Hadiah hari lahir untuk kanak-kanak

Spread the love

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Di sini saya nak share pada kalian semua tentang apa yang dikongsikan oleh Puan Suzy Honey di facebooknya berkaitan hadiah yang menarik yang boleh diberikan kepada kanak-kanak waktu sambut hari lahir mereka.

Apabila kita dijemput untuk menghadiri majlis sambutan hari lahir anak saudara, anak kepada kawan-kawan atau anak jiran, perkara yang kita pasti fikirkan adalah hadiah buat mereka.

Terdapat pelbagai barangan kanak-kanak dijual di pasaran, namun barangan apakah yang sesuai untuk diberikan sebagai hadiah buat kanak-kanak?

Selain daripada pakaian dan alat tulis, apakah hadiah yang lain daripada lain yang dapat memberi manfaat untuk mereka?

Jom lihat 6 idea hadiah hari lahir yang ‘best’ dan bermanfaat untuk kanak-kanak ini sempena sambutan hari lahir mereka.

BUKU CERITA

Jom hadiahkan buku cerita buat kanak-kanak. Ia dijamin bermanfaat kerana di dalam buku cerita terkandung banyak pengajaran buat mereka.

Cuba cari buku cerita yang ‘rare’ dan menarik buat kanak-kanak.

Lagi ‘best’ kalau kita dapat hadiahkan buku cerita islamik sempena hari lahir mereka, pasti berkali-kali ganda lagi manfaatnya buat mereka.

GUNTING ‘ZIGZAG’

Jika kita tidak mempunyai modal yang besar, hadiahkan kanak-kanak dengan gunting ‘zigzag’ pun sudah cukup bermakna buat mereka.

Kanak-kanak pasti berasa gembira dengan hadiah hari lahir tersebut kerana dapat menggunakannya untuk membuat tugasan seni dan kraf mahupun tugasan-tugasan lain.

TABUNG

Terdapat pelbagai ‘design’ tabung yang comel dan menarik dijual dengan harga yang berpatutan di pasaran.

Dengan menghadiahkan tabung buat kanak-kanak sempena hari lahir mereka, ianya pasti berguna untuk memupuk amalan menabung dalam diri mereka.

SET PERMAINAN MENGUJI MINDA

Kita boleh juga berikan set permainan yang menguji minda sebagai hadiah hari lahir kanak-kanak.

Antaranya adalah seperti set permainan catur, Sahibba, Saidina, dan sebagainya.

Dengan hadiah set permainan sebegini, kanak-kanak bukan sahaja dapat bermain dengan gembira malah ianya turut mengasah ketajaman minda mereka.

RADIO AL-QURAN

Antara hadiah yang ‘rare’ buat kanak-kanak sempena hari lahir mereka adalah Radio Al-Quran.

Pengisiannya bukan sekadar ayat-ayat suci Al-Quran sahaja, malah ia turut memuatkan zikir, lagu-lagu nasyid, pelbagai doa, ceramah agama, dan ceramah motivasi yang semestinya bermanfaat buat kanak-kanak.

Jika kanak-kanak cermat menggunakannya, ia pasti tahan lama dan dapat digunakan sehingga mereka dewasa kelak.

KITAB AL-QURAN / TERJEMAHAN AL-QURAN

Hadiah hari lahir paling istimewa dan terbaik yang boleh diberikan kepada kanak-kanak adalah Kitab Al-Quran atau Terjemahan Al-Quran.

In sha Allah, Kitab Al-Quran atau Terjemahan Al-Quran ini akan dìgunakan oleh mereka setiap hari sepanjang kehidupan mereka.

Mudah-mudahan, dengan memberikan hadiah ini buat mereka, kita akan turut beroleh pahala sebagai bekalan untuk dibawa ke akhirat kelak.

Unik dan menarik 6 cadangan hadiah hari lahir untuk kanak-kanak ini, bukan?

Jadi selepas ini, bolehlah kita berikan kanak-kanak dengan mana-mana hadiah seperti dalam senarai di atas sempena sambutan hari lahir mereka.

Jom sebarkan manfaat buat kanak-kanak dengan memberi hadiah yang terbaik buat mereka.

Suzyhoney


Spread the love

One Comment

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!