Assalamualaikum dan salam 1Dunia, pernah suatu masa dahulu aku tersangkut di Airport Senai lebih 7 jam kerana pesawat MAS rosak dan perlu digantikan dengan pesawat lain. Hikmah kejadian aku bertemu dengan kawan lama yang sudah lama tidak berjumpa sejak keluar dari Universiti.
21/6/2012 berlaku lagi kejadian yang sama di Airport berbeza dan sebab berbeza. Aku sampai ke Suvarnabhumi Airport, Bangkok jam 4.30 pm untuk pulang ke Kuala Lumpur. Pesawat Airasia pulang ke Kuala Lumpur dijadualkan pada jam 8.20 pm. Segaja datang awal untuk solat Jamak Takhir Zuhur dan Asar kerana biasanya di airport pasti ada kemudahan bilik solat muslim.
Sesampai di dewan perlepasan Suvarnabhumi Airport aku terus mencari surau dan ternyata benar seperti juga Frankfurt Airport, Changi Airport dan Hong Kong International Airport terdapat bilik solat muslim. Terdapat sign board “Muslim Prayer Room” yang besar menuju ke level 3 di bawah dewan perlepasan. Alhamdulillah suraunya besar, kemas dan bersih. Surau juga terdapat di dewan perlepasan pintu E.
Lebih kurang jam 7.00 pm aku check in dan melepasi pemeriksaan imigresen. Pesawat Airasia yang sepatutnya berlepas jam 8.20 pm tidak kunjung tiba. Setelah ditunggu sehingga jam 9.30 pm keluar notis menyatakan pesawat tertangguh kerana Air Control Tower rosak. Kami dipindahkan dari pintu E9 ke F1. Lebih kurang jam 10.00 pm diumumkan pesawat Airasia dijangkakan akan sampai pada jam 12.30 am.
Perut dah menyanyi sebab rancangnya nak makan malam dalam pesawat. Alhamdulillah setelah mencari terjumpa juga restoran halal di level 4 pintu F. Restoran The Miracle menyediakan berbagai menu antaranya pizza, kebab dan makanan Thailand. Oleh kerana kelaparan teramat maka aku pesan nasi goreng seafood, tom yam seafood dan dessert kesukaan ramai mangga dan pulut.
Itulah hikmah pesawat delay kalau tidak memang tidak pernah tahu ada restoran Halal di dewan pelepasan Suvarnabhumi Airport.
Alhamdulillah pesawat yang ditunggu akhirnya berlepas tepat jam 1.20 am, lewat 5 jam dari jadual yang ditetapkan. Pramugara Airasia beritahu pesawat Airasia dari Kuala Lumpur ke Bangkok terpaksa berpatah balik ke Kuala Lumpur separuh jalan kerana Air Control Tower Suvarnabhumi Airport tidak berfungsi akibat putus bekalan letrik.
Maklumat dari berita CCN Suvarnabhumi Airport lumpuh berjam-jam kerana radar tidak berfungsi akibat terputus bekalan letrik sehingga berpuluh penerbang terpaksa di alih ke KLIA dan Siem Reap Airport. Majoriti syarikat penerbangan meminta ganti rugi akibat kelewatan yang berlaku.
Memang pelik lapangan terbang antrabangsa sebesar itu tidak mempunyai rancangan kontengesi seandainya berlaku putus bekalan letrik.
220 Comments
Wah DH ni sering saja pergi oversea, banyakdan jauh berjalan luas pengetahuan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Terbongkarnya Rahsia Secret Recipe
Kesukaran mendapatkan makanan halal bukan hanya di Thailand saja malah di seluruh dunia.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Terbongkarnya Rahsia Secret Recipe
“Muslim Prayer Room” patut ada di airport di mana2 negara di seluruh dunia barulah dikatakan mereka bukanlah anti muslim.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Terbongkarnya Rahsia Secret Recipe
Kalau tiada makanan yg halal, apa yang patut kita makan ye??
Kalau ada KFC, Mc Donald, A&W, adalah masakan mereka di sana halal juga spt di Malaysia atau Indonesia.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Terbongkarnya Rahsia Secret Recipe
penting untuk umat islam yg suka travel
Curahan rasa azriMy @ ..Nasi Empet Untuk Hari Raya
Aada restoran Halal di dewan pelepasan Suvarnabhumi Airport, ini menandakan bahawasanya kewajipan sesebuah organisasi di dunia menyediakan restoran makanan yg halal utk muslim. Itulah yg sepatutnya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Terbongkarnya Rahsia Secret Recipe
Semoga tidak berlaku di mana2 airport di nagara kita, nanti nama baik negara kita terjejas bab ketiadaan elektrik.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Terbongkarnya Rahsia Secret Recipe
Kasian DH terpaksa tunggu masa yg lama utk berlepas pulang.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Terbongkarnya Rahsia Secret Recipe
Kadang2 nak pergi oversea ni susah nak makan yg halal. Alamatnya berpuasalah kita.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Terbongkarnya Rahsia Secret Recipe
Kalau di selatan Thailand, tiada masalah pula, majoriti penduduknya Islam.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Terbongkarnya Rahsia Secret Recipe
Di seluruh dunia, sepatutnya ada surau dan makanan halal utk umat Islam. Jika ada alhamdulillah….tak lah pening kepala mencari makanan halal atau tempat solat.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Terbongkarnya Rahsia Secret Recipe
Tapi skrg ni di airport pun dah ada pelbagai masakan utk semua kaum lebih2 lagi utk muslim.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Terbongkarnya Rahsia Secret Recipe
Biasanya di Thailand nak cari makanan halal memang susah.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Terbongkarnya Rahsia Secret Recipe
Alhamdulillah, selamat jua DH pulang ke tanah air.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Terbongkarnya Rahsia Secret Recipe
sadis juga tu kalau sampai kena patah balik. erm.. baguslah ada restoran halal, senang sikit nak isi perut.
Curahan rasa Sya Isya @ ..BUKAN BIDADARI SLOT LESTARY TV3
Comments are closed.