5 Tips Ringkas Untuk Berhijrah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dosa itu buat jiwa terhimpit. Selalu dikejar rasa bersalah. Sesak nafas. Sakit. Menderita. Tapi bila dah taubat sungguh-sungguh, maka itulah ‘ubat’ terbaik. Hijrahlah. Taubatlah. Lagi dan lagi. Walau hijrah itu akan buat kita jadi susah payah. Korban banyak benda. Tapi dengan hijrah dari kegelapan, kita berusaha keluar dari terowong gelap.

Jom kita tengok 5 cara mudah untuk berhijrah.

1. NIAT

Hijrah seharusnya dimulakan dengan niat yang ikhlas dalam mengharapkan keredhaan Allah. Perubahan diri yang disertakan niat pasti mendapat pertolongan. Ingatlah, jika anda melakukan hijrah tapi menunjuk-nunjuk pasti mengundang padah malah tidak kekal lama kebaikan yang diterima tu.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

2. MATLAMAT

Matlamat yang ditetapkan itu perlulah relevan dan mampu untuk dicapai. Jangan meletakkan matlamat sukar dijangkau dalam tempoh yang singkat. Mulakan dalam usaha yang mudah.

3. BUANG ANGGAPAN SALAH

Selama ini anda mungkin mempunyai persepsi yang salah terhadap diri anda dan kehidupan. Mungkin anda pernah beranggapan, golongan baik baik saja yang mampu memperoleh kemanisan iman sedangkan anda tidak. Buang jauh-jauh perasaan nagatif itu yang boleh mencacatkan semangat anda untuk melakukan penghirahan.

4. BANYAKKAN BACA KISAH ORANG BERJAYA

Bagi remaja yang ingin bertudung contohnya, bacalah buku-buku di pasaran mengenai bagaimana akhirnya wanita berkenaan mendapat hidayah untuk tampil bertudung dan menutup aurat . Banyak bahan bacaan yang mendorong kita untuk berubah . Itulah kuasa Hijrah .

5. PEDULIKAN KATA ORANG

Untuk berhijrah memang memerlukan pengorbanan. Orang akan melihat sebarang perubahan diri yang dilakukan. Pasti ada yang memuji malah ada yang mengeji. Apa yang penting itulah rencah dan dugaan hidup yang perlu anda lalui. Jangan berkecil hati dan kuatkan semangat.

Buang semua benda dan kenangan masa jahiliah dulu. Banyakkan istighfar untuk sucikan hati. Semoga kita semua dapat berhijrah ke arah yang lebih baik. Insyallah.

3 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!

Think Quran