Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, setiap hujung bulan pasti akan sibuk di sosial media terutama FB isu harga terkini minyak petrol RON95 dan RON97. Ada juga yang terperangkap apabila harga minyak petrol terkini yang diheboh-hebohkan akan naik tidak naik seperti yang dicanangkan. Tidak kira naik atau kekal harga petrol pasti ada sahaja dialog panas di sosial media yang mengutuk dan menghina Kerajaan. Tidak kurang juga ramai rakan-rakan yang berfikiran positif mengajak kawan-kawan mencari pendapatan kedua untuk menampung kos kenaikan harga petrol.
Klik sini utk belajar cara Jana income dalam USD
Harga Minyak Petrol RON97, RON95 dan Disel untuk September 2015
Harga Minyak Petrol RON97, RON95 dan Disel untuk Ogos 2015
Harga Minyak Petrol RON97, RON95 dan Disel untuk Julai 2015
Aku sudah mengembara berpuluh buah negara dan antara pekara yang aku perhatikan adalah perbezaan harga minyak petrol dan diesel. Kebanyakan pengguna di negara Eropah menggunakan kenderaan yang menggunakan minyak diesel kerana itu harga minyak diesel lebih mahal daripada minyak petrol. Kalau nak dibandingkan dengan harga minyak petrol dan diesel Malaysia sudah pasti harga minyak kita jauh lebih murah berbanding dengan banyak negara yang pernah aku jejaki. Harga minyak petrol di Arab Saudi memang sangat murah berbanding dengan Malaysia tetapi kalau nak dibandingkan dengan kemudahan umum memang tersangat jauh sangat berbanding Malaysia.
Banyak negara seperti Singapore dan Thailand menjual minyak petrol dan diesel mengikut harga semasa yang akan berubah mengikut harga minyak dunia. Tidak kurang juga harga minyak petrol dan diesel berbeza-beza pada stesen petrol berbeza yang kami singgah ketika kami mengembara di New Zealand. Di Kemboja majoriti rakyat masih tidak mampu membeli kenderaan walaupun harga kenderaan memang murah kerana harga petrol dan diesel sangat mahal.
Setiap negara ada polisi harga minyak petrol dan diesel yang berbeza berdasarkan status ekonomi negara tersebut. Pendapat aku tidak kira siapa pun yang akan memerintah Malaysia tidak akan mampu mengawal harga minyak yang sangat bergantung kepada harga minyak terkini dunia. Lihat sahaja apa yang berlaku di Indoensia apabila berlaku perubahan pemerintahan perkara pertama yang dilakukan adalah mengubah harga petrol untuk menampung ekonomi negara.
Mungkin kita sudah terlalu manja dengan subsidi minyak sehingga merasakan subsidi sebagai hak peribadi. Masa untuk bersenang-senang pasti tidak akan dapat kekal lama apabila sampai masanya kita perlu hidup pada dunia yang nyata. Minyak mentah adalah pemberian ALLAH pada manusia yang tidak akan kekal ada selamanya. Masa akan tiba apabila semua minyak mentah ini akan habis dari muka bumi disedut oleh manusia. Daripada kita menambah dosa dengan memaki hamun adalah lebih baik kita bersedia dengan setiap kenaikan harga minyak petrol dengan pendapatan kedua yang boleh menampung setiap kenaikan harga.
73 Comments
saya pasti ramai diluar sana yang mencari kerja sampingan. Sekarang kalau nak harap satu sumber bukan boleh
Curahan rasa eBook Bisnes Online @ ..Persediaan Sebelum Berhenti Kerja – Mahu Buat Bisnes Apa
Siapa pakai Axia, pasti jimat minyak,
Pendapatan sampingan sangat diperlukan
Curahan rasa Ani Haryani @ ..Set Kulit Cantik Shaklee Biar Berseri Di Hari Raya!
sekarang saya pergi kerja naik motorsikal je, dulu naik kereta, kena berjimat cermat.
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..Emel Susulan Untuk Bisnes Simkad
aku jarang sangat pergi keje naik kereta…bawak moto jela cara jimat…kalau hujan lebat barulah naik kereta
Curahan rasa hpmurah2u @ ..5 Best Accessories for iPhone 6
Pelik tengok orang beratur isi minyak bila petrol naik seolah-olah esok-esok mereka tak perlu isi tangki tu lagi. Macam-macam.
Curahan rasa rahimah @ ..Mari Ketahui Apa Dia Tapak Warisan Dunia UNESCO?
minyak naik 10sen, roti canai naik 20sen, acaner tuh.. takpe sabar Malaysia masih aman
minyak naik akan mempengaruhi harga barang2 lain. tu yang menjadi masalahnya. tambahan lagi dengan kos hidup yang makin tinggi sekarang ni. Itu yang buat rakyat tertekan
Curahan rasa Mohd Rasul @ ..WhatsApp Share Bar Manual Kod Untuk Pengguna WordPress
Harga minyak boleh naik asalkan tidak terlalu mahal. kasihan masyarakat yang ekonomi rendah
bila harga minyak naik, secara tak langsung harga barangan pun akan mula naik..realiti di Malaysia.
Curahan rasa Oja Samid @ ..Pada Amalan Sedekah Ada Berkah!
paling bagus kita naikkan tahap kerajinan dengan membuat pendapatan kedua..
lebih baik dua dari satu…
Curahan rasa mrhanafi @ ..Rahsia Paling Ampuh Atasi GST
Kalau asyik kira harga minyak boleh jadi duduk rumah je tak keluar. Untung ada biznes online. Pakcik posmen je bergerak.
Curahan rasa Alyaa @ ..Persediaan Ibu Menyusu Menjelang Bulan Ramadhan Agar Kekal Bertenaga dan Susu Tidak Surut
Tanpa bahan bakar, sepertinya manusia sulit untuk hidup. Walaupun naik terus, tetap saja harus dibeli
wadoh harga semua naik semakin lama semakin menekik leher kita saja
Curahan rasa Doni @ ..Obat Kuat Cialis Asli Murah
Memang sesuatu yang dah dijangka, dah naik memang susah nak turun la..
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Implanon Kaedah Perancang Kehamilan
harga naik lagi.
lepas tu, harga turun plak.
pastu, naik balik.
kong kali kong dah harga minyak ni sampai orang dah macam tak kesah dah..
Curahan rasa apdm1 @ ..APDM – Aplikasi Pangkalan Data Murid
bukan tak nak fikir, tapi bila fikir kita yang sakit hati, sebab di luar kawalan kita.
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..4 Kesilapan Bisnes Yang Sering Dilakukan
dulu zaman tun M minyak tak naik selalu macam nie, hish tolonglah selamatkan bumi Malaysia..
bila fikirkan harga minyak yang naik, memang sakit kepala, tapi kita boleh pilih sama ada nak sakit kepala sebab minyak naik, atau fikir bagaimana nak tingkatkan pendapatan kita.
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..4 Kesilapan Bisnes Yang Sering Dilakukan
Comments are closed.