Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, soalan biasa dari kawan-kawan bila mereka tahu kita blogger ialah boleh buat duit ke jadi blogger ni dan macam mana buat duit dengan blog. Kepada yang datang seminar buat duit dengan blog 2012 pasti tahu ada macam-macam cara buat duit dengan blog.
Memang ada macam-maca cara buat duit dengan blog tapi cara paling popular dan jadi rebutan di kalangan blogger adalah buat duit dengan iklan. Memanglah kalau kita tengok kebanyakan pemain industri online seperti Google, Yahoo, Bing, Facebook, Twitter dan lain-lain buat duit dengan iklan. Biasa kita baca di dinding facebook dan entri blog perbincangan panas berapa kadar bayaran iklan yang sepatutnya dikenakan kepada pengiklan. Ada juga Blogger yang kurang puas hati kerana pengiklan lebih suka memberi iklan percuma dan ada blogger yang menerima.
Daripada banyak perbincangan yang aku buat dengan Rakan Blogger dan syarikat pengiklan masih ramai lagi yang tak tahu bagaimana nak letak nilai sebenar iklan di blog. Ramai yang menilai kadar iklan dengan merujuk kepada trafik blog semakin tinggi trafik semakin mahal iklan sebab itu hampir semua syarikat pengiklan akan minta laporan trafik sesebuah blog. Jadi bila trafik sikit automatik blogger akan letak harga terlalu murah sehingga menjejas harga pasaran.
Tak banyak pengiklan faham kenapa mereka perlu beriklan di blog dan tak ramai blogger yang dapat menerangkan kenapa pentingnya syarikat mengiklankan produk dan perkhidmatan di blog. Banyak syarikat beriklan di blog kerana mengikut trend syarikat lain yang beriklan di blog dan paling penting harganya lebih murah berbanding beriklan di media masa yang lain. Ramai Blogger pulak menerima iklan sebab nak dapat pendapatan online seperti blogger lain sebab itu ada yang sanggup menerima dengan harga yang rendah.
Bagi aku trafik blog bukan sebab paling utama untuk syarikat beriklan di blog. Trafik blog datang dan pergi, paling lama biasanya satu-satu iklan boleh diletak sebagai sticky post adalah 48 jam jadi selepas itu iklan tersebut akan hilang daripada pandangan pembaca. Sebenarnya faktor paling penting untuk beriklan di blog adalah kekuatan SEO blog tersebut yang membolehkan iklan tersebut kekal lama di search engine.
Blog yang mempunyai kekuatan SEO akan menjadi orang tengah untuk meletakan produk atau perkhidmatan sesebuah syarikat di top 10 search engine. Kewujudan iklan syarikat tersebut di top 10 search engin dalam tempoh yang lama akan membantu meningkatkan jualan. Seorang pakar “online marketing” telah membongkar rahsia perbezaan jualan rank no 1 dan rank no 10 di Google adalah lebih daripada sepuluh kali ganda. Syarikat yang faham kuasa SEO sanggup membayar iklan berapa sahaja kerana dengan sekali bayar mereka akan menguasai pasaran dalam tempoh yang lama berbanding beriklan di media masa yang hanya dipaparkan dalam tempoh yang singkat.
2014 adalah tahun untuk blogger belajar dan menguasai ilmu SEO kerana dengan kekuatan SEO anda boleh meletakkan harga iklan yang lebih mahal. Dengan ilmu SEO blogger boleh meyakinkan banyak syarikat yang sedang tercari-cari cara promosi yang terbaik untuk meningkatkan jualan mereka walaupun dengan trafik blog yang sederhana sahaja. Peluang kepada Blogger terlalu besar kerana mengikut rekod terkini hampir 73% usahawan IKS Malaysia masih buta ICT. 73% daripada 645 ribu IKS Malaysia adalah peluang kepada blogger yang mahir SEO. Jangan sekadar berlegar-legar dan berebut pada syarikat yang sama sehingga menawarkan harga iklan yang terlalu rendah dan kemudian bermasam muka antara blogger. Rakan blogger kena belajar dari Blogger Eyriqazz yang sentiasa berani mencari peluang baru dalam industri yang sangat luas.
