Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, soalan biasa dari kawan-kawan bila mereka tahu kita blogger ialah boleh buat duit ke jadi blogger ni dan macam mana buat duit dengan blog. Kepada yang datang seminar buat duit dengan blog 2012 pasti tahu ada macam-macam cara buat duit dengan blog.
Memang ada macam-maca cara buat duit dengan blog tapi cara paling popular dan jadi rebutan di kalangan blogger adalah buat duit dengan iklan. Memanglah kalau kita tengok kebanyakan pemain industri online seperti Google, Yahoo, Bing, Facebook, Twitter dan lain-lain buat duit dengan iklan. Biasa kita baca di dinding facebook dan entri blog perbincangan panas berapa kadar bayaran iklan yang sepatutnya dikenakan kepada pengiklan. Ada juga Blogger yang kurang puas hati kerana pengiklan lebih suka memberi iklan percuma dan ada blogger yang menerima.
Daripada banyak perbincangan yang aku buat dengan Rakan Blogger dan syarikat pengiklan masih ramai lagi yang tak tahu bagaimana nak letak nilai sebenar iklan di blog. Ramai yang menilai kadar iklan dengan merujuk kepada trafik blog semakin tinggi trafik semakin mahal iklan sebab itu hampir semua syarikat pengiklan akan minta laporan trafik sesebuah blog. Jadi bila trafik sikit automatik blogger akan letak harga terlalu murah sehingga menjejas harga pasaran.
Tak banyak pengiklan faham kenapa mereka perlu beriklan di blog dan tak ramai blogger yang dapat menerangkan kenapa pentingnya syarikat mengiklankan produk dan perkhidmatan di blog. Banyak syarikat beriklan di blog kerana mengikut trend syarikat lain yang beriklan di blog dan paling penting harganya lebih murah berbanding beriklan di media masa yang lain. Ramai Blogger pulak menerima iklan sebab nak dapat pendapatan online seperti blogger lain sebab itu ada yang sanggup menerima dengan harga yang rendah.
Bagi aku trafik blog bukan sebab paling utama untuk syarikat beriklan di blog. Trafik blog datang dan pergi, paling lama biasanya satu-satu iklan boleh diletak sebagai sticky post adalah 48 jam jadi selepas itu iklan tersebut akan hilang daripada pandangan pembaca. Sebenarnya faktor paling penting untuk beriklan di blog adalah kekuatan SEO blog tersebut yang membolehkan iklan tersebut kekal lama di search engine.
Blog yang mempunyai kekuatan SEO akan menjadi orang tengah untuk meletakan produk atau perkhidmatan sesebuah syarikat di top 10 search engine. Kewujudan iklan syarikat tersebut di top 10 search engin dalam tempoh yang lama akan membantu meningkatkan jualan. Seorang pakar “online marketing” telah membongkar rahsia perbezaan jualan rank no 1 dan rank no 10 di Google adalah lebih daripada sepuluh kali ganda. Syarikat yang faham kuasa SEO sanggup membayar iklan berapa sahaja kerana dengan sekali bayar mereka akan menguasai pasaran dalam tempoh yang lama berbanding beriklan di media masa yang hanya dipaparkan dalam tempoh yang singkat.
2014 adalah tahun untuk blogger belajar dan menguasai ilmu SEO kerana dengan kekuatan SEO anda boleh meletakkan harga iklan yang lebih mahal. Dengan ilmu SEO blogger boleh meyakinkan banyak syarikat yang sedang tercari-cari cara promosi yang terbaik untuk meningkatkan jualan mereka walaupun dengan trafik blog yang sederhana sahaja. Peluang kepada Blogger terlalu besar kerana mengikut rekod terkini hampir 73% usahawan IKS Malaysia masih buta ICT. 73% daripada 645 ribu IKS Malaysia adalah peluang kepada blogger yang mahir SEO. Jangan sekadar berlegar-legar dan berebut pada syarikat yang sama sehingga menawarkan harga iklan yang terlalu rendah dan kemudian bermasam muka antara blogger. Rakan blogger kena belajar dari Blogger Eyriqazz yang sentiasa berani mencari peluang baru dalam industri yang sangat luas.
Rahsia paling utama adalah menguasai ilmu SEO yang mampu meletakan iklan di muka pertama search engine. Dengan ilmu SEO yang mantap walaupun trafik blog sederhana blogger boleh menetapkan harga iklan yang lebih mahal senilai dengan ilmu yang ada dan dihormati oleh syarikat pengiklan. Nak belajar ilmu SEO pun kena keluar modal tapi apa salahnya keluar sikit untuk pendapatan online yang berganda-ganda yang boleh mengubah nasib keluarga dalam dunia yang semakin mencabar. Siapa lagi nak mengubah diri kita selain diri kita sendiri.
588 Comments
Saya orang baru dalam dunia blog ini dan masih memerlukan bayak pelajaran untuk melayakkan saya menjana pendapatan melalui blog. Semoga berkat kesabaran dan tidak mengenal erti kalah ini akan membantu saya. Terima kasih untuk tips ini.
