Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, soalan biasa dari kawan-kawan bila mereka tahu kita blogger ialah boleh buat duit ke jadi blogger ni dan macam mana buat duit dengan blog. Kepada yang datang seminar buat duit dengan blog 2012 pasti tahu ada macam-macam cara buat duit dengan blog.
Memang ada macam-maca cara buat duit dengan blog tapi cara paling popular dan jadi rebutan di kalangan blogger adalah buat duit dengan iklan. Memanglah kalau kita tengok kebanyakan pemain industri online seperti Google, Yahoo, Bing, Facebook, Twitter dan lain-lain buat duit dengan iklan. Biasa kita baca di dinding facebook dan entri blog perbincangan panas berapa kadar bayaran iklan yang sepatutnya dikenakan kepada pengiklan. Ada juga Blogger yang kurang puas hati kerana pengiklan lebih suka memberi iklan percuma dan ada blogger yang menerima.
Daripada banyak perbincangan yang aku buat dengan Rakan Blogger dan syarikat pengiklan masih ramai lagi yang tak tahu bagaimana nak letak nilai sebenar iklan di blog. Ramai yang menilai kadar iklan dengan merujuk kepada trafik blog semakin tinggi trafik semakin mahal iklan sebab itu hampir semua syarikat pengiklan akan minta laporan trafik sesebuah blog. Jadi bila trafik sikit automatik blogger akan letak harga terlalu murah sehingga menjejas harga pasaran.
Tak banyak pengiklan faham kenapa mereka perlu beriklan di blog dan tak ramai blogger yang dapat menerangkan kenapa pentingnya syarikat mengiklankan produk dan perkhidmatan di blog. Banyak syarikat beriklan di blog kerana mengikut trend syarikat lain yang beriklan di blog dan paling penting harganya lebih murah berbanding beriklan di media masa yang lain. Ramai Blogger pulak menerima iklan sebab nak dapat pendapatan online seperti blogger lain sebab itu ada yang sanggup menerima dengan harga yang rendah.
Bagi aku trafik blog bukan sebab paling utama untuk syarikat beriklan di blog. Trafik blog datang dan pergi, paling lama biasanya satu-satu iklan boleh diletak sebagai sticky post adalah 48 jam jadi selepas itu iklan tersebut akan hilang daripada pandangan pembaca. Sebenarnya faktor paling penting untuk beriklan di blog adalah kekuatan SEO blog tersebut yang membolehkan iklan tersebut kekal lama di search engine.
Blog yang mempunyai kekuatan SEO akan menjadi orang tengah untuk meletakan produk atau perkhidmatan sesebuah syarikat di top 10 search engine. Kewujudan iklan syarikat tersebut di top 10 search engin dalam tempoh yang lama akan membantu meningkatkan jualan. Seorang pakar “online marketing” telah membongkar rahsia perbezaan jualan rank no 1 dan rank no 10 di Google adalah lebih daripada sepuluh kali ganda. Syarikat yang faham kuasa SEO sanggup membayar iklan berapa sahaja kerana dengan sekali bayar mereka akan menguasai pasaran dalam tempoh yang lama berbanding beriklan di media masa yang hanya dipaparkan dalam tempoh yang singkat.
2014 adalah tahun untuk blogger belajar dan menguasai ilmu SEO kerana dengan kekuatan SEO anda boleh meletakkan harga iklan yang lebih mahal. Dengan ilmu SEO blogger boleh meyakinkan banyak syarikat yang sedang tercari-cari cara promosi yang terbaik untuk meningkatkan jualan mereka walaupun dengan trafik blog yang sederhana sahaja. Peluang kepada Blogger terlalu besar kerana mengikut rekod terkini hampir 73% usahawan IKS Malaysia masih buta ICT. 73% daripada 645 ribu IKS Malaysia adalah peluang kepada blogger yang mahir SEO. Jangan sekadar berlegar-legar dan berebut pada syarikat yang sama sehingga menawarkan harga iklan yang terlalu rendah dan kemudian bermasam muka antara blogger. Rakan blogger kena belajar dari Blogger Eyriqazz yang sentiasa berani mencari peluang baru dalam industri yang sangat luas.
Rahsia paling utama adalah menguasai ilmu SEO yang mampu meletakan iklan di muka pertama search engine. Dengan ilmu SEO yang mantap walaupun trafik blog sederhana blogger boleh menetapkan harga iklan yang lebih mahal senilai dengan ilmu yang ada dan dihormati oleh syarikat pengiklan. Nak belajar ilmu SEO pun kena keluar modal tapi apa salahnya keluar sikit untuk pendapatan online yang berganda-ganda yang boleh mengubah nasib keluarga dalam dunia yang semakin mencabar. Siapa lagi nak mengubah diri kita selain diri kita sendiri.
