Hang Tuah Takkan Melayu Hilang Di Dunia

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, kalau anak-anak zaman dulu sejak kecil dah kenal dengan Hang Tuah tetapi kalau tanya anak-anak zaman sekarang mereka lebih kenal Upin dan Ipin. Tak boleh nak salahkan anak-anak juga sebab ibubapa dulu selalu bercerita kisah Laksamana Hang Tuah kepada anak-anaknya sedang ibubapa sekarang sibuk mengejar harta dunia membiarkan anak-anak mengadap TV menonton Upin dan Ipin.

Timbul pulak isu katanya Hang Tuah ni hanya mitos bukan Sejarah Melayu. Beribu tahun bangsa Melayu sudah menganggap Hang Tuah sebagai Pahlawan Melayu yang memperjuangkan Melayu tiba-tiba pada tahun 2012 ada yang kata itu semua hanya khayalan. Mungkinkah disaat Melayu lemah kuasa ekonominya dan disaat Melayu lemah kuasa politiknya kerana perpecahan fahaman politik yang keterlaluan maka inilah saat terbaik untuk hilangkan Melayu di dunia ini?

Hang Tuah Pahlawan Melayu

Teringat ketika aku menaiki teksi ketika bercuti di Makassar akhir tahun 2011. Supir teksi rancak bercerita kisah sejarah Makassar dan kehebatan Sultan Hasannudin yang kini boleh disaksikan di sebuah taman seperti Taman Mini Malaysia di Melaka. Terfikir dalam benak fikiran mungkinkah suatu hari nanti bangsa Melayu sekarang yang asyik bersengketa hanya kerana fahaman politik yang berbeza akan disaksikan oleh cucu-cicit kehebatannya di Taman Mini Melayu yang akan dibina oleh Kerajaan yang memerintah ketika itu.

Pemimpin Melayu sekarang lebih mementingkan kuasa politik masing-masing sehinggakan apabila ada pihak mempersoalkan Sejarah Hang Tuah tiada seorang pun ahli politik bersuara. Sedihkan kuasa politik yang dikejar menghancurkan Melayu dan Islam Malaysia, buktinya jelas seperti Parti Islam yang menghalang ahlinya untuk menghadiri Himpunan Sejuta Umah yang menentang gejala Murtad. Mungkinkah berkuburnya sejarah Hang Tuah maka pertanda Hilanglah Melayu di dunia. Hanya sejarah akan menentukan.


Spread the love

152 Comments

  1. huhu tak tahu la betul atau tidak, tapi ada bekas tenaga pengajar BTN ada cerita kat saya ‘tak kan melayu hilang di dunia’ hanya di tambah dalam buku hang tuah tahun awal 19an untuk bangkitkan semangat melayu.. tak tahu la kebenarannya..
    Curahan rasa cmratu @ ..Terima Kasih Blogger HebatMy Profile

  2. mungkin hang tuah itu wujud tapi bukti sahih kewujudan hang tuah tidak dipegang oleh orang Melayu tapi dipegang oleh bangsa yang pernah menjajah
    Curahan rasa Adib @ ..Luahan RasaMy Profile

  3. Sebahagian daripada kita pernah didodoikan dan dibesarkan dengan cerita kepahlawanan dan kebijaksanaan laksamana Hang Tuah.Cerita diolah dalam berbagai bentuk serta sedikit tokok tambah, namun itu bukanlah “tiket” untuk kita melupakan dan menidakkan kewujudan individu tersebut.Kita boleh anggap mereka yang menidakkan kewujudan tersebut sebagai mereka yang ‘derhaka’ kepada bangsa sendiri.Kita tertanya-tanya juga apakah tujuan mereka dan dalam pada itu membuat kita bermonolog tentang sikap yang macammana untuk menanggapi individu yang ‘derhaka’ kepada bangsa sendiri.Bukankah sikap mereka itu seperti memijak kepala dan kewujudan bangsa mereka sendiri?.Apa yang paling kita takutkan ialah jikalau kewujudan Laksamana Hang Tuah boleh diperlekehkan, maka apakah kewujudan pemimpin terdahulu kita juga akan ‘diperlekehkan’.

    P/S:kata kunci di sini iaitu ‘diperlekehkan’ bukan ‘dipertikaikan’.Saya guna dua perkataan ini kerana saya beranggapan kewujudan Laksamana bukan mereka pertikaikan dalam erti kata sebenar tetapi lebih kepada memperlekehkan atau memperolok-olokkan.

  4. Saya tak nampak apa kebaikkannya kepada individu yang menyebarkan ketidakwujudan hang tuah? Kalau hang tuah ada atau tiada apa kena mengena dengan dia? Biarlah orang melayu terus mempercayainya untuk memberi semangat kehebatan bangsa melayu dan mencontohinya
    Curahan rasa Norasikin @ ..Menarik Pelanggan Melalui Teh TarikMy Profile

  5. Melayu mudah lupa.mcm yg dr M ckpkan tu.tgk,dah jadi dah sekarang ni.politik lebih berkuasa dari segala-galanya.mungkin bagi mereka sejarah tu tak penting sangat.daripada mereka berdebat tentang kesahihan cerita Hang Tuah bersaudara,lebih mereka sebokkan politik.nilah trend melayu zaman sekarang.tak kira,golongan ape sekalipun,elit,pro,student etc…semuanya lebih mementingkan politik.ibarat tiada politik,jatuh la melayu.ish3….macam2 halnya.masa depan nti,mgkin cucu-cucit kita anggap Hang Tuah tu cerita donggeng dan mitos semata2.Dan cerita menganai politik pulak,cerita yang benar,betul dan patut disanjung tinggi.mungkin akan wujudnya mata pelajaran politik untuk ditukar dengan mata pelajaran sejarah…sape tahukan? harap2 perkara ni tak berlaku la.sedih dengan sikap melayu zaman sekarang ni.jahil sungguh mereka.semuanya politik semata2.anak melayu sendiri di anak tirikan.sesiapa yang tak sertai politik,akan ditindas.kejamkah politik itu untuk bangsa melayu? fikir2kan dan renung2kanlah…

    1. Bro dari kembara aku, Malaysia berkali2 lebih baik daripada negara jiran kita cuma nasib kita orang Melayu je yg agak lambat berubah. Sebaiknya kira ubah diri kita dengan keluarga pasti Melayu itu akan berubah. Masalahnya kita sibuk nak mengubah diri orang lain tapi kita sama sahaja jadi macam mana Melayu nak berubah.
      Curahan rasa denaihati @ ..Rakan Twitter Paling MesraMy Profile

  6. salam..
    rumpun melayu mengcakupi dari nusantara
    sehingga ke negara China pun ada..melayu
    di negara kita sekarang pun dah bercampur..
    ada mamak pun dah mengaku melayu..siap
    boleh masuk parti melayu lagi..jadi ketulenan
    melayu itu sebenarnya sudah lama hilang kan?

    Sifat orang melayu selalu berdengki sesama bangsa..
    heran! adakah ini faktor genetik? menjadikan bangsa
    kita agak ketinggalan dari segi perniagaan berbanding
    bangsa lain..kalau nak kaya cepat dengan kontrak
    pemerintah kena masuk parti politik yang sehaluan..
    kalau tidak tak dapat projek..bila nak mohon projek
    banyak la pulak TOL nya..semua yang menghulur
    bangsa melayu juga..saya sendiri naik bosan melayan
    sifat sebegitu..bagaimana nak jadi bangsa yang maju
    nak untung mudah sahaja 🙁
    Curahan rasa zulkbo @ ..Kena Denda Di Sekolah : Pengalaman Memujuk CikguMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!