Curahan rasa AbahBZ @ ..5 Tips Nak Cuci Cermin.
iklan iklan macam ni selalu blogger otai yang dah master seo akan dapat tawaran, setakat cikai cikai memang tak pernah dapat tawaran. lagipun kalau blog biasa2, bila nak buat harga mesti terfikir fikir. letak mahal orang complain. padahal blog sipi sipi je., kalau murah pulak, merugikan blogger itu sendiri.
Curahan rasa KANVASDAKWAT @ ..WARNA
Saya sedikit sebanyak cuba bantu juga mana-mana yang berminat untuk dapatkan pengenalan produk dan bisnes menerusi SEO.
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Program Ibadah Qurban dan Aqiqah Murah 2014
Amat sukar untuk blog saya nak ditafsirkan jumlah sebenar, jika pengiklan mahukan. Jika murahpun susah, kalau tinggi lagi susah. Mereka akan lari dan membuat iklan di blog orang lain. Inilah yang akan menghantui setiap blogger.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Cara Mengawal Dan Menyekat Aplikasi Di Facebook
Kena yakin dengan kekuatan blog, jika ada keyakinan, in Sha Allah boleh.
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Bisnes Dari Rumah
Penjenamaan blog juga penting, niche juga perlu dititikberatkan biar sesuai dengan pengiklan yang mahukan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Cara Mengawal Dan Menyekat Aplikasi Di Facebook
Ketika mula-mula bina blog, terpinga-pinga untuk memahaminya. Walaupun sekarang dah tahu apa itu SEO, tapi masih banyak belajar berkaitan SEO.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Cara Mengawal Dan Menyekat Aplikasi Di Facebook
Mampukah diri ini dapat pengiklan di blog. Teringin benar nak merasai bagaimana syarikat besar melatakkan iklan mereka. Pasti ada kreteria yang perlu ada agar blog kita menjadi rebutan pengiklan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Cara Mengawal Dan Menyekat Aplikasi Di Facebook
Tulis dengan jujur dan ikhlas. Salah satu tips nak dapatkan pengiklan berminat dengan blog kita, kena tunjuk bukti yang blog kita boleh berikan impak pada sesuatu jenama.
Caranya berikan PERCUMA.
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Cara Buat Blog Sendiri
Kalau dapat pengiklan syarikat besar alangkah bagusnya. Tapi tidak tahu berapa harga nak diletakkan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Cara Mengawal Dan Menyekat Aplikasi Di Facebook
Nampaknya kena banyak mempelajari bagaimana supaya blog kita mesra SEO. Bila SEO friendly bagus, maka kedudukan entri kita berada di page 1. Tapi nak dapatkan SEO yang baik bukan perkara yang mudah.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Cara Mengawal Dan Menyekat Aplikasi Di Facebook
Kalau pengiklan mahukan yang free sampai bila-bila income dari blo dapat kita perolehi.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Cara Mengawal Dan Menyekat Aplikasi Di Facebook
Free untuk tunjukkan blog kita boleh berikan impak pada sesuatu jenama. Siyes, itulah yang saya lakukan sebelum blog dapat advertorial. 🙂 kena tahu nilai dalam mendapatkan sesuatu, kena berikan sesuatu.
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2014
Banyak pengiklan mahu letakkan di blog mereka tapi dengan harga yang murah Ini menjejaskan dan menampakan blogger terlalu rendah harganya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Cara Mengawal Dan Menyekat Aplikasi Di Facebook
bertuahnya mereka yg dapat datang seminar buat duit dengan blog 2012, confirm banyak ilmu yang diperolehi, barulah murni tahu SEO ni penting sgt kepada blogger bahkan boleh tingkatkan jualan syarikat yg menggunakan medium blog utk mngiklankan produk mereka
Segan lah nak beriklan dengan denai hati ni..harga koperat hi.hi..
Teringat masa ngopi di shah alam dulu tuan DH cerita pasal iklah blog ni dapat dari petronas..huhu
memang hebat la kalau dapat iklan badan koperat yang besar macam tu…bukan senang blogger nak dapat peluang macam DH dapat tu..bagi aku harga iklan tuk biarlah berbaloi dengan harga dan prestasi blog kita…biar win-win situation
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Mana Perginya Not RM 500
Saya kagum dengan blog Denaihati, hinggakan syarikat besar sanggup beriklan. Setakat ini belum pernah mana-mana syarikat iklankan kat blog saya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Cara Mengawal Dan Menyekat Aplikasi Di Facebook
Wow .. tu memang terbaik. Teringin juga dapat penajaan dari syarikat besar, buat masa ni syukur ada dapat daripada beebrapa syarikat kecil .. 🙂
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Keajaiban Apple Stem Cell
Dulu sebut SEO je terpinga pinga tak tahu apa..sekarang dengan SEO buat duit dengan blog
Curahan rasa cikgu naman @ ..Tips dan Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan
Rupanya SEO amat penting dalam sesebuah blog. Nak dapatkan blog menjadi SEO amat payah. Pasti google ada sistem mereka, cara bagaimana sesebuah blog itu mesra SEO.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Cara Mengawal Dan Menyekat Aplikasi Di Facebook
Comments are closed.