588 Comments
Saya pernah lihat harga iklan banner bersaiz 125×125 pun boleh cecah $500 ke atas, dan di sidebar tu ada 8 – 10 iklan banner dengan saiz yang sama, siap rotate dan bertukar ganti lagi. Memang lumayan. Itu baru saiz 125×125. Yang lain banyak lagi
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Rahsia Kejayaan iPhone Yang Ramai Tidak Tahu
Harga sebenar sebenarnya semua sekali akan bergantung kepada rundingan antara blogger dan penaja. Kalau penaja setuju, harga yang mahal pun mereka sanggup bayar.
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Rahsia Kejayaan iPhone Yang Ramai Tidak Tahu
Dengar cerita blog seperti Amanz.my mempunyai kadar bayaran pengiklanan yang sangat tinggi, mencecah ribuan ringgit. Wah, hebat tu. Lihat sendiri la bagaimana ramainya orang komen di blog tersebut, ia memang sudah teramat popular. Tahniah Amanz
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Rahsia Kejayaan iPhone Yang Ramai Tidak Tahu
Iklan kalau boleh jangan terlalu banyak pada sesebuah blog. Ia hanya akan merimaskan, pembaca akan jadi sakit mata apabila membaca dan penaja sendiri akan rasa tak puas hati kerana terlalu banyak pesaing pengiklanan dalam satu-satu blog.
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Rahsia Kejayaan iPhone Yang Ramai Tidak Tahu
Kalau kita sebut pasal blog dan cara jana pendapatan melalui blog, saya pasti pengiklanan adalah satu sumber utama pendapatan blog. Sama ada penaja tu melalui program pengiklanan seperi Nuffnang, mahupun secara terus dari penaja yang lain.
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Rahsia Kejayaan iPhone Yang Ramai Tidak Tahu
Nak cari penaja dan pengiklan ni, sama ada kita tunggu je penaja datang atau kita sendiri pergi mencari penaja. Penaja yang kita boleh cari adalah daripada individu-individu atau dari syarikat-syarikat kecil dan sederhana di luar, itupun biasanya yang saya tahu melalui media sosial seperti Facebook sahaja
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Rahsia Kejayaan iPhone Yang Ramai Tidak Tahu
Pengiklan sanggup membayar ratusan ringgit sehari, dan saya jangka ia satu pendapatan yang lumayan. Insya Allah jika blog saya dah berjaya nanti, pendapatan bukan lagi satu persoalan. Amin…
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Rahsia Kejayaan iPhone Yang Ramai Tidak Tahu
Nak dapatkan penaja dari syarikat korporat dan penaja gergasi ni, memang payah. Blog kena berjaya dulu, baru la semua penaja akan mula memandang blog kita dan berminat beriklan.
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Rahsia Kejayaan iPhone Yang Ramai Tidak Tahu
Alexa Ranking juga boleh menjadi penanda aras akan prioriti blog kita berbanding blog-blog yang lain, sama adi peringkat antarabangsa dan peringkat dunia. Apabila tunjuk kepada penaja, mereka pasti yakin nak bayar banyak.
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Rahsia Kejayaan iPhone Yang Ramai Tidak Tahu
Antara kelebihan lain memiliki SEO yang hebat pada blog adalah kita boleh jadikan sebagai portfolio kepada penaja betapa SEO blog kita amat mantap dan senaraikan keyword demi keyword yang kita berada di ranking paling atas dan ranking yang menakjubkan.
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Rahsia Kejayaan iPhone Yang Ramai Tidak Tahu
Sebenarnya, dengan SEO yang sangat baik bagi sesebuah blog, senanglah penaja nak jumpa blog tersebut. Penaja cari je di Google, dan mula bertanyakan caj iklan kepada blogger tersebut. So ini juga kelebihan SEO.
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Rahsia Kejayaan iPhone Yang Ramai Tidak Tahu
Kalau fikir pasal iklan, maknanya kita memang berfikir pasal duit dan pendapatan yang kita jana dari blog kita. Tapi bagi yang belum kukuh blog mereka, kena usaha betul-betul terutamanya dari segi artikel, dan pemasaran. Baru boleh fikir pasal caj iklan. Hehe
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Rahsia Kejayaan iPhone Yang Ramai Tidak Tahu
Bagi saya, iklan di blog ada banyak jenis selain banner. Meletakkan review bagi sesuatu produk, iklan dalam satu post, iklan dalam bentuk teks, dan sebagainya.
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Rahsia Kejayaan iPhone Yang Ramai Tidak Tahu
Pendapat saya, bagi blogger yg belum berjaya dalam meningkatkan trafik dan menguasai SEO, eloklah jangan meletakkan harga iklan. Memang ianya mengganggu pasaran. Gunakanlah perkhidmatan pengiknan dahulu dan pada masa yg sama mantapkan blog. Namun ianya amat sukar dilakukan kerana blog anda, hak anda…
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Idea Gila Yang Memang Giler!
Kalau dikira dengan harga RM200 per iklan banner, kalau ada 10 iklan dah dapat RM2,000.
Itu baru iklan banner. Hehe nampak menguntungkan. Tapi blog kena power dulu la. Hehe
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Rahsia Kejayaan iPhone Yang Ramai Tidak Tahu
Comments are closed.