Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, tetiba dapat idea nak buat status Facebook dengan tajuk “Apa Hajat Blogger yang belum tercapai” dan sambutan sangat menggalakkan sehinggalah terhasilnya entri tajuk yang sama “Hajat Blogger yang belum tercapai“. Memang banyak hajat-hajat blogger yang dikongsikan ada yang kecik dan ada yang besar. Ada yang mudah dibantu ada hajat besar yang memang susah aku nak bantu.
Kalau setakat nak minta top blogger Ben Ashaari komen di blog atau minta buatkan review blog insyaa Allah boleh aku bantu untuk blogger berkenaan mencapai hajat murni tersebut. Kepada yang berhajat nak iPhone 5s tu kenalah ikut cabaran iPhone 5s sehingga tamat.
Tanpa diduga aku mendapat hajat khas dari top blogger siapa lagi kalau bukan Dr. Fatin Liyana di ruangan komen entri “Sepatutnya jadi dokor macam Dr. Fatin Liyana”
Salam, Appreciate the article tapi mintak jasa baik untuk delete gambar selfie saya diatas dan juga mana mana gambar yang kurang sesuai pada entry sebelum2 ini. Semoga Allah membalas jasa baik bro denaihati. Terimakasih
Selain daripada komen di atas, beliau juga ada PM kepada aku di Facebook yang tidak perlu dipaparkan di sini. Kesimpulannya beliau minta aku padamkan semua gambar-gambar selfie yang ada di blog Denaihati kerana katanya semua gambar-gambar tersebut adalah gambar masa jiwa muda. Sekarang pun Dr. Fatin masih muda tetapi sudah melangkah ke alam pekerjaan profesional yang ada batas dan tata susila yang perlu dijaga.
[box type=”shadow”]Sponsor Ads
Nak buat duit dengan blog? Nak tahu asas cara? Klik Sini
Jana Duit Tanpa Modal. Hanya perlukan kemahiran untuk dapatkan duit online. Klik Sini
Panduan Lengkap buat duit dengan Facebook. Klik Sini[/box]
Aku pernah menulis tiga entri menggunakan nama Dr. Fatin Liyana sebagai tajuk iaitu :
- Fatin Liyana top blogger Denaihati
- Fatin Liyana top blogger Malaysia
- Sepatutnya jadi doktor macam Dr. Fatin Liyana
Di dalam ketiga-tiga entri ini memang aku ada tampal beberapa gambar Dr. Fatin Liyana tetapi aku sangat berhati-hati memilih gambar tersebut untuk menghormati beliau sebagai seorang pelajar perubatan UKM ketika itu. Gambar pelajar dengan gambar sudah berkerjaya tetap ada bezanya. Sebagai menghormati hajat Fatin Liyana semua gambar selfie dan gambar-gambar lain yang kurang sesuai telah dipadamkan. Aku hanya akan kongsikan gambar Dr. Fatin Liyana yang sesuai dengan kerjaya beliau sebagai seorang doktor.
I grew up with this blog. Mula menulis ketika berumur 19 tahun. Zaman zaman jiwa kacau, hati memberontak dan masih keliru mencari identiti diri. Sekejap nak jadi Ayumi Hamasaki, sekejap nak jadi Miranda Kerr. Malu betul miahaha. Amatlah mengarut isi kandungan blog aku yang dulu-dulu ya, tiada isi langsung. Asyik selfie je walaupun takde front camera. I am so ashamed of my previous self. Aku tahu, kita semua pernah merasai zaman-zaman mengarut tu dulu. Bezanya aku ada blog, aku tunjuk kat semua orang – Dr. Fatin Liaya
Mungkin ramai tidak tahu yang blogger Fatin Liyana telah memadam beratus-ratus entri dan gambar-gambar selfie masa remaja di blog beliau. Blog Honeykoyuki.blogspot.com juga sudah tampil dengan wajah baru. Aku menyokong perubahan yang sedang diusahakan oleh Dr. Fatin Liyana dan semuga ALLAH permudahkan semua urusan dan niat yang murni tersebut.
Bagaimana pulak dengan kita .. Sudahkah berubah?
333 Comments
alhamdullillah…bagusnye fatin liyana ni, samela sume orang penah lalui zaman mude asik berselfie, time tu tak pk ape dah, duk perasan lawa dan seronok je huhu…
Curahan rasa norulhuda @ ..Kenapa Alfafa Shaklee Wajib Ada Disetiap Rumah DiMalaysia
Alhamdulillah.. sebagai peringatan dan akan aku turuti.. Zaman remaja memang zaman mencoba segala-galanya…
Curahan rasa Ain Ridzuan @ ..RESEPI NASI DAGING UTARA YANG SEDAP TAHAP TAMBAH NASI BERKALI-KALI
that’s why saya kurang letak gambar sendiri di blog…. lgpun saya taklah semuda fatin… 🙂
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Travelog Haji 1435H: Madinah (Bahagian 2)
Satu perubahan yang bagus untuk Dr Fatin Liyana. Saya juga dalam langkah untuk padamkan beberapa entri mengenai diri Fatin Liyana yang dirasakan perlu revise semula untuk hormati beliau.
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Top 20 Affiliate Ashadee.com 2014
alhamdulillah..mmg terbaik perubahan ke arah itu..skrg ni pon dr FL selangkah lg ke arah perkahwinn..btw,congrats dr FL..i adore u
SEKARANG adalah masa terbaik untuk berubah kepada yang lebih baik…jangan tangguh.
Curahan rasa Malaysia Tercinta @ ..Permohonan UPU ke IPTA/Politeknik/ILKA Sesi 2015/2016
Assalamualaikum tuan..
alhamdullilah. suka sangat doktor fatin liyana ni. gaya penceritaan beliau sungguh sempoi.. bagus lah, hajat beliau tidak ditolak 🙂
Curahan rasa Sheila Salim @ ..Resepi : Cucur Labu Sedap
blogger berpengaruh ini ada auranya yang tersendiri, tidak kisah untuk kongsikan aktiviti harian dalam blog 🙂
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..11 Strategi Penting Semasa Temuduga
saling menghormati antara dua orang blogger hebat Malaysia menarik untuk membaca artikel ini
Curahan rasa risalah @ ..BACAAN SURAT SETELAH AL FATIHAH
Memang demikianlah perjalana hidup manusia ada waktu dimana mungkin ia akan merubah dirinya
Curahan rasa Abdullah @ ..Mengamalkan Tauhid Dengan Semurni-Murninya, Pasti Masuk Surga Tanpa Hisab
BESTNYA Fatin Liyana , apa yang dihajati semuanya dapat , Alhamdulillah nak jugak
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Who want to exchange bloglist with me?
Memang salute lah , saya selalu membaca entri FL semoga dapat sikit kehebatan menulis tu hehe
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Who want to exchange bloglist with me?
FL ni memang layak jadi contoh budak budak muda sekarang. bijak dan pandai atur masa depan
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Zahira di Tv3
blognya tak serama dulu lagi meski banyak sudah pembacanya yang pergi
Curahan rasa Abdullah @ ..Awas Musik Haram
Mungkin FL ni banyak membaca jadi mudah untuk FL menulis cerita yang menarik walaupun hanyalah kehidupan peribadi
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Who want to exchange bloglist with me?
Bayangkan betapa fanatic dekat FL ni , dia memang pandai mempengaruhi pembaca hehe
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Who want to exchange bloglist with me?
ramai sgt yang ikut blog dia. FL ni pandai tarik pengunjung ke blog dia
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Zahira di Tv3
Comments are closed.