Assalamualaikum dan salam sejahtera, Aku sekolah rendah di sekolah kebangsaan Kg Awat, Batu Anam, Segamat. Satu hari pada tahun 1980 tu Cikgu Robiani (Guru Kelas) tetiba datang rumah aku. Kami tinggal di rumah yang kecil dalam kebun getah yang jauh daripada kampung. Cikgu datang bawak borang masuk Sekolah Menengah Sains Johor.
Bersungguh-sungguh cikgu cuba meyakinkan emak bapak aku supaya pastikan aku terima tawaran masuk asrama. Emak dan abah, bukan orang terpelajar sekolah rendah pun tak habis, sekadar mengikut aje. Aku sendiri tak pernah terbayang apa itu kehidupan asrama jadi tak pernah rasa apa-apa. Perasaan keseorang, sedih dan rindu pada keluarga mula menerpa setelah ditinggalkan sendirian bawah pohon kayu di depan sekolah pada hari pertama. Lambaian keluarga yang semakin jauh dan tidak kelihatan ketika ditinggalkan itulah perasaan pertama kenal erti tinggal di asrama.
Itu 36 tahun yang lalu dan kehidupan aku dan keluarga aku sudah jauh berubah, daripada sebuah keluarga paling miskin dalam kampung sehingga hari ini segala sudah berbeza. Pasti perubahan dengan izin ALLAH juga detik paling penting apabila cikgu Robiani berjaya meyakinkan emak dan abah. Pergorbanan perpisahan bukan kepalang tetapi memberi hikmah sangat besar. Dorongan Cikgu sentiasa menjadi azimat tersimpan dalam hati sehingga kini.
Kepada cikgu Robiani yang pernah mengoyak surat kegagalan aku masuk ke MRSM sebelum itu, aku tak pernah mengucapkan terima kasih atas jasa besar mu. Cikgu Robiani adalah antara orang penting yang telah mengubah kehidupan kami. Setelah cikgu berpindah ke Melaka kita lansung terputus hubungan. Semuga cikgu sihat dan jasa cikgu tidak pernah kami lupakan.
Selamat hari guru untuk semua cikgu-cikgu yg pernah mengajar dari sekolah rendah, SMSJ, sekolah agama, KPP, Matrikulasi, UKM, Universiti kehidupan, Guru-guru agama, Guru-guru bisnis, Guru-guru online, Guru-guru sosial media, Guru-guru investment, Guru-guru property, Guru-guru public speaking, Guru-guru networking, Sifu, Mentor dan semua yang pernah mengajar walaupun hanya menunjukkan akhlak. Juga semua Guru-guru yg telah mengajar anak bangsa. Anda semua terbaik! Hanya Tuhan sahaja mampu membalas jasa kalian.
Jutaan Terima kasih Guru yang telah mengubah hidup ku. Sahabat-sahabat pasti juga ada kisahnya dengan guru yang istimewa jom kongsikan dengan kami.
130 Comments
guru memang pekerjaan termulia kedua setelah nabi,,dan saya bangga bisa jadi guru
jasa guru memanglah banyak untuk kita……..itulah pahlawan tanpa tanda jasa
Curahan rasa imam @ ..Cara Menghilangkan jerawat dengan madu
Selamat Hari Guru buat semua guur di Malaysia
Dan tak lupa juga kepada rakan-rakan blogger yang bergelar guru 🙂
Curahan rasa Wan Zawawi @ ..Ingin Belajar Forex Secara PERCUMA?
Jasa dan pengorbanan guru tak dapat di balas. Moga Allah merahmati para guru
Curahan rasa Ani Haryani @ ..Tips Turunkan Kolestrol
Jasa dan pengorbanan guru itu pastinya memberi banyak pengajaran kepada kita
semoga Allah merahmati semua guru-guru kita, tak kiralah cikgu sekolah tadika, sampailah orang yang memberi tunjuk ajar walaupun bukan berstatus guru 😉
Curahan rasa siti hazreen @ ..Cikgu, Betul Tak Keputusan Saya Ni?
Ye… betul tu. Guru itu bukanlah sekadar status rasmi, tetapi ianya kekal sepanjang hayat.
Curahan rasa yangbaik @ ..#Ananasgoodmood Shawls Giveaway
Jasa, ilmu dan dicurahkan oleh guru-guru kepada murid tidak ternilai. Semoga Allah membalasi mereka dengan kebaikan yang berganda.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Cara Buat Duit Duduk Di Kampung
bagaimana kita hendak menilai jasa dan ilmu yang dicurahkan guru kita… kerana mereka terlebih dahulu melalui asam garam kehidupan dan ilmu yang lebih tinggi dari kita..
