Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, soalan biasa dari kawan-kawan bila mereka tahu kita blogger ialah boleh buat duit ke jadi blogger ni dan macam mana buat duit dengan blog. Kepada yang datang seminar buat duit dengan blog 2012 pasti tahu ada macam-macam cara buat duit dengan blog.
Memang ada macam-maca cara buat duit dengan blog tapi cara paling popular dan jadi rebutan di kalangan blogger adalah buat duit dengan iklan. Memanglah kalau kita tengok kebanyakan pemain industri online seperti Google, Yahoo, Bing, Facebook, Twitter dan lain-lain buat duit dengan iklan. Biasa kita baca di dinding facebook dan entri blog perbincangan panas berapa kadar bayaran iklan yang sepatutnya dikenakan kepada pengiklan. Ada juga Blogger yang kurang puas hati kerana pengiklan lebih suka memberi iklan percuma dan ada blogger yang menerima.
Daripada banyak perbincangan yang aku buat dengan Rakan Blogger dan syarikat pengiklan masih ramai lagi yang tak tahu bagaimana nak letak nilai sebenar iklan di blog. Ramai yang menilai kadar iklan dengan merujuk kepada trafik blog semakin tinggi trafik semakin mahal iklan sebab itu hampir semua syarikat pengiklan akan minta laporan trafik sesebuah blog. Jadi bila trafik sikit automatik blogger akan letak harga terlalu murah sehingga menjejas harga pasaran.
Tak banyak pengiklan faham kenapa mereka perlu beriklan di blog dan tak ramai blogger yang dapat menerangkan kenapa pentingnya syarikat mengiklankan produk dan perkhidmatan di blog. Banyak syarikat beriklan di blog kerana mengikut trend syarikat lain yang beriklan di blog dan paling penting harganya lebih murah berbanding beriklan di media masa yang lain. Ramai Blogger pulak menerima iklan sebab nak dapat pendapatan online seperti blogger lain sebab itu ada yang sanggup menerima dengan harga yang rendah.
Bagi aku trafik blog bukan sebab paling utama untuk syarikat beriklan di blog. Trafik blog datang dan pergi, paling lama biasanya satu-satu iklan boleh diletak sebagai sticky post adalah 48 jam jadi selepas itu iklan tersebut akan hilang daripada pandangan pembaca. Sebenarnya faktor paling penting untuk beriklan di blog adalah kekuatan SEO blog tersebut yang membolehkan iklan tersebut kekal lama di search engine.
Blog yang mempunyai kekuatan SEO akan menjadi orang tengah untuk meletakan produk atau perkhidmatan sesebuah syarikat di top 10 search engine. Kewujudan iklan syarikat tersebut di top 10 search engin dalam tempoh yang lama akan membantu meningkatkan jualan. Seorang pakar “online marketing” telah membongkar rahsia perbezaan jualan rank no 1 dan rank no 10 di Google adalah lebih daripada sepuluh kali ganda. Syarikat yang faham kuasa SEO sanggup membayar iklan berapa sahaja kerana dengan sekali bayar mereka akan menguasai pasaran dalam tempoh yang lama berbanding beriklan di media masa yang hanya dipaparkan dalam tempoh yang singkat.
2014 adalah tahun untuk blogger belajar dan menguasai ilmu SEO kerana dengan kekuatan SEO anda boleh meletakkan harga iklan yang lebih mahal. Dengan ilmu SEO blogger boleh meyakinkan banyak syarikat yang sedang tercari-cari cara promosi yang terbaik untuk meningkatkan jualan mereka walaupun dengan trafik blog yang sederhana sahaja. Peluang kepada Blogger terlalu besar kerana mengikut rekod terkini hampir 73% usahawan IKS Malaysia masih buta ICT. 73% daripada 645 ribu IKS Malaysia adalah peluang kepada blogger yang mahir SEO. Jangan sekadar berlegar-legar dan berebut pada syarikat yang sama sehingga menawarkan harga iklan yang terlalu rendah dan kemudian bermasam muka antara blogger. Rakan blogger kena belajar dari Blogger Eyriqazz yang sentiasa berani mencari peluang baru dalam industri yang sangat luas.