Rahsia paling utama adalah menguasai ilmu SEO yang mampu meletakan iklan di muka pertama search engine. Dengan ilmu SEO yang mantap walaupun trafik blog sederhana blogger boleh menetapkan harga iklan yang lebih mahal senilai dengan ilmu yang ada dan dihormati oleh syarikat pengiklan. Nak belajar ilmu SEO pun kena keluar modal tapi apa salahnya keluar sikit untuk pendapatan online yang berganda-ganda yang boleh mengubah nasib keluarga dalam dunia yang semakin mencabar. Siapa lagi nak mengubah diri kita selain diri kita sendiri.
588 Comments
suka belajar dan cari ilmu dari orang sekeliling.bahkan ebook juga banyak membantu.alhamdulillah syukur ada blog ada sumber yang berterusan.
Curahan rasa suri @ ..Cara Membuat Pau Kukus Atau Pau Bakar Dalam Oven
Ada ke blogger yang buat kelas SEO tuan? Teringin sangat nak sedut ilmu SEO ni.
Curahan rasa nasslimdiet2 @ ..Alpha Lipid Bee Venom
mesti ada pendek kata sepanjang tahun kelas akan buat apa lagi untuk yang baru berjinak-jinak dengan wordpress
Curahan rasa suri @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 17/2014_Lactacyd Love Your V
try tengok kat blog HH.banyak ilmu yang patut disedut dalam blog dia..terutamanya bab seo ni..sangat penting
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Full Specs of Samsung Galaxy Core Prime
Harapnya seminar buat duit dengan blog ni kerap dibuat di Malaysia Timur…boleh juga untuk kami mendalami ilmu dengan pakar secara dekat…hehe…
Curahan rasa Vander Good @ ..Hari Inovasi : Produk daripada buah Tarap
selalu kursus ini akan buat sekitar kuala lumpur tak tahu pula kalau ada buat lokasi yang berlainan.
Curahan rasa suri @ ..Cara Membuat Jubah Princess Cut Polka Dotku Renungan Matanya Tajam
kalau buat di KL memang memudahkan blogger-blogger sekitar Lembah Klang untuk join sekali..kalau ada kelas blogspot pun lagi best
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Full Spec of Huawei Honor 4 Play
hebat! nampaknya kena banyak belajar lagi la pasal dunia online ni….
ada kelas ke? hehe
Curahan rasa Ismiqbal @ ..Hari 25 #Cabaran30Hari Berita Terkini Hari Ini Yang Di Baca
tak mengapa marilah kita bermula dari bawah itu satu titik permulaan ilmu juga walau sedikti lama-lama ia akan jadi membukit.
Curahan rasa suri @ ..Cara Membuat Pau Kukus Atau Pau Bakar Dalam Oven
Perkara ni kerap kali saya ingatkan pada pengiklan, jangan sekadar cari blog yang mempunyai trafik yang tinggi tetapi untuk keyword yang langsung tak relevan dengan produk, sebaliknya carilah blogger yang faham SEO dan kalau blogger tersebut ada kemahiran copywritting dan content marketing, itu bonus
Curahan rasa sabree hussin @ ..Cara TERBAIK Langsaikan Hutang Kad Kredit?
itu saya setuju sangat..kadang-kadang trafik tinggi melambung…cerita hari-hari bab budak-budak tak elok baca..orang dah muak dengan taktik tajuk yang ke arah merosakkan minda je.
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
Bila keyakinan diri dah tinggi nanti, in shaa Allah akan pasangkan iklan di blog. Buat masa sekarang tak lagi kut
Nik pun. masih belum berani dan belum terkifir nak beriklan kat blog. memang keinginan tu ada.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Paris Souvenirs Giveaway by JINDRISSKA!!
