Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, soalan biasa dari kawan-kawan bila mereka tahu kita blogger ialah boleh buat duit ke jadi blogger ni dan macam mana buat duit dengan blog. Kepada yang datang seminar buat duit dengan blog 2012 pasti tahu ada macam-macam cara buat duit dengan blog.
Memang ada macam-maca cara buat duit dengan blog tapi cara paling popular dan jadi rebutan di kalangan blogger adalah buat duit dengan iklan. Memanglah kalau kita tengok kebanyakan pemain industri online seperti Google, Yahoo, Bing, Facebook, Twitter dan lain-lain buat duit dengan iklan. Biasa kita baca di dinding facebook dan entri blog perbincangan panas berapa kadar bayaran iklan yang sepatutnya dikenakan kepada pengiklan. Ada juga Blogger yang kurang puas hati kerana pengiklan lebih suka memberi iklan percuma dan ada blogger yang menerima.
Daripada banyak perbincangan yang aku buat dengan Rakan Blogger dan syarikat pengiklan masih ramai lagi yang tak tahu bagaimana nak letak nilai sebenar iklan di blog. Ramai yang menilai kadar iklan dengan merujuk kepada trafik blog semakin tinggi trafik semakin mahal iklan sebab itu hampir semua syarikat pengiklan akan minta laporan trafik sesebuah blog. Jadi bila trafik sikit automatik blogger akan letak harga terlalu murah sehingga menjejas harga pasaran.
Tak banyak pengiklan faham kenapa mereka perlu beriklan di blog dan tak ramai blogger yang dapat menerangkan kenapa pentingnya syarikat mengiklankan produk dan perkhidmatan di blog. Banyak syarikat beriklan di blog kerana mengikut trend syarikat lain yang beriklan di blog dan paling penting harganya lebih murah berbanding beriklan di media masa yang lain. Ramai Blogger pulak menerima iklan sebab nak dapat pendapatan online seperti blogger lain sebab itu ada yang sanggup menerima dengan harga yang rendah.
Bagi aku trafik blog bukan sebab paling utama untuk syarikat beriklan di blog. Trafik blog datang dan pergi, paling lama biasanya satu-satu iklan boleh diletak sebagai sticky post adalah 48 jam jadi selepas itu iklan tersebut akan hilang daripada pandangan pembaca. Sebenarnya faktor paling penting untuk beriklan di blog adalah kekuatan SEO blog tersebut yang membolehkan iklan tersebut kekal lama di search engine.
Blog yang mempunyai kekuatan SEO akan menjadi orang tengah untuk meletakan produk atau perkhidmatan sesebuah syarikat di top 10 search engine. Kewujudan iklan syarikat tersebut di top 10 search engin dalam tempoh yang lama akan membantu meningkatkan jualan. Seorang pakar “online marketing” telah membongkar rahsia perbezaan jualan rank no 1 dan rank no 10 di Google adalah lebih daripada sepuluh kali ganda. Syarikat yang faham kuasa SEO sanggup membayar iklan berapa sahaja kerana dengan sekali bayar mereka akan menguasai pasaran dalam tempoh yang lama berbanding beriklan di media masa yang hanya dipaparkan dalam tempoh yang singkat.
2014 adalah tahun untuk blogger belajar dan menguasai ilmu SEO kerana dengan kekuatan SEO anda boleh meletakkan harga iklan yang lebih mahal. Dengan ilmu SEO blogger boleh meyakinkan banyak syarikat yang sedang tercari-cari cara promosi yang terbaik untuk meningkatkan jualan mereka walaupun dengan trafik blog yang sederhana sahaja. Peluang kepada Blogger terlalu besar kerana mengikut rekod terkini hampir 73% usahawan IKS Malaysia masih buta ICT. 73% daripada 645 ribu IKS Malaysia adalah peluang kepada blogger yang mahir SEO. Jangan sekadar berlegar-legar dan berebut pada syarikat yang sama sehingga menawarkan harga iklan yang terlalu rendah dan kemudian bermasam muka antara blogger. Rakan blogger kena belajar dari Blogger Eyriqazz yang sentiasa berani mencari peluang baru dalam industri yang sangat luas.
Rahsia paling utama adalah menguasai ilmu SEO yang mampu meletakan iklan di muka pertama search engine. Dengan ilmu SEO yang mantap walaupun trafik blog sederhana blogger boleh menetapkan harga iklan yang lebih mahal senilai dengan ilmu yang ada dan dihormati oleh syarikat pengiklan. Nak belajar ilmu SEO pun kena keluar modal tapi apa salahnya keluar sikit untuk pendapatan online yang berganda-ganda yang boleh mengubah nasib keluarga dalam dunia yang semakin mencabar. Siapa lagi nak mengubah diri kita selain diri kita sendiri.
588 Comments
SEO masih menjadi kelemahan saya selama ini, dah cuba sendiri mungkin tak dapat formula yang berkesan. saya akan berusaha and belajar mempertingkatkan rank tahun ini. semoga semua dipermudahkan. terima kasih
Curahan rasa Sunshine Kelly @ ..PETRONAS Young Hearts for 2014 Chinese New Year
Ya betul…. Saya setuju 100%… Dengan memiliki ilmu seo yang mantap, dapat meningkatkan kadar bayaran iklan di blog kita…
Curahan rasa anuar @ ..Waran Tangkap untuk Anuar
matlamat 2014, kena tambah ilmu SEO nih walaupun ilmunya tak berkesudahan.
Curahan rasa encikarman @ ..Alternatif google adsense, create akaun publisher korang
Salam saudara/i..