Rahsia paling utama adalah menguasai ilmu SEO yang mampu meletakan iklan di muka pertama search engine. Dengan ilmu SEO yang mantap walaupun trafik blog sederhana blogger boleh menetapkan harga iklan yang lebih mahal senilai dengan ilmu yang ada dan dihormati oleh syarikat pengiklan. Nak belajar ilmu SEO pun kena keluar modal tapi apa salahnya keluar sikit untuk pendapatan online yang berganda-ganda yang boleh mengubah nasib keluarga dalam dunia yang semakin mencabar. Siapa lagi nak mengubah diri kita selain diri kita sendiri.
588 Comments
SUBHANALLLAH.PERKONGSIAN YG SGT BERMAKNA DAN BERMANFAAT ABG DH 🙂
Syukran Jazilan atas ilmu ini 🙂
Curahan rasa Farisya Anastasyia @ ..D-Collagen Produk Anti Penuaan Terbaik
Buat apa pun mesti kena ada ilmu dengan ilmu baru boleh berjaya.
Curahan rasa JunAina @ ..Geng Paku Mengganas
blogger kene bijak dlm bercakap pasal harga iklan yg melibatkan SEO, kuarkan segala kata2 manis yang berfakta.. macam tertulis kat atas, syarikat hnya nak harga murah sedangkan nilai SEO dalam sesebuah blog yg mantap dr segi keyword adlah tggi..
Curahan rasa Farzli @ ..Selesakan database blog anda
Pencerahan yang menarik. Memang kuasa SEO tak dapat disangkal lagi. Kalau Blogger dapat meletakkan entri iklan penaja di ranking yang tinggi dalam enjin carian, pasti penaja sanggup labur duit yang banyak untuk iklan dalam blog.
Trafik yang tinggi, walaupun sedikit sebanyak menampakkan populariti blog, tapi pembaca blog tersebut belum tentu berminat dengan iklan tersebut.
Curahan rasa Firdaus Azizi @ ..3 eBook Menarik Untuk Internet Marketer
Yeah saya setuju, sebab tu bila ada company nak advert kat blog saya demand. haha *kadang kadang*,
sebab ada keyword tertentu hit di carian google. Dah tukar ke Genesis Framework ni harap SEO blog kembali mantap la. kepada nak advert produk laku keras jangan lupa saya.
Petani Moden was here 😀
*Lagi satu, rata rata pengiklan tengok kepada pembaca, bajet komen banyak. Blog tu hits. lulz padahal tuan punya blogger rajin blogwalking. hehe
Curahan rasa Syahril Hafiz @ ..Genesis Metro Pro Theme Sesuai Untuk Personal Blog Dan Ini Sebabnya
Kesimpulannya, jom lah sama-sama kita kuatkan blog kita dengan SEO.. Bila SEO blog dah mantap, akan jadi sumber kekuatan untuk kita hasilkan duit daripada blog.. Setakat trafik tinggi je memang tak cukup..
Bab blogger yang ambil harga rendah untuk pengiklanan tu memang kena hentikan sebab akan mengganggu harga market dan periuk nasi blogger lain terutamanya fulltime blogger..
Curahan rasa Anarm @ ..Genesis Framework Blog Lebih Mesra SEO
Terlalu ramai pengiklan sekarang yang hanya melihat pada trafik tanpa mengambil peduli ranking keyword-keyword produk yang diiklankan berada di top search result..bagi saya, kalau blog itu tidak mempunyai trafik yang tinggi, tapi boleh meletakkan keyword produk kita di muka pertama enjin carian, itulah blog yang akan saya pilih untuk beriklan. 🙂
Blogger kena tunjuk kepada Syarikat yg nak beriklan kehebatan kuasa SEO blog mereka. Paling bagus tunjukan contoh-contoh keywords advetorial yg pernah buat dan kedudukan di search engine utk meyakinkan pengiklan.
