Assalamualaikum dan salam sejahtera. Melihat cuaca di luar sekarang sepertinya tidak menentu. Baru-baru ini di Malaysia, cuaca agak meningkat dengan keadaan yang sedikit panas. Ada cuaca secara normalnya kita tahu sebagai perubahan suhu biasa. Namun, ada juga yang mengatakan sesetengah pihak dapat ‘mengawal’ cuaca.
Dengan kecanggihan teknologi bertahun-tahun dahulu, manusia membuat sesuatu yang adakalanya di luar dugaan dan pengetahuan ramai orang. Mereka dikatakan dapat menghasilkan awan jadian, hujan, banjir, gempabumi, tsunami mahupun puting beliung.
Beberapa kejadian yang aneh beberapa bulan yang lalu, memberikan 1001 tanda tanya apakah semua kejadian yang sering dilihat di langit adalah angkara teknologi manusia? Contohnya Cloud roll, gempa bumi Taiwan, kereta terapung di China, bebola api di Peru dan beberapa lagi kejadian yang jarang berlaku di dunia.
Mesin mengawal cuaca
Nampak seperti mengarut tetapi ada dokumentasi yang menyokong perkara itu berlaku. Anda boleh membuat carian Geo-engineering dan meneroka pelbagai lagi maklumat dan video berkaitan. Begitu juga dengan microwave transmission.
Kita semua tahu dan memahami bahawa penghantaran gelombang mikro yang dihasilkan boleh memanaskan secawan air atau makanan sejukbeku. Apa yang paling tidak tahu adalah transmisi gelombang mikro yang kuat memantul ke atmosfera dan diarahkan kembali ke bumi, maka ia akan menjadi sesuatu yang boleh dirancang.
Dalam permainan video Red Alert juga telah lama ada perkara berkaitan ini. Bagi negara alliance, ada Weather storm dan chronosphere dan bagi soviet ada Nuclear weapon dan Yuri. Kesemua ini ada kaitan dengan Projek Blue Beam dan HAARP.
Apa itu HAARP?
“High-frequency Active Auroral Research Program” (HAARP) yang sudah bermula pada tahun 90-an lagi adalah pemancar berkuasa tinggi dan berkuasa tinggi di dunia untuk kajian ionosfera. Program HAARP berkomitmen untuk membangun kemudahan penyelidikan ionosfer bertaraf dunia yang terdiri daripada :
- Instrumen Penyelidikan Ionosferik (IRI), kemudahan pemancar kuasa tinggi yang beroperasi dalam lingkungan Frekuensi Tinggi. IRI boleh digunakan untuk sementara merangsang kawasan ionosfera terhad untuk kajian saintifik.
- Satu instrumen saintifik atau diagnostik yang canggih yang boleh digunakan untuk mengamati proses fizikal yang berlaku di sesuatu kawasan.
- Pemerhatian proses yang terhasil daripada penggunaan IRI dengan cara yang terkawal akan membolehkan saintis memahami proses yang berterusan di bawah rangsangan semulajadi matahari.
Mungkin sebelum ini ada yang hanya mendengar tentang Rahsia Diego Garcia dan Large Hadron Collider di Switzerland. Namun diberitakan ada beberapa lokasi di dunia yang mempunyai fasiliti pemancar kuasa tinggi ini iaitu :
1) MU Radar di Japan
2) Arecibo Observatory di Puerto Rico
3) HIPAS di Fairbanks, Alaska
4) Sura di Russia
5) HAARP di Gakona, Alaska
6) EISCAT di Norway Utara
Apa itu Projek Blue Beam?
Menurut Serge Monast, projek empat langkah yang dirancang oleh NASA dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan membenarkan organisasi-organisasi ini untuk mencapai apa yang diyakini sebagai matlamat utama mereka untuk mewujudkan New Age Religion yang diketuai oleh Dajjal untuk memulakan pemerintahan era New World Order.
NASA akan melaksanakan Projek Blue Beam, dengan sistem kawalan fikiran lanjutan serta teknologi rahsia untuk menipu semua orang. Mungkin ada yang mengatakan semua ini gila tetapi sedikit demi sedikit sebenarnya telah keluar di bumi kita tentang perkara yang berlaku. Konspirasi akhir zaman ini telah bermula sejak dulu lagi tentang menguasai pemikiran manusia.