Curahan rasa yangbaik @ ..Dunia ini tempat berlumba
guru sekarang macam dalam penjara utk memberi pengajaran kepada anak murid apa tidaknya..cubit sikit viral repot polis…lagi la naik kepala budak..teehee
Curahan rasa Belang Tarung @ ..Kenapa Siput Babi Dalam Whatsapp Ke Kanan Bukan Ke Kiri
Kasihan kat cikgu sekarang. Tak boleh marah kat murid. Apa nak jadi dengan generasi kita akan datang. Tak boleh di sentuh.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Cara Buat Duit Duduk Di Kampung
mungkin ada yang serik bila guru tak boleh kawal marah sampai pukul anak orang kuat2
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Seindah Takdir Cinta Tv3
Bertabahlah aduhai guru. Apa pun jua situasi, pengorbanan seorang guru pastinya memberi manfaat kepada anak muridnya.
Curahan rasa yangbaik @ ..Terhempas lagi
betapa mulianya tugas seorang guru. Selamat Hari Guru buat semua insan yg bergelar guru.
Curahan rasa jida @ ..Tips Berguna Bagaimana Nak Urus Anak Sambil Berniaga Online ?
Tunjuk ajar yang diberikan oleh semua guru amat tinggi nilainya. Hanya mampu melafazkan Terima kasih cikgu.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Cara Buat Duit Duduk Di Kampung
Sungguh mulai seorang guru itu hinggakan ilmu yang dicurahkan tidak dapat kita balas… melainkan dengan mengikut apa yang diajarnya.
Curahan rasa yangbaik @ ..Antara yang dicintai dan disukai
Sungguh mulia insan yang bergelar guru. Walaupun dan pencen atau pun dah tak ada. Orang ramai maih panggil mereka cikgu lagi. Jika kerja-kerja lain. Jarang dah kita jumpa orang panggil nama di depan cikgu kan.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Kerja Sambilan Dari Rumah Tanpa Modal
Banyak jasa guru kepada kita semua. Tanpa guru siapalah kita ni kan. Terima kasih cikgu.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Cara Didik Anak Jadi Insan Mulia
Hormat pada cikgu walaupun masa sekolah dulu buku melayang jauh singgah ke badan sebab sempat berburak dengan kawan sebelah. Kawan tu pulak dahi kena tunjil dengan kapur papan hitam.
Curahan rasa rahimah majid @ ..Bagaimana Menaiki Keretapi Laju Di Jepun ?
haha..macam-macam kerenah zaman sekolah. Semuanya kita rasa bila kenang balik kisah zaman sekolah kan.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Kerja Sambilan Dari Rumah Tanpa Modal
Selalukah tuan balik ke Kg.Awat Bt
Anam lagi?Bila mahu ke Kg.Awat mesti lalu di estate Gomali.:)
Sungguh besar peranan guru, penglibatan bukan hanya untuk pendidikan anak-anak, bahkan menjadi penunjuk arah buat ibu bapa. Selamat hari guru.
Curahan rasa Nurolhuda @ ..Sambutan Hari Guru 2016
Ibu bapa juga adalah guru. Guru pertama kepada anak anak.
ibu bapa role model pertama. apa yg parents buat, anak2 akan tiru. sebab tu parents pun kena jaga kelakuan
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Seindah Takdir Cinta Tv3
Guru dah jadi ibu bapa kedua kepada pelajar. Terima kasih buat semua cikgu kita.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Kerja Sambilan Dari Rumah Tanpa Modal
budi cikgu memang tak terkira kan? ilmu, masa tenaga tentunya tak boleh dibalas dengan wang ringgit 😉
Curahan rasa siti hazreen @ ..Program Ijazah Sarjana Muda Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Sepenuh Masa 2016
Jika nak kira-kira balik cikgu atau guru yang mengajar kita dari tadika, sekolah,universiti memang ramaikan? Terima kasih cikgu.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Kerja Sambilan Dari Rumah Tanpa Modal
Kena buat perhimpunan Hari Guru Sepanjang Hayat Ni Nampaknya. Kumpulkan semua guru guru kita.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Kesakitan Akibat Suntikan Epidural Masih Terasa? Ini Dapat Membantu!
Comments are closed.