Makruh Menahan Kencing Dalam Solat

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Adakah sah solat yang saya tunaikan dalam keadaan menahan kencing?

Solat yang ditunaikan sah, tetapi makruh hukumnya kerana ia dapat menghilangkan kekhusyukan dalam solat.

Telah diriwayatkan satu hadis daripada Aisyah R.anha, Rasulullah SAW bersabda:

لَا صَلَاةَ بِحَضْرَةِ طَعَامٍ وَلَا وَهُوَ يُدَافِعُهُ الْأَخْبَثَانِ


Maksudnya: “Tidak ada solat ketika hadirnya makanan, dan tidak ada solat juga dalam keadaan seseorang itu menahan diri daripada membuang air kecil dan besar.”

Membuang air kecil dan besar merupakan hajat yang perlu diselesaikan dengan segera tanpa perlu ditangguhkan, solat dalam keadaan menahannya akan merosakkan solat itu sendiri yang mungkin akan menyebabkan rukun-rukun qauli dan fi’li tidak dapat dilaksanakan dalam keadaan sempurna.

Berkemungkinan juga disebabkan dia menahan, akan menyebabkan najis tersebut terkeluar sedikit dan mengenai pakaiannya.

Dengan menahan kencing dalam solat juga berkemungkinan besar hati seseorang berada dalam keadaan gelisah, tidak tenang dan akan berfikir perkara yang bukan bukan seperti perasaan tidak senang terhadap imam yang membaca surah panjang.

Terdapat juga hadis yang diriwayatkan daripada Abu Umamah RA,

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى أَنْ يُصَلِّيَ الرَّجُلُ وَهُوَ حَاقِنٌ


Maksudnya: Rasulullah SAW melarang seseorang lelaki solat dan dia dalam keadaan haqin (حَاقِن).

Riwayat Ibn Majah (617), dan Ahmad (21648).

Syeikh al-Sindi menyebutkan, “Perkataan haqin (حَاقِن) bermaksud menahan diri daripada kencing dan buang air besar.”

Kesimpulannya, solat dalam keadaan menahan diri daripada membuang air kecil dan besar, solatnya sah tetapi hukumnya makruh.

Jangan lupa untuk amalkan pemakanan yang sihat seperti Kunyit Hitam

Wallahua’alam. Dah baca jangan lupa klik share 🙂

sumber : muftiWP

10 Comments

  1. Betul tu , ramai yg tahan kencing sebab malas nak ambik wuduk lain .

    Sebelum solat tu , kita mestilah bersihkan diri dulu dari segala kotoran supaya kita dapt solat dengan sempurna .

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!