Harga terkini Minyak RON95 dan RON97

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, setiap hujung bulan pasti akan sibuk di sosial media terutama FB isu harga terkini minyak petrol RON95 dan RON97. Ada juga yang terperangkap apabila harga minyak petrol terkini yang diheboh-hebohkan akan naik tidak naik seperti yang dicanangkan. Tidak kira naik atau kekal harga petrol pasti ada sahaja dialog panas di sosial media yang mengutuk dan menghina Kerajaan. Tidak kurang juga ramai rakan-rakan yang berfikiran positif mengajak kawan-kawan mencari pendapatan kedua untuk menampung kos kenaikan harga petrol.

Klik sini utk belajar cara Jana income dalam USD

Harga Minyak Petrol RON97, RON95 dan Disel untuk September 2015

harga petrol september 2015

Harga Minyak Petrol RON97, RON95 dan Disel untuk Ogos 2015

harga-minyak-ogos-2015

Harga Minyak Petrol RON97, RON95 dan Disel untuk Julai 2015

harga-minyak-petrol-terkini-julai-2015

Aku sudah mengembara berpuluh buah negara dan antara pekara yang aku perhatikan adalah perbezaan harga minyak petrol dan diesel. Kebanyakan pengguna di negara Eropah menggunakan kenderaan yang menggunakan minyak diesel kerana itu harga minyak diesel lebih mahal daripada minyak petrol. Kalau nak dibandingkan dengan harga minyak petrol dan diesel Malaysia sudah pasti harga minyak kita jauh lebih murah berbanding dengan banyak negara yang pernah aku jejaki. Harga minyak petrol di Arab Saudi memang sangat murah berbanding dengan Malaysia tetapi kalau nak dibandingkan dengan kemudahan umum memang tersangat jauh sangat berbanding Malaysia.

harga diesel jun 2015

Banyak negara seperti Singapore dan Thailand menjual minyak petrol dan diesel mengikut harga semasa yang akan berubah mengikut harga minyak dunia. Tidak kurang juga harga minyak petrol dan diesel berbeza-beza pada stesen petrol berbeza yang kami singgah ketika kami mengembara di New Zealand. Di Kemboja majoriti rakyat masih tidak mampu membeli kenderaan walaupun harga kenderaan memang murah kerana harga petrol dan diesel sangat mahal.

harga-petrol-diesel-mei-2015

Setiap negara ada polisi harga minyak petrol dan diesel yang berbeza berdasarkan status ekonomi negara tersebut. Pendapat aku tidak kira siapa pun yang akan memerintah Malaysia tidak akan mampu mengawal harga minyak yang sangat bergantung kepada harga minyak terkini dunia. Lihat sahaja apa yang berlaku di Indoensia apabila berlaku perubahan pemerintahan perkara pertama yang dilakukan adalah mengubah harga petrol untuk menampung ekonomi negara.

harga petrol April 2015

Mungkin kita sudah terlalu manja dengan subsidi minyak sehingga merasakan subsidi sebagai hak peribadi. Masa untuk bersenang-senang pasti tidak akan dapat kekal lama apabila sampai masanya kita perlu hidup pada dunia yang nyata. Minyak mentah adalah pemberian ALLAH pada manusia yang tidak akan kekal ada selamanya. Masa akan tiba apabila semua minyak mentah ini akan habis dari muka bumi disedut oleh manusia. Daripada kita menambah dosa dengan memaki hamun adalah lebih baik kita bersedia dengan setiap kenaikan harga minyak petrol dengan pendapatan kedua yang boleh menampung setiap kenaikan harga.


Spread the love

73 Comments

  1. Setiap kali harga minyak naik, pengguna lah yang akan menjadi mangsa. Harga barang kompem akan naik jugak. Tapi kalau minyak turun harga, tak pulak turun harga barang kan… hurm….
    Curahan rasa SuperNifz @ ..7 Lovely LogicsMy Profile

  2. Ada rakan saya bekerja dalam bidang cari gali minyak untuk Petronas.. beliau bekerja dgn syarikat slumber jer.. sekarang ni tempat dia bekerja dalam proses membuang pekerja, berikutan harga minyak dunia yang jatuh sebelum ini… apa yang saya nak sampaikan di sini afalah, setiap perubahan harga minyak samada naik atau turun akan memberi kesan kepada negara2 di dunia dan syarikat2 yang berkaitan dengan industri minyak..
    Curahan rasa anuar @ ..Cabaran Duit Raya 2015 dan Musim Cuti SekolahMy Profile

  3. Zaman GST macam ni memang kena back-up dengan pendapatan kedua. Kalau dulu tak terasa sangat ada cukai dalam barang kita, berbanding dengan sekarang..
    Sama-samalah kita bersedia..dengan payung sebelum hujan melanda..
    Curahan rasa Sani @ ..Bisnes Air Balang Tak Untung?My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!