Memang benar ahli perniagaan iks kita di m’sia tidak celik it. Artie natasha sndiri akui krn artie juga ada biz dn kini telah melangkah banyak tapak dgn info tech ini. Kadar peratusan tersebut sebenarnya adalah lebih tinggi krn artie sendiri berada dlm arena tersebut.
Setelah transformasi perniagaan jenama artie sndri, dgn bantuan segelintir blogger, artie telah mampu mencuba. Keputusannya amat menggalakkan dn tanpa diduga dgn pertambahan jualan lebih 400 peratus dr biasa dicapai dlm masa yg singkat.
Namun amat perit sekali artie lalui apabila pd mulanya SEGELINTIR blogger tidak menghiraukan permohonan rasmi dr kami di tudung artie natasha untuk bekerjasama untuk membuat iklan berbayar. Hakikatnya, blogger m’sia masih MEMILIH ataupun terlepas pandang atau sengaja lepas pandang permohonan artie natasha tersebut ataupun emel artie telah tercorot di peti inbox blogger masing2 atau memilih jenama tertentu.
Hendak disimpulkan, samada advertiser mahupun blogger, kena berubah sikap dan lebih peka, terbuka dn menerima sbarng permohonanan mahupun pertanyaan dgn lebih serius.
Sememangnya andalah mencorak diri anda sendiri, trima kasih berkongsikan info.
Saya bersetuju dengan pendapat denaihati..Masih banyak advertiser di luar sana yang masih kurang faham dengan konsep pengiklanan melalui blog dan bagaimana ianya dapat membantu perniagaan mereka..Tidak kurang juga, ada Advertiser & PR yang mengambil kesempatan ke atas blogger di atas sifat pemurah blogger yang tak kisah tidak dibayar asalkan dapat makan percuma or pergi event free…Teori demand vs supply, lebih banyak blogger memberikan perkhidmatan percuma, so PR dan advertiser say, why pay??
Banyak cabang peluang menjana pendapatan melalui blog..Alhamdulillah, selepas menghadiri bebeberapa sesi anjuran denaihati saya bukakan mata dan berani utk ambil peluang lain i.e. affiliate, direct pengiklanan, dan penulis jemputan berbayar.. Alhamdulillah, tak dapat banyak, lepasla untuk belanja makan hari2..
Curahan rasa eyriqazz @ ..Pengalaman di Holiday Villa Langkawi
Masih terus belajar tentang seo, iklan masih sepi!
Curahan rasa nuansa pena @ ..Sabtu Merindu Mewarnai Nuansa Cinta Kami
Belajarlah ilmu SEO sebab bila dah ada ilmu tak malu nak bagi propsal pada syarikat disekeliling kita.
untuk ilmu pasti ada harganya , untuk ilmu memang berbaloi jika laburkan sedikit wang…
Curahan rasa papa mifz @ ..Pertama Kali Pergi Kedai Gunting Rambut
masih tak berani utk bt iklan di blog… blog pon tak seberape je pon…
sian pulak kt advertiser tu nanti…
Curahan rasa Manan Qayyim @ ..Antara Status FB yang tak Sampai Hati Aku nak “Like”
Ane baru didunia blog. Sedang belajar bagaimana menghasilkan uang dari blog ane. Stelah baca artikel ini jadi lebih memotivasi dan menambah ilmu.
Curahan rasa Kehidupan Tanpa Batas @ ..Akibat Tidak Percaya Diri ( PD )
Berarti perlu dan penting sekali untuk belajar ilmu SEO lebih mendalam
Curahan rasa Kang Dadan @ ..Persib vs Raj Pracha FC, Ujicoba Terakhir Jelang ISL 2014
Yang saya faham, blogger baru jangan terburu2 letak iklan. Bangunkan blog sendiri dulu kan..
Curahan rasa Azlan Vai @ ..Revolusi seorang bakal BAPA
setuju dengan pendapat bro tu..kdg2 blogger ni amat mudah dipermainkan oleh pihak pengiklanan…. bagi saya iklan jenis banner tu dah lama saya x ambil..kalau ambil pom mungkin iklan jenis artikal sebab ianya lebih effective tetapi ianya bergantung kepada kekuata seo sesebuah blog…
Curahan rasa Faizal Fredley @ ..Backpacker 4 Day 3 Night at Jakarta Indonesia
Blogger yg mudah dipermainkan pengiklan sebab tak cukup ilmu tapi nak buat duit.
Curahan rasa denaihati @ ..Abangensem melangkah lebih jauh
blogger kena jadi lebih matang dan bijak, sampai bila nak jadi pak turut sahaja 😀
Curahan rasa Azri Johan @ ..Pulangan Pelaburan Melebihi 2000% Setahun
Jangan salahkan pengiklan bila kita blogger pun tak faham apa yang kita buat. Pengiklan memang akan usaha nak dapat iklan paling murah kalau free lagi bagus.
Curahan rasa denaihati @ ..Aplikasi Android dan iOS Terbaru Denaihati
Di sini kita sudah nampak keperluan untuk menulis suatu artikel yang berkualiti agar ianya mesra SEO dan menjadi bahan promosi yang berkesan kepada pelanggan.Dalam kes nak meletakkan harga tu sememanganya ramai antara kita perlu belajar nak berbincang dengan mereka sebab diorang masih tak nampak keberkesanan blogger bagi meningkatkan hasil jualan mereka
Curahan rasa hazman aka species1980 @ ..13 Barangan Harga Kawalan sempena TAHUN BARU CINA
paham ilmu SEO tuh sket -sket je ni. baru nak menapak belajar….
Curahan rasa cik lily putih @ ..Shopping Di H&M
Comments are closed.