Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, soalan biasa dari kawan-kawan bila mereka tahu kita blogger ialah boleh buat duit ke jadi blogger ni dan macam mana buat duit dengan blog. Kepada yang datang seminar buat duit dengan blog 2012 pasti tahu ada macam-macam cara buat duit dengan blog.
Memang ada macam-maca cara buat duit dengan blog tapi cara paling popular dan jadi rebutan di kalangan blogger adalah buat duit dengan iklan. Memanglah kalau kita tengok kebanyakan pemain industri online seperti Google, Yahoo, Bing, Facebook, Twitter dan lain-lain buat duit dengan iklan. Biasa kita baca di dinding facebook dan entri blog perbincangan panas berapa kadar bayaran iklan yang sepatutnya dikenakan kepada pengiklan. Ada juga Blogger yang kurang puas hati kerana pengiklan lebih suka memberi iklan percuma dan ada blogger yang menerima.
Daripada banyak perbincangan yang aku buat dengan Rakan Blogger dan syarikat pengiklan masih ramai lagi yang tak tahu bagaimana nak letak nilai sebenar iklan di blog. Ramai yang menilai kadar iklan dengan merujuk kepada trafik blog semakin tinggi trafik semakin mahal iklan sebab itu hampir semua syarikat pengiklan akan minta laporan trafik sesebuah blog. Jadi bila trafik sikit automatik blogger akan letak harga terlalu murah sehingga menjejas harga pasaran.
Tak banyak pengiklan faham kenapa mereka perlu beriklan di blog dan tak ramai blogger yang dapat menerangkan kenapa pentingnya syarikat mengiklankan produk dan perkhidmatan di blog. Banyak syarikat beriklan di blog kerana mengikut trend syarikat lain yang beriklan di blog dan paling penting harganya lebih murah berbanding beriklan di media masa yang lain. Ramai Blogger pulak menerima iklan sebab nak dapat pendapatan online seperti blogger lain sebab itu ada yang sanggup menerima dengan harga yang rendah.
Bagi aku trafik blog bukan sebab paling utama untuk syarikat beriklan di blog. Trafik blog datang dan pergi, paling lama biasanya satu-satu iklan boleh diletak sebagai sticky post adalah 48 jam jadi selepas itu iklan tersebut akan hilang daripada pandangan pembaca. Sebenarnya faktor paling penting untuk beriklan di blog adalah kekuatan SEO blog tersebut yang membolehkan iklan tersebut kekal lama di search engine.
Blog yang mempunyai kekuatan SEO akan menjadi orang tengah untuk meletakan produk atau perkhidmatan sesebuah syarikat di top 10 search engine. Kewujudan iklan syarikat tersebut di top 10 search engin dalam tempoh yang lama akan membantu meningkatkan jualan. Seorang pakar “online marketing” telah membongkar rahsia perbezaan jualan rank no 1 dan rank no 10 di Google adalah lebih daripada sepuluh kali ganda. Syarikat yang faham kuasa SEO sanggup membayar iklan berapa sahaja kerana dengan sekali bayar mereka akan menguasai pasaran dalam tempoh yang lama berbanding beriklan di media masa yang hanya dipaparkan dalam tempoh yang singkat.
2014 adalah tahun untuk blogger belajar dan menguasai ilmu SEO kerana dengan kekuatan SEO anda boleh meletakkan harga iklan yang lebih mahal. Dengan ilmu SEO blogger boleh meyakinkan banyak syarikat yang sedang tercari-cari cara promosi yang terbaik untuk meningkatkan jualan mereka walaupun dengan trafik blog yang sederhana sahaja. Peluang kepada Blogger terlalu besar kerana mengikut rekod terkini hampir 73% usahawan IKS Malaysia masih buta ICT. 73% daripada 645 ribu IKS Malaysia adalah peluang kepada blogger yang mahir SEO. Jangan sekadar berlegar-legar dan berebut pada syarikat yang sama sehingga menawarkan harga iklan yang terlalu rendah dan kemudian bermasam muka antara blogger. Rakan blogger kena belajar dari Blogger Eyriqazz yang sentiasa berani mencari peluang baru dalam industri yang sangat luas.
