Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, soalan biasa dari kawan-kawan bila mereka tahu kita blogger ialah boleh buat duit ke jadi blogger ni dan macam mana buat duit dengan blog. Kepada yang datang seminar buat duit dengan blog 2012 pasti tahu ada macam-macam cara buat duit dengan blog.
Memang ada macam-maca cara buat duit dengan blog tapi cara paling popular dan jadi rebutan di kalangan blogger adalah buat duit dengan iklan. Memanglah kalau kita tengok kebanyakan pemain industri online seperti Google, Yahoo, Bing, Facebook, Twitter dan lain-lain buat duit dengan iklan. Biasa kita baca di dinding facebook dan entri blog perbincangan panas berapa kadar bayaran iklan yang sepatutnya dikenakan kepada pengiklan. Ada juga Blogger yang kurang puas hati kerana pengiklan lebih suka memberi iklan percuma dan ada blogger yang menerima.
Daripada banyak perbincangan yang aku buat dengan Rakan Blogger dan syarikat pengiklan masih ramai lagi yang tak tahu bagaimana nak letak nilai sebenar iklan di blog. Ramai yang menilai kadar iklan dengan merujuk kepada trafik blog semakin tinggi trafik semakin mahal iklan sebab itu hampir semua syarikat pengiklan akan minta laporan trafik sesebuah blog. Jadi bila trafik sikit automatik blogger akan letak harga terlalu murah sehingga menjejas harga pasaran.
Tak banyak pengiklan faham kenapa mereka perlu beriklan di blog dan tak ramai blogger yang dapat menerangkan kenapa pentingnya syarikat mengiklankan produk dan perkhidmatan di blog. Banyak syarikat beriklan di blog kerana mengikut trend syarikat lain yang beriklan di blog dan paling penting harganya lebih murah berbanding beriklan di media masa yang lain. Ramai Blogger pulak menerima iklan sebab nak dapat pendapatan online seperti blogger lain sebab itu ada yang sanggup menerima dengan harga yang rendah.
Bagi aku trafik blog bukan sebab paling utama untuk syarikat beriklan di blog. Trafik blog datang dan pergi, paling lama biasanya satu-satu iklan boleh diletak sebagai sticky post adalah 48 jam jadi selepas itu iklan tersebut akan hilang daripada pandangan pembaca. Sebenarnya faktor paling penting untuk beriklan di blog adalah kekuatan SEO blog tersebut yang membolehkan iklan tersebut kekal lama di search engine.
Blog yang mempunyai kekuatan SEO akan menjadi orang tengah untuk meletakan produk atau perkhidmatan sesebuah syarikat di top 10 search engine. Kewujudan iklan syarikat tersebut di top 10 search engin dalam tempoh yang lama akan membantu meningkatkan jualan. Seorang pakar “online marketing” telah membongkar rahsia perbezaan jualan rank no 1 dan rank no 10 di Google adalah lebih daripada sepuluh kali ganda. Syarikat yang faham kuasa SEO sanggup membayar iklan berapa sahaja kerana dengan sekali bayar mereka akan menguasai pasaran dalam tempoh yang lama berbanding beriklan di media masa yang hanya dipaparkan dalam tempoh yang singkat.
2014 adalah tahun untuk blogger belajar dan menguasai ilmu SEO kerana dengan kekuatan SEO anda boleh meletakkan harga iklan yang lebih mahal. Dengan ilmu SEO blogger boleh meyakinkan banyak syarikat yang sedang tercari-cari cara promosi yang terbaik untuk meningkatkan jualan mereka walaupun dengan trafik blog yang sederhana sahaja. Peluang kepada Blogger terlalu besar kerana mengikut rekod terkini hampir 73% usahawan IKS Malaysia masih buta ICT. 73% daripada 645 ribu IKS Malaysia adalah peluang kepada blogger yang mahir SEO. Jangan sekadar berlegar-legar dan berebut pada syarikat yang sama sehingga menawarkan harga iklan yang terlalu rendah dan kemudian bermasam muka antara blogger. Rakan blogger kena belajar dari Blogger Eyriqazz yang sentiasa berani mencari peluang baru dalam industri yang sangat luas.
Rahsia paling utama adalah menguasai ilmu SEO yang mampu meletakan iklan di muka pertama search engine. Dengan ilmu SEO yang mantap walaupun trafik blog sederhana blogger boleh menetapkan harga iklan yang lebih mahal senilai dengan ilmu yang ada dan dihormati oleh syarikat pengiklan. Nak belajar ilmu SEO pun kena keluar modal tapi apa salahnya keluar sikit untuk pendapatan online yang berganda-ganda yang boleh mengubah nasib keluarga dalam dunia yang semakin mencabar. Siapa lagi nak mengubah diri kita selain diri kita sendiri.
588 Comments
emak gua cakap..
“kalau harga rendah sangat, jangan terima. Daripada pergi buat kerja yang tak berbaloi, baik ko siram pokok bunga emak tu.Dapat pahala.”
