar biasa terhadap politik dan perekonomian
Curahan rasa Web Guru @ ..TOP SEO TIPS TO RANK HIGHER IN SEARCH ENGINES
Comments are closed.