Hang Tuah Takkan Melayu Hilang Di Dunia

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, kalau anak-anak zaman dulu sejak kecil dah kenal dengan Hang Tuah tetapi kalau tanya anak-anak zaman sekarang mereka lebih kenal Upin dan Ipin. Tak boleh nak salahkan anak-anak juga sebab ibubapa dulu selalu bercerita kisah Laksamana Hang Tuah kepada anak-anaknya sedang ibubapa sekarang sibuk mengejar harta dunia membiarkan anak-anak mengadap TV menonton Upin dan Ipin.

Timbul pulak isu katanya Hang Tuah ni hanya mitos bukan Sejarah Melayu. Beribu tahun bangsa Melayu sudah menganggap Hang Tuah sebagai Pahlawan Melayu yang memperjuangkan Melayu tiba-tiba pada tahun 2012 ada yang kata itu semua hanya khayalan. Mungkinkah disaat Melayu lemah kuasa ekonominya dan disaat Melayu lemah kuasa politiknya kerana perpecahan fahaman politik yang keterlaluan maka inilah saat terbaik untuk hilangkan Melayu di dunia ini?

Hang Tuah Pahlawan Melayu

Teringat ketika aku menaiki teksi ketika bercuti di Makassar akhir tahun 2011. Supir teksi rancak bercerita kisah sejarah Makassar dan kehebatan Sultan Hasannudin yang kini boleh disaksikan di sebuah taman seperti Taman Mini Malaysia di Melaka. Terfikir dalam benak fikiran mungkinkah suatu hari nanti bangsa Melayu sekarang yang asyik bersengketa hanya kerana fahaman politik yang berbeza akan disaksikan oleh cucu-cicit kehebatannya di Taman Mini Melayu yang akan dibina oleh Kerajaan yang memerintah ketika itu.

Pemimpin Melayu sekarang lebih mementingkan kuasa politik masing-masing sehinggakan apabila ada pihak mempersoalkan Sejarah Hang Tuah tiada seorang pun ahli politik bersuara. Sedihkan kuasa politik yang dikejar menghancurkan Melayu dan Islam Malaysia, buktinya jelas seperti Parti Islam yang menghalang ahlinya untuk menghadiri Himpunan Sejuta Umah yang menentang gejala Murtad. Mungkinkah berkuburnya sejarah Hang Tuah maka pertanda Hilanglah Melayu di dunia. Hanya sejarah akan menentukan.


Spread the love

152 Comments

  1. saya berpendapat orang yang kata hang tuah ni bukan Melayu tak lengkapkan kajian kot.. cuma ambik daripada teori nama kot, tak cuba merantau mberjumpa guru-guru pewaris ilmu-ilmu silat dan interview setiap pewaris-pewaris silat, tentu ada yang boleh bagi pendapat berbeza,
    Curahan rasa zuls @ ..Penat..My Profile

  2. Isu mempertikaikan kedudukan bangsa dan fakta yang ada dalam sejarah tidak akan dipertikaikan oleh pihak ketiga sekiranya punca bukan datang dari orang Melayu itu sendiri. Kebiadaban diorang ni sebab terdapat segelintir org Melayu sendiri yang pertikaikan perkara tersebut. Sebagai bangsa Melayu, apa yang paling penting sekarang ialah perpaduan agar pihak lain tidak mengambil kesempatan.
    Curahan rasa shraqs @ ..Kekayaan Apple (InfoGraphics)My Profile

  3. Sebelum terlambat, cepat2 pemimpin serta pakar2 sejarah tampil menentang segelintir manusia yg membangkitkan isu yang panas dan mengambil tindakan yang tegas terhadap mereka. Banyak di Malaysia ni tiada Akta atau undang2 bagi menghukum org yg berkenaan. Walaupun ada Akta dipertikaikan dan dimansuhkan utk kepentingan mereka spt ISA, AUKU dan DLL.
    Curahan rasa sensasi2020 @ ..Tanda Sokongan Pada Rakan Yang Paling Cool DenaiHati "Hidupkan Untuk Memberi".My Profile

  4. Pernah ada penceramah dari arkib negara bagitau, kesemua buku dan juga artikel sejarah yang ditulis oleh pengembara melayu dikutip oleh penjajah dan dibuang kelaut bagi menghilangkan kemasyhuran Melayu. Betapa bencinya penjajah terhadap orang Melayu pada waktu dahulu
    Curahan rasa Sobri Mansor @ ..24hb Feb Tarikh iPad 3 dilepaskanMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!