Samalah. Walaupun berblogging ni dah lama, tetapi masih banyak lagi yang perlu diperbaiki dalam blog.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..September Giveaway Party hosted by Iola Caviar
tak mengapalah lama-lama akan ok juga itu mungkin perlukan masa untuk berlatih belajar dan cari ilmu lagi.sama-samalah kita usahakan untuk blog masing-masing ya
Curahan rasa suri @ ..Cara Membuat Jubah Princess Cut Polka Dotku Renungan Matanya Tajam
janganlah tunggu lama-lama sesekali cuba pasang kalau ada produk sendiri passangkan sahaja blog sendiri pun boleh jugakan
Curahan rasa suri @ ..Selamat Menyambut Hari Satu Malaysia Dan Aktiviti Kami Sekeluarga
betul tu..bila kita yakin blog kita dah capat tahap yang ok..then baru kita try offer untuk sapa-sapa yang ingin beriklan
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Full Spec of Huawei Honor 4 Play
Ada jugak timbul niat di hati nak pasangkan iklan di blog. Tapi takut tak berhasil. So cancel jela hihi
saya pun. Takut nanti tak bagi manfaat pada mereka yang beriklan. Rasa macam tak adil je,
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Cabaran 30 Hari | Hari 27 : Mood Hari Ni
Betul tu. Nak pasangkan iklan dalam blog, trafik blog kena okay kan. Kalau tak rasa macam tak adil pulak.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..September Giveaway Party hosted by Iola Caviar
semua blog boleh buat dan usahakan untuk dapatkan sesuatu itu bergantung pada kerajinan dan usaha sendirlahkan
Curahan rasa suri @ ..Kisah Tiga Tetamu Yang Hadir Majlis Keraian
torai je..mana tau ada sangkut untuk beriklan dengan blog kita…agaknya mesti pengiklan suka blog yang ada prospek yang ramai dan blognya ada kaitan dengan produk yang ingin diiklankan
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
Baru-baru ini wawa plan juga nak letak iklan di blog sendiri. Tapi rasa kurang yakin dan macam tak ada sambutan je. Lepastu wawa batalkan balik niat nak letk iklan diblog.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..SIMPLE GIVEAWAY & BLOGWALKING by YANA PINK BLOSSOM
Ada ruang di blog, letak je iklan. Lagi ok iklan sendiri. hehe…
Yang datang dari search engine biasanya mereka yang benar-benar mencari dan kemungkinan untuk membeli lebih tinggi.
Curahan rasa Norazizah @ ..Cash Out Yuna 8Share
Samalah nik pun macam sis wawa jugak. Sebab blog nik pun bukanlah ada trafik yang tinggi. Setakat ni masih tak yakin sepenuhnya.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Cabaran 30 Hari | Hari 24 : Rumah Impian Nik
samelah…setakat ni biarlah iklan nuffnang je terpapar kat blog…bila dah trafik kencang barulah berjinak untuk letak ruang iklan di blog..hehehe
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
Dan selama berblog, blog saya tak pernah mengiklankan apa-apa barang atau perkhidmatan dari mana-mana syarikat lagi. Huhu. Teringin juga nak beriklan.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Cabaran 30 Hari | Hari 22 : Destinasi Percutian Impian Nik
Nor memang suka letak iklan kat blog tetapi gak cerewet iklan apa yang nak dipaparkan.
Curahan rasa Norazizah @ ..Cash Out Yuna 8Share
hehehe..samelah…ada jugak offer dari oversea tapi boleh plak kita yang design banner untuk dia..pastu nak free plak iklan..hehehe..macam tipu je
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
Insyaallah suatu hari nanti adalah offer untuk iklan dan perkhidmatan ye. Yang penting sekarang, kita perbaiki apa yang kurang di blog kita.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..September Giveaway Party hosted by Iola Caviar
betul…kene kuatkan seo entri blog kita dahulu…selesai kontest iphone 5s ni..nak kene operate blog betul-betul
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
Bila baca perkongsian Tuan Dh yang satu ni, makin berkobar kobar semangat untuk mempelajari tentang SEO. Saya buta SEO, tapi sekaraang, saya sedar untuk lebih maju dalam bidang ni, kena ambik tahu pasal SEO.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Cabaran 30 Hari | Hari 22 : Destinasi Percutian Impian Nik
Samalah wawa. Betapa pentingnya untuk kita mempelajari ilmu SEO ni agar blog kita lebih maju.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..September Giveaway Party hosted by Iola Caviar
Kalau tengok blog mat saleh di luar negara, apabila dah berjaya dan banyak iklan masuk sama ada banner dan dalam post, akhirnya fokus blog semakin teruk sebab dah tak fokus kepada content dan artikel berkualiti lagi. Kita jadi dah tak minat dengan blog tersebut kerana dah kurang manfaatnya
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Rahsia Kejayaan iPhone Yang Ramai Tidak Tahu
Xkalau boleh saya x nak blog saya jadi macam tu suatu hari nanti. Tujuan saya berblog untuk berkongsi cerita, pandangan dan ilmu. Kalau isi dan content dah hilang, apa gunanya lagi.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Cabaran 30 Hari | Hari 22 : Destinasi Percutian Impian Nik
saya pun sama fatihah. Kalau boleh tknak juga jd macam tu. Boleh dikatakan kacang melupakan kulit. Apa-apa pun kita tak boleh lupa niat kita untuk jdkan blog kita tu bahan berkongsi cerita, pandangan, dan ilmu.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..SIMPLE GIVEAWAY & BLOGWALKING by YANA PINK BLOSSOM
Bagi nor klan perlu di letak di tempat strategik.