“Such rays from satellites are fed from the memories of computers that have stored massive data about every human on earth, and their languages. The rays will then interlace with their natural thinking to form what we call diffuse artificial thought.” -Serge Monast-
Empat langkah utama Projek Blue Beam
Langkah pertama, Projek Blue Beam akan melibatkan pembuatan gempabumi yang dibuat secara buatan di lokasi strategik di seluruh dunia.
Langkah kedua, akan melibatkan “pertunjukan ruang raksasa” hologram optik tiga dimensi, serta unjuran laser gambar holografik dipancarkan ke langit. Imej-imej Jesus, Nabi Muhammad, Buddha, Krishna, dan lain-lain, akan bergabung menjadi satu.
Seterusnya, langkah ketiga adalah di mana kawalan minda akan menjadi peringkat pertengahan. Peranti komunikasi telefon akan menghantar gelombang untuk mencapai setiap orang dalam fikiran mereka sendiri. Ini yang membahayakan kerana ia meyakinkan manusia bahawa tuhan mereka berbicara kepada mereka.
Akhirnya, langkah keempat Projek Blue Beam akan menggunakan pelbagai teknologi untuk meyakinkan orang bahawa serangan-serangan makhluk asing dan sehingga memudahkan kuasa-kuasa yang dapat menguasai manusia yang menakutkan.
Ikat isteri dan anak di rumah
Sudah pasti ramai yang masih kurang percaya dan ramai juga yang sedang memperkatakan perkara tentang HAARP dan projek Blue Beam ini sekian lama. Rata-rata hanya melihat tanpa mengkaji apa yang sedang berlaku di depan mata. Teknologi terdahulu amat canggih dan di bawa pada zaman ini sedang menghasilkan sesuatu yang kadangkala di luar kotak pemikiran kita.
Kita juga seharusnya berwaspada dengan munculnya Dajjal yang merupakan fitnah besar paling dahsyat di akhir zaman. Betapa dahsyatnya fitnah dajjal itu sehingga kita disuruh ikat isteri dan anak-anak di rumah bagi mengelakkan berjumpa dengan dajjal.
Tertulis tentang kemarau dalam 3 tahun berperingkat pada waktu itu. Sedangkan kawalan cuaca pun mereka boleh buat, apatah lagi untuk menghasilkan ‘kemarau jadian’ bagi sesuatu tempat. Ini boleh jadi berkaitan dengan kehadiran dajjal yang menawarkan air atau api kepada manusia dan menyuruh mengakuinya sebagai Tuhan. Apabila mereka mengakui tuhan, maka tempat itu menjadi subur tetapi apabila iman kekal di dada, tempat itu menjadi kering kontang.
Apakah kita sudah bersedia dengan semua ini?
32 Comments
saya selalu juga baca tentang konspirasi dunia ni.. seronok jugak. tapi entah betul entah tidak.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Fakta Menarik Filem Aquaman
Teori konspirasi je nie. Its easier for all of you not to judge others as others doesn’t even judge you.
You call others follower of Dajjal. Dont judge others. Do your own thing.
Every single person can have their opinion just like you. Why not you write one and share with us.
memang dah lama projek nak ‘jadi tuhan’ oleh barat ni…banyak video bukti di alaska bunyian pelik huhu
Curahan rasa Belang Tarung @ ..Cara Kenal Pasti Perbezaan Jam Casio G-Shock Original dan Fake
Antara teknologi yang menimbulkan pelbagai konspirasi ni lebih-lebih lagi dah sampai ke akhir zaman , banyak keburukkan dari kebaikkannya
Curahan rasa Wan Zawawi @ ..Bangun Bangkit Dunia Berbeza
Projek ini nampak nak menguasai dunia, tapi akhirnya ia akan memusnahkan manusia itu sendiri.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29
masih lagi ragu ragu sama ada teknologi mcm ni sebenarnya membantu ataupun lebih mmbawa kepada bencana
Curahan rasa nikkhazami @ ..Beli Topup Prepaid Online di Lazada
Kita anggapnya sebagai teknologi…hakikat ini adalah tanda-tanda kemusnahan alam. Kerosakan yang berlaku lautan dan daratan adalah kerana ‘kejahatan’ tangan-tangan manusia itu sendiri.
Curahan rasa ahmadyani @ ..The Loaf Hentikan Operasi Perniagaan Selepas 12 tahun Beroperasi
Dunia akhir zaman macam macam manusia penyembah dajal lakukan. Tapi akhirnya kuasa Allah akan menang juga. Semua berlaku dengan izin yang maha esa
Curahan rasa Ibu Zaid @ ..Tempat menarik di Selangor Waktu Malam & Siang? Wow, Cantiknya 20 Lokasi Ini!
