Assalamualaikum dan salam 1Dunia, pernah suatu masa dahulu aku tersangkut di Airport Senai lebih 7 jam kerana pesawat MAS rosak dan perlu digantikan dengan pesawat lain. Hikmah kejadian aku bertemu dengan kawan lama yang sudah lama tidak berjumpa sejak keluar dari Universiti.
21/6/2012 berlaku lagi kejadian yang sama di Airport berbeza dan sebab berbeza. Aku sampai ke Suvarnabhumi Airport, Bangkok jam 4.30 pm untuk pulang ke Kuala Lumpur. Pesawat Airasia pulang ke Kuala Lumpur dijadualkan pada jam 8.20 pm. Segaja datang awal untuk solat Jamak Takhir Zuhur dan Asar kerana biasanya di airport pasti ada kemudahan bilik solat muslim.
Sesampai di dewan perlepasan Suvarnabhumi Airport aku terus mencari surau dan ternyata benar seperti juga Frankfurt Airport, Changi Airport dan Hong Kong International Airport terdapat bilik solat muslim. Terdapat sign board “Muslim Prayer Room” yang besar menuju ke level 3 di bawah dewan perlepasan. Alhamdulillah suraunya besar, kemas dan bersih. Surau juga terdapat di dewan perlepasan pintu E.
Lebih kurang jam 7.00 pm aku check in dan melepasi pemeriksaan imigresen. Pesawat Airasia yang sepatutnya berlepas jam 8.20 pm tidak kunjung tiba. Setelah ditunggu sehingga jam 9.30 pm keluar notis menyatakan pesawat tertangguh kerana Air Control Tower rosak. Kami dipindahkan dari pintu E9 ke F1. Lebih kurang jam 10.00 pm diumumkan pesawat Airasia dijangkakan akan sampai pada jam 12.30 am.
Perut dah menyanyi sebab rancangnya nak makan malam dalam pesawat. Alhamdulillah setelah mencari terjumpa juga restoran halal di level 4 pintu F. Restoran The Miracle menyediakan berbagai menu antaranya pizza, kebab dan makanan Thailand. Oleh kerana kelaparan teramat maka aku pesan nasi goreng seafood, tom yam seafood dan dessert kesukaan ramai mangga dan pulut.
Itulah hikmah pesawat delay kalau tidak memang tidak pernah tahu ada restoran Halal di dewan pelepasan Suvarnabhumi Airport.
Alhamdulillah pesawat yang ditunggu akhirnya berlepas tepat jam 1.20 am, lewat 5 jam dari jadual yang ditetapkan. Pramugara Airasia beritahu pesawat Airasia dari Kuala Lumpur ke Bangkok terpaksa berpatah balik ke Kuala Lumpur separuh jalan kerana Air Control Tower Suvarnabhumi Airport tidak berfungsi akibat putus bekalan letrik.
Maklumat dari berita CCN Suvarnabhumi Airport lumpuh berjam-jam kerana radar tidak berfungsi akibat terputus bekalan letrik sehingga berpuluh penerbang terpaksa di alih ke KLIA dan Siem Reap Airport. Majoriti syarikat penerbangan meminta ganti rugi akibat kelewatan yang berlaku.
Memang pelik lapangan terbang antrabangsa sebesar itu tidak mempunyai rancangan kontengesi seandainya berlaku putus bekalan letrik.
220 Comments
Makanya gan kalau jadi musyapir itu harus bawa bekal hehe biar enggak repot nyari restoran.hehe
itulah yang terbaik…tak perlu susah2 mencari makanan di kedai…
Curahan rasa Nana @ ..Ayah Lari, Perbuatannya Rogol Anak Sendiri Diketahui Isteri
subhanallah…
ditempat ini masih banyak ditemua restoran halal
salam dari Toko Obat Kuat
betul tu…surau pun turut di sediakan…
Curahan rasa Nana @ ..Ayah Lari, Perbuatannya Rogol Anak Sendiri Diketahui Isteri
pulut mangga itu nampak sangat appetising!
Curahan rasa fathiah jasni @ ..Cadangan Penginapan : Ri-yaz Heritage Marina Resort & Spa
tentu enak kan….yummmy…
Curahan rasa Nana @ ..Ayah Lari, Perbuatannya Rogol Anak Sendiri Diketahui Isteri
Subhanallah…ada surau di sebahagian besar international airport…syukur,….tinggal nak solat ataupun sebaliknya…
Curahan rasa dinar @ ..Emas akan menjadi Aset Pegangan Utama Bank
tiada sebab mengapa kita tak mahu solat.
Sedapnya mangga dan dessert. Yummy. hehe
Curahan rasa shaharil @ ..Sepanyol Layak dan Konvo UUM 2012
meliur kita melihatnya…
Curahan rasa Nana @ ..Ayah Lari, Perbuatannya Rogol Anak Sendiri Diketahui Isteri
setiap pengalaman kembara DH, selalu ada manfaatnya
Curahan rasa Dadan @ ..Laga Semifinal Euro 2012 : Portugal vs Spanyol
Harap2 lapangan terbang besar di seluruh dunia sensitif dengan keperluan pengguna. Disediakan surau dan restoran halal utk pengguna.
Curahan rasa RIS-FAMILI @ ..Tok Aman Bali Beach Resort | Percutian Hari Bapa
itulah yang kita harapkan…
Curahan rasa Nana @ ..Ayah Lari, Perbuatannya Rogol Anak Sendiri Diketahui Isteri
satu strategi perniagaan yang terbaik …
Curahan rasa Bro Yusri @ ..Saiz Dunia Islam dan Populasi Penduduknya
baca cerita perjalanan bolehlah jadi pengalaman di suatu hari
Curahan rasa smp3lembang @ ..Preview Semifinal Portugal Vs Spanyol
Pernah juga pergi Thailand, tapi sampai Narathiwat saja, Di selatan Thai byk makanan halal dan best2 spt tomyam, parpik, asam pedas dll.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Terbongkarnya Rahsia Secret Recipe
tentu enak sekali kan?
Curahan rasa Nana @ ..Ayah Lari, Perbuatannya Rogol Anak Sendiri Diketahui Isteri
sodapnyee tomyam!meleleh ayaq liur..
hehehe…terasa nak makan tomyam ler pulak…
Curahan rasa Nana @ ..Ayah Lari, Perbuatannya Rogol Anak Sendiri Diketahui Isteri
Letihnya kalau terpaksa menunggu penerbangan yang ditangguhkan berjam-jam di airport. Tapi dapat juga makan makanan Thai yang sedap dan halal.
Curahan rasa Kak Long Mawar Merah @ ..Randai Kaba Kasih Menanti di Taman Budaya
menunggu adalah sesuatu yang membosankan…
Curahan rasa Nana @ ..Ayah Lari, Perbuatannya Rogol Anak Sendiri Diketahui Isteri
mungkin 1st time kot airport putus bekalan elektrik 😀
Curahan rasa syahrilhafiz @ ..Wordless Wednesday #15 : Tarikh Bulan Puasa Ramadhan 2012
arghh sedapnye!!suka sgt mknn thai!
saya juga suka masakian thailand…
Curahan rasa Nana @ ..Ayah Lari, Perbuatannya Rogol Anak Sendiri Diketahui Isteri
kepentingan bekalan elektrik.. sepatutnya ada kontigency plan.. huhuhu
Curahan rasa KiD @ ..Aksi dalam Webcam
Comments are closed.