Rahsia paling utama adalah menguasai ilmu SEO yang mampu meletakan iklan di muka pertama search engine. Dengan ilmu SEO yang mantap walaupun trafik blog sederhana blogger boleh menetapkan harga iklan yang lebih mahal senilai dengan ilmu yang ada dan dihormati oleh syarikat pengiklan. Nak belajar ilmu SEO pun kena keluar modal tapi apa salahnya keluar sikit untuk pendapatan online yang berganda-ganda yang boleh mengubah nasib keluarga dalam dunia yang semakin mencabar. Siapa lagi nak mengubah diri kita selain diri kita sendiri.
588 Comments
Untuk sementara tak pikirkan dulu iklan, karena dalam membangun blog pun belumlah benar.
Curahan rasa Dawaihati @ ..Bosan Nganggur? Ini 3 Tips Jitu bantu Kamu Cari Kerja
ilmu seseorang blogger itu dibayar pada kadar selayaknya.
begitu juga seandainya kita menuntut ilmu dengan ahli sesuatu bidang maka bayaran itulah tanda anda berterima kasih dengan ilmu yang diberikan olehnya.
benda berbayar lebih dihargai berbanding yang dapat percuma.
Curahan rasa ejam @ ..Bilik Hotel Bebas Asap Rokok.
terima kasih denaihati kongsikan tips ni..mmg amat berguna utk blogger
Kena majukan diri dalam dunia blog ini. Baru dapat ikaln yang bagus-bagus macam bro DH.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Jobdirumah Rezeki Tanpa Diduga
Amat bermanfaat utk sy memahami artikel ni. Terima kasih tuan
Masih lagi menguntungkan kalau beriklan di blog. Sayangnya ada IKS yang mempunyai blog sekadar melepaskan batuk dibawah tangga. Kalau mengambil pakej hosting yang basic sudah memadai kerana sekarang ini banyak template theme corporate boleh dipilih untuk memperkenalkan produk.
Curahan rasa akubiomed @ ..Topup ilmu pengetahuan pada awal bulan Januari 2014
belum berjalan dengan lancar blog DT… heeeee…
tak sabar SBB 2014
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Rindu Nak Menaip
terima kasih denaihati dengan artikel sebegini, dan ya pada tahun 2014 ni ada azam baru untuk membangunkan blog saya
Curahan rasa Juan @ ..eBook Rujukan Peperiksaan Pegawai Belia dan Sukan Gred S41
nak tak nak memang kena belajar SEO la nampaknya
Curahan rasa Bahrain @ ..Ketahui Tempat Makan Menarik Melalui Saji.my
Pengiklan pun nampaknya belum cukup ilmu terutamanya SEO. Kalau tidak masakan blog yang trafik sikit, engagement ciput, SERP ranking teruk sentiasa dapat sponsored post.
Curahan rasa GreenLava @ ..5 Tips for Effective Internet Marketing in 2014
Memang ramai PR syarikat yg tak faham SEO dan jadi tugas kita memberi faham kepda mereka.
Thankz atas perkongsian yang menarik ini.. Sedang dalam proses memahami apa itu SEO.. 🙂
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..16 nasihat Dr. Mahathir kepada peniaga melayu
assalamualaikum tuan, saya masih tak berani untuk meletakan harga untuk iklan.. setelah membaca entri ini saya dapat input yang sangat berguna.. dan in sha ALLAH dapat manfaat bersama
Curahan rasa Aku Penghibur @ ..Dirimu Sebenar Adalah Apa Yang kamu Lakukan Saat Tiada Orang Melihatmu
Terima kasih atas perkongsian tuan 😉
sebelum ini blog melastik bintang belum ada benchmark tertentu untuk meletakkan harga..cuma berdasarkan trafik pengunjung menjadi padanan kepada harga iklan…
kadang kadang segan silu untuk meletakkan harga sesebuah iklan di blog kerana takut tersalah letak harga..
setuju SEO memainkan peranan penting sebenarnya jika beriklan…. dimana maklumat tersebut sentiasa kekal di carian google..
terima kasih atas perkongsian ini ….
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..Dilanyak-lanyak Perut Umminya
tahniah kepada MB…
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Rindu Nak Menaip
Belum ngraain ada yang pasang iklan gan…
Curahan rasa AGEN TERPERCAYA @ ..ITUPOKER.NET AGEN JUDI POKER,AGEN JUDI DOMINO ONLINE INDONESIA TERPERCAYA
Comments are closed.