Curahan rasa denaihati @ ..2014 bermula dengan langkah kanan semuga berterusan
entri yang membuka mata. Sebelum ni pun fikir harga iklan based on trafik.
Terima kasih atas info bermanfaat ni 🙂
Curahan rasa sya isya @ ..7 CARA MUDAH KUMPUL MODAL BELI RUMAH PELABURAN HARTANAH
Betul tu, Kena baik dalam SEO baru blog kita di pandang tinggi
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Cara Jimat Elektrik Yang Berkesan
Banyak juga blog yg SEO bagus tapi tak terkenal dikalangan pembaca tapi terkenal dikalangan syarikat pengiklan.
Curahan rasa denaihati @ ..Kisah benar kehebatan banyak berselawat kepada Rasulullah SAW
Itulah masalah yang berlaku dikalangan pengiklan yang rata-ratanya berkehendakkan jumlah UV atau PV yang tinggi. Sementara di sesetengah blogger pulak sanggup menerima bayaran yang murah asalkan dapat duit.
Curahan rasa hatiputera @ ..Julian Draxler Hampir Sah Milik Arsenal
Kena ubah cara ini. Bagi blog ada nilai pada pandangan pengiklan kan.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Cara Jimat Elektrik Yang Berkesan
masalah dgn blogger, mereka tak nampak akan kepentingan untuk belajar untuk memantapkan diri dalam dunia blog. banyak ilmu yang boleh mereka belajar tp kebanyakannya dipandang sepi. alasan kos utk belajar mahal kdg2 sy rasakan seperti alasan semata apabila seminar yang PERCUMA pun mereka gagal hadir..
Curahan rasa sohoque @ ..Sepetang Bersama Blogger 2014 Sudah Hampir
cuma nak fahamkan syarikat tetang SEO tu yang memerlukan sedikit usaha kita. sbb kebanyakan syarikat ni tak faham ttg online advertising ni
Curahan rasa eXplorasa @ ..Restoren Ayam Penyet Padang Jawa Shah Alam
Bila bercerita pasal SEO, ramai juga yang seringkali berSEO hanya untuk contest, bukan untuk target yang lebih meluas. SEO yang boleh menjana pendapatan, pastinya SEO yang sepatutnya diusahakan. Walaupun ada contest yang menawarkan hadiah lumayan. Ianya hanya berkala atau bermusim.
Berbeza dengan SEO yang sepanjang zaman, ianya kita boleh target untuk niche yang kita ceburi dan hasilkan pendapatan yang konsisten dalam niche pilihan kita. Perlu ubah atau tujuan utama mengapa kita tingkatkan tahap SEO blog kita.
Pasaran enjin carian ini sangat luas, kena gayanya memang boleh senyum lebar dengan hasil yang diperolehi.
Curahan rasa Eizil @ ..Kenny’s Teriyaki Chicken – sehingga menjilat jari
saya pun baru melaksanakan dan mengamalkan apa yang telah dipelajari mengenai SEO dengan cara yang betul. Dan sememangnya hasil yang positif telah ada depan mata. Jika apa yang telah dipelajari tentang blog diamalkan dengan betul, tak mustahil akan menjana pendapatan yang lumayan.
Curahan rasa KiD @ ..Snowdrop Cloth Pad untuk Isteri
yehh..mari belajar seo laju-laju.
hehe..
Curahan rasa titan @ ..Custom Made Sticker Kereta
bila sifu SEO berbicara … tapi cakap serupa bikin tak pe
Curahan rasa denaihati @ ..Malaysia Social Media Week 2014
mengarut itu salah satu kepakaran saya.
haha..
Curahan rasa titan @ ..Custom Made Sticker Kereta
Comments are closed.