Macam-macam konspirasi diorang sekarang ini. Sebab itulah penting ilmu untuk semua manusia.
Curahan rasa daddydee @ ..Takeo Kikuchi x G-Shock DW-5600
Allahu Akbar.. Konspirasi alam pon blh trjadi. Bila dah akhir zaman. Byk petanda akan munculnya dajjal
Curahan rasa Kauthar mohd @ ..4 Cara Turunkan Paras Asid Urik Dalam Badan. Mencegah Anda Dari Penyakit Gout
benda tak mustahil berlaku bila dah nak akhir zaman nih.
terlalu banyak petanda dan petunjuk yang dah wujud.
so, berimanlah selalu.
Curahan rasa titan @ ..Speech Theraphy One Two Three
Akhir akhir ni dah banyak konspirasi yang dibongkar, termasuklah Facebook yang mendedahkan maklumat pengguna kepada pihak ketiga.
Lepas ni pendedahan senjata apa pulak kita tak tahu.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Temuduga Penolong Pegawai Siasatan
Turunnya dajjal antara tanda menjelang hampirnya kiamat. Peristiwa dajjal tidak dapat diketahui manusia melainkan dengan wahyu. Namun, terdapat manusia sering mengingkari wahyu dan menjulang sains dan teknologi semata. Walhal sains dan wahyu perlu diharmonikan dengan ijtihad terkini.
Curahan rasa Harapan Manir @ ..Faedah Rakyat DUN Manir Menerusi Teras Utama Buku Harapan
Saya peminat game strategi Red Alert 2, selalu guna senjata Chronosphere, nampak hebat tapi agak kejam sebab ramai manusia yang terbunuh.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Temuduga Penolong Pegawai Siasatan
Betul kan bro… kalau weather storm controller tu pun setel clear tempat musuh. Yuri pulak control minda.
Curahan rasa KiD @ ..Majlis Pra-Pelancaran MAHA2018 #SegalanyaWanita
Betul, rasa rindu nak main game Red Alert macam dulu, tapi kalau main boleh cecah 3 – 4 jam baru afdhal hehe.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Temuduga Penolong Pegawai Siasatan
Weather controller tu boleh lumpuhkan radar dan sistem spy satellite pihak allied dan soviet. Boleh lancarkan serangan mengejut masa ni
Curahan rasa nasa azman @ ..Mengapa Harga Rumah Yang Berbeza Walaupun Saiz Dan Bentuknya Sama?
Dalam teknologi zaman sekarang tiada yang mustahil. Semuanya sudah dirancang sedemikian rupa agar kita umat Islam terpengaruh dengan minda yang boleh dijajah oleh kuasa Dajjal sehingga lalai.
Curahan rasa Kamil Salleh @ ..PRU14: Menang Bendera Kalah Pilihan Raya
Dahsyat artikel ini..
memang itu agenda Dajjal untuk menyakinkan dia adalah ‘Tuhan’
dia seolah-olah berkuasa sedangkan apa dilakukan adalah hasil penemuan teknologi yang amat canggih..
Fitnah Dajjal adalah fitnah yang paling besar dalam menyesatkan akidah orang Islam
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cara Mudah Memahami Hukum Tarikan Yang Terbukti Wujud
Penuh informasi. Baca pula di pagi Jumaat. Terasah sikit minda ni. Terima kasih.
Curahan rasa NORADYANI BINTI AB RAHMAN @ ..7 MANFAAT MINYAK IKAN UNTUK IBU HAMIL
Salam jumaat dari Mama kepada pembaca blog ini, ada dengar dari perkongsian ustaz auni di youtube tentang perkara ni.
Memang dah maklum sekarang ni di ambang keluarnya dajjal.
Curahan rasa Mama Hakim @ ..Pencuci Muka Safi? Ini 18 Pembersih Wajah Untuk Kulit Berbeza! Anda Suka Yang Mana
Ustaz Auni tu pun salah satu dari yang banyak mengongsikan pelbagai kisah yang ramai orang tidak tahu
Curahan rasa KiD @ ..Empire Assam Pedas merecik jang!
Masih ingat lagi beberapa bulan lepas beliau terpalit dengan kontroversi. Maznee dengar dan pertimbangkan apa yang di kongsi. Kena banyak berfikiran kritis
Curahan rasa Mazni Azmi @ ..Kelengkapan bersalin ibu dan anak? Ini senarai barang WAJIB bawa ke hospital!
Comments are closed.