Bayaran untuk 1 iklan boleh menampung berpuluh-puluh iklan yang nak masuk.
hehe… cakap boleh lah lah lah 🙂
Curahan rasa Norazizah @ ..Cash Out Yuna 8Share
Sayang kan kalau terjadi begitu. Sepatutnya kena sebati. Nak beriklan boleh jugak, content blog pun kenalah terbaik macam selalu.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..September Giveaway Party hosted by Iola Caviar
Kalau saya nak jadikan motivasi untuk saya terus berblogging, saya akan buat kiraan jumlah iklan yang saya akan dapat dalam sebulan. SO bayangkan 15 iklan dalam sebulan, setiap iklan saya caj RM400, maka saya dah jana RM6,000. hehe macam berangan pun ada.Hehe
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Rahsia Kejayaan iPhone Yang Ramai Tidak Tahu
eh tak mustahil, iklan satu muka surat kat suratkhabar rm3k ++ untuk satu hari. Yang ni blog, untuk banyak hari… 🙂
Curahan rasa Norazizah @ ..Cash Out Yuna 8Share
Iya kan… kalau neriklan kat akhabr memang tinggi kosnya. Sehari 3000? Susahlah company kecil nak beriklan. Tapi sekarang mereka boleh gunakan khidmat blogger. Tapi bayaran mestilah setimpal.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Cabaran 30 Hari | Hari 24 : Rumah Impian Nik
Betul tu, Sebab itulah pentingnya memiliki blog yang mempunyai kekuatan SEO ni. Sama-sama kita belajar lagi ya.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..September Giveaway Party hosted by Iola Caviar
wah..itu sangat masyuk kalau dapat…angan-angan dan usaha kadang-kadang boleh jadi kenyataan
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
Tak mustahil tu kalau kita berusaha gigih kan. Insyaallah boleh menjadi kenyataan suatu hari nanti.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..September Giveaway Party hosted by Iola Caviar
Kalau di luar negara, ada satu program pengiklanan yang mana ia akan berjalan secara automatik, dan penaja akan tempah mana-mana iklan yang mereka berkenan. Namanya BuySellAds.com. Dan dengar kata komisen web BSA tu dia ambil banyak juga, sekitar 25% tu.
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Rahsia Kejayaan iPhone Yang Ramai Tidak Tahu
baru dengar ni.. hahaha ketinggalan keretapi betul nor ni.
Banyak medium pengiklanan sekarang.
Curahan rasa Norazizah @ ..Cash Out Yuna 8Share
Pertama kali dengar pasal website tersebut, terus buka di new tab. Nampak menarik je kan.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..September Giveaway Party hosted by Iola Caviar
Nampak macam banyak jenis teknik SEO yang diajar oleh mat saleh dan otai tempatan. Bagi saya, caranya sama, cuma mungkin idea keyword tu kena lebih pandai mencari. Siapa yang belum ada asas SEO, kena belajar la
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Rahsia Kejayaan iPhone Yang Ramai Tidak Tahu
Banyak benda kena belajar, baca.. baca dan baca. Dan menuntut ilmu dengan guru.
Curahan rasa Norazizah @ ..Cash Out Yuna 8Share
Jom kita sama-sama mendalami ilmu SEO ni. Kena banyak belajar, belajar , belajar dan berusaha gigih. 😉
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..September Giveaway Party hosted by Iola Caviar
Ada blogger luar negara yang mengenakan caj iklan banner mengikut page views. Maka, selepas pageviews tertentu dicapai oleh iklan tersebut, secara automatik iklan tersebut akan hilang. Memang best dan banyak boleh buat duit dengan cara ikut kuantiti pageviews.
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Rahsia Kejayaan iPhone Yang Ramai Tidak Tahu
Pageview ni untung bagi peniaga untuk promosi produk. Tak beli tak apa yang penting orang tahu.
Curahan rasa Norazizah @ ..Cash Out Yuna 8Share
Comments are closed.