Curahan rasa titan @ ..Siram pokok bunga emak.
hahaha…comel je alasan encik titan nih. ^_^
Curahan rasa fyna @ ..Wordless Wednesday #16 | Jagalah Hati
Terima kasih atas penceraha ini dan memang ini yang ditunggu-tunggu…bila akademi denaihati nak buat kelas se? Saya nak join 🙂
Curahan rasa Nazlan @ ..Burger Bakar Kaw Kaw Original | Restoran Kaw’D Ampang Waterfront
Terima kasih banyak-banyak bro dengan entri tentang harga sebenar iklan di blog ini, saya pun masih tercari-cari harga yang sesuai untuk harga iklan di blog ni,lagi elok rasanya ada penetapan harga yang khusu untuk semua blogger,barulah seragam nanti
Curahan rasa wazy @ ..Komisyen Pertama Dari Job Di Rumah
Pada pendapat ambe, mungkin lepas ni kena ada pertubuhan blogger yang berdaftar secara rasmi bagi menetapkan harga lantai untuk pengiklanan di dalam blog. Bila terlaksana, tiada lagi ambil kesempatan terhadap blogger.
segan pula rasanya setiap kali bila dibangkitkan mengenai SEO… blog yangbaik sering tewas.
Terima kasih tuan Denai Hati,
Trafik semata-mata bukanlah faktor pentntunya, tetapi lebih kepada kekuatan dalan SEO pun memainkan peranan. Mungkin tuan DH boleh spesiikkan harga pengiklanan lepas ni.
huhu
Curahan rasa Akmal Zaidi @ ..Biasiswa : Shell Malaysia Scholarship
SEO adalah hal wajib untuk keberhasilan sebuah blog dan blog akan semakin berperan penting di masa-masa yang akan datang
terima kasih sifu DH atas perkongsian ilmu ini 🙂
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Kroket Mee Maggi
ilmu SEO sangat berguna untuk blogger
Curahan rasa eyra @ ..Trip: Bali, Indonesia (Day 1)
rasanya pihak pengiklan janganlah kedekut sangat kepada blogger.
kalau pihak siaran TV pun boleh belanja hampir beratus ribu ringgit semata untuk iklan, takkan blogger bagi berpuluh ribu saja… tak berbaloi.
yeop memang nak belajar mengenai SEO, tapi yeop perlu masa yang sesuai untuk menghadiri mana-mana seminar berkaitan blogger.
yeop memang tak pandai bab tu. seriesly.
Tanggungjawab Blogger untuk menyakinkan pengiklan boleh mengeluarkan duit lebih banyak dari poket mereka untuk membayar kepada kita. Kalau kita pun tak yakin macam mana mereka berani nak melabur dengan nilai yg mahal.
Curahan rasa denaihati @ ..Malaysia Social Media Week 2014
fyna masih lagi hendak belajar untuk menguasai ilmu SEO. tahun ini fyna nak lebih fokus pada blog. dah alang2 ada blog, lebih baik kita manfaatkan sebaik mungkin kan tuan DH.
Curahan rasa fyna @ ..Kebaikan Dan Keburukan Pil Perancang
memang ilmu seo mesti ada pada setiap blogger
Curahan rasa hafiz @ ..Apa itu algoritma Google
betul gak tu.. kekuatan SEO menjadi pemangkin untuk dapat iklan di blog..
Curahan rasa zool @ ..Rumah warna amat menonjol
Sebab itu banyak firma-firma yang wujud di Malaysia ini semakin hari semakin sedar dengan pentingnya beriklan dengan blogger-blogger.. Ini pentingnya ilmu SEO kepada kita para blogger di Malaysia.. kesannya, carian internet berdasarkan KEYWORD akan menuju ke laman web kita secara tidak lansung mempromosikan barangan yang di jual oleh firma / pengusaha IKS di Malaysia.. Seperti yang telah dilakukan oleh Saudara Eriqazz bagaimana beliau membuat entri yang berkaitan KUIH AKOK SEDAP, dapat membantu pengusaha kuih akok itu sendiri.. Ini secara tidak lansung sahaja, bagaimana sesebuah Firma / Pengusaha IKS mengambil ineasitif membelanjakan sedikit peruntukan kepada blogger untuk review dan secara tidak lansung mempromosikan barangan tersebut di blog-blog mereka..
Iklan / promosi di blog tampak lebih berkesan dalam jangka masa yang panjang.. Seharusnya pengusaha/ firma semakin berani mengambil langkah proaktif bagi memperluaskan promosi dengan kaedah ini.. kedua-duanya mendapat pulangan dalam win-win situation.. Blogger dapat pendapatan dari hasil review dari barangan tersebut, dan pengusaha dapat menjana pendapatan lebih dari biasa.. Insya Allah..
Curahan rasa Irwan Alessa @ ..Dah Ramai Rupanya
Terima kasih tuan DH utk entri santai tapi cukup bermotivasi.
Terima lagi sekali tuan. Entri ni menguatkan lagi nekad ambe. =)
Curahan rasa hafizmd @ ..Selangor vs Pahang!
Comments are closed.