Hang Tuah Takkan Melayu Hilang Di Dunia

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, kalau anak-anak zaman dulu sejak kecil dah kenal dengan Hang Tuah tetapi kalau tanya anak-anak zaman sekarang mereka lebih kenal Upin dan Ipin. Tak boleh nak salahkan anak-anak juga sebab ibubapa dulu selalu bercerita kisah Laksamana Hang Tuah kepada anak-anaknya sedang ibubapa sekarang sibuk mengejar harta dunia membiarkan anak-anak mengadap TV menonton Upin dan Ipin.

Timbul pulak isu katanya Hang Tuah ni hanya mitos bukan Sejarah Melayu. Beribu tahun bangsa Melayu sudah menganggap Hang Tuah sebagai Pahlawan Melayu yang memperjuangkan Melayu tiba-tiba pada tahun 2012 ada yang kata itu semua hanya khayalan. Mungkinkah disaat Melayu lemah kuasa ekonominya dan disaat Melayu lemah kuasa politiknya kerana perpecahan fahaman politik yang keterlaluan maka inilah saat terbaik untuk hilangkan Melayu di dunia ini?

Hang Tuah Pahlawan Melayu

Teringat ketika aku menaiki teksi ketika bercuti di Makassar akhir tahun 2011. Supir teksi rancak bercerita kisah sejarah Makassar dan kehebatan Sultan Hasannudin yang kini boleh disaksikan di sebuah taman seperti Taman Mini Malaysia di Melaka. Terfikir dalam benak fikiran mungkinkah suatu hari nanti bangsa Melayu sekarang yang asyik bersengketa hanya kerana fahaman politik yang berbeza akan disaksikan oleh cucu-cicit kehebatannya di Taman Mini Melayu yang akan dibina oleh Kerajaan yang memerintah ketika itu.

Pemimpin Melayu sekarang lebih mementingkan kuasa politik masing-masing sehinggakan apabila ada pihak mempersoalkan Sejarah Hang Tuah tiada seorang pun ahli politik bersuara. Sedihkan kuasa politik yang dikejar menghancurkan Melayu dan Islam Malaysia, buktinya jelas seperti Parti Islam yang menghalang ahlinya untuk menghadiri Himpunan Sejuta Umah yang menentang gejala Murtad. Mungkinkah berkuburnya sejarah Hang Tuah maka pertanda Hilanglah Melayu di dunia. Hanya sejarah akan menentukan.


Spread the love

152 Comments

  1. Semarakan semangat org2 melayu sejak dari kecil lagi…aturkan kursus untuk pelajar2 melayu , seperti mana sya pernah menghadiri satu kem ” Gabungan pelajar melayu semenanjung ” pada waktu cuti penggal di masa persekolahan dahulu, alhamdulillah sehingga sekarang semangat melayu masih membara di jiwa saya, saya rasa dengan cara itu sahaja Melayu takan hilang di dunia..

  2. Menurut Andaya (2002), Hang Tuah, Hang Jebat dan Hang Kasturi adalah pemimpin ulung kaum Orang Asli. Kekuasaan Orang Asli dalam pemerintahan Melaka serta kerajaan-kerajaan melayu yang lain mengalami kemerosotan dengan kematian ketiga-tiga tokoh ini. Pendapat ini dipetik dari Pagan Races of the Malay Peninsula, Macmillan, London 1906 karangan Skeat, W.William and C.O. Blagden.

    Andaya juga memetik pendapat Juli Edo, seorang ahli antropologi dari etnik Semai yang mengatakan bahawa Hang Tuah dan Hang Jebat adalah Orang Asli. Hang Tuah ialah Orang Jakun (Winstedt, 1935). Hang Tuah dan keluarganya berpindah ke Hulu Perak selepas kematian Hang Jebat.

  3. Sudah semestinyalah Melayu terus gah di bumi kita Malaysia. Bangsa Melayu sememannya perihatin terhadap bangsa lain, kerna kita mahu negara kita Malaysia hidup aman damai tanpa sengketa antara kaum. Sebuat saja 13 mei, semua org tahu.Oleh itu Hang Tuah hrus dijulang sebagai seorang pahlawan melayu sejati bersama sahabat2nya demi mempertahankan Tanah Melayu.
    Curahan rasa sensasi2020 @ ..Tanda Sokongan Pada Rakan Yang Paling Cool DenaiHati "Hidupkan Untuk Memberi".My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!