Assalamualaikum dan salam sejahtera, Aku sekolah rendah di sekolah kebangsaan Kg Awat, Batu Anam, Segamat. Satu hari pada tahun 1980 tu Cikgu Robiani (Guru Kelas) tetiba datang rumah aku. Kami tinggal di rumah yang kecil dalam kebun getah yang jauh daripada kampung. Cikgu datang bawak borang masuk Sekolah Menengah Sains Johor.
Bersungguh-sungguh cikgu cuba meyakinkan emak bapak aku supaya pastikan aku terima tawaran masuk asrama. Emak dan abah, bukan orang terpelajar sekolah rendah pun tak habis, sekadar mengikut aje. Aku sendiri tak pernah terbayang apa itu kehidupan asrama jadi tak pernah rasa apa-apa. Perasaan keseorang, sedih dan rindu pada keluarga mula menerpa setelah ditinggalkan sendirian bawah pohon kayu di depan sekolah pada hari pertama. Lambaian keluarga yang semakin jauh dan tidak kelihatan ketika ditinggalkan itulah perasaan pertama kenal erti tinggal di asrama.
Itu 36 tahun yang lalu dan kehidupan aku dan keluarga aku sudah jauh berubah, daripada sebuah keluarga paling miskin dalam kampung sehingga hari ini segala sudah berbeza. Pasti perubahan dengan izin ALLAH juga detik paling penting apabila cikgu Robiani berjaya meyakinkan emak dan abah. Pergorbanan perpisahan bukan kepalang tetapi memberi hikmah sangat besar. Dorongan Cikgu sentiasa menjadi azimat tersimpan dalam hati sehingga kini.
Kepada cikgu Robiani yang pernah mengoyak surat kegagalan aku masuk ke MRSM sebelum itu, aku tak pernah mengucapkan terima kasih atas jasa besar mu. Cikgu Robiani adalah antara orang penting yang telah mengubah kehidupan kami. Setelah cikgu berpindah ke Melaka kita lansung terputus hubungan. Semuga cikgu sihat dan jasa cikgu tidak pernah kami lupakan.
Selamat hari guru untuk semua cikgu-cikgu yg pernah mengajar dari sekolah rendah, SMSJ, sekolah agama, KPP, Matrikulasi, UKM, Universiti kehidupan, Guru-guru agama, Guru-guru bisnis, Guru-guru online, Guru-guru sosial media, Guru-guru investment, Guru-guru property, Guru-guru public speaking, Guru-guru networking, Sifu, Mentor dan semua yang pernah mengajar walaupun hanya menunjukkan akhlak. Juga semua Guru-guru yg telah mengajar anak bangsa. Anda semua terbaik! Hanya Tuhan sahaja mampu membalas jasa kalian.
Jutaan Terima kasih Guru yang telah mengubah hidup ku. Sahabat-sahabat pasti juga ada kisahnya dengan guru yang istimewa jom kongsikan dengan kami.
130 Comments
Bila ingat zaman sekolah dan cikgu-cikgu yang baik. Boleh buat kita mengenang kembali zaman belajar di sekolah satu masa dulu.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Kerja Sambilan Dari Rumah Tanpa Modal
agak sedih jugak ni, terasa sebak sikit saya dengan entri ni.
Curahan rasa encikarman @ ..Cara nak guna tool Google Keyword Planner untuk promosi affiliate
Bila ingat jasa guru kepada kita memang banyak dan tak terbalas. Boleh jadi sedih juga.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Kerja Sambilan Dari Rumah Tanpa Modal
guru pertama saya adalah ibu saya, bapa saya. lepas tu baru jumpa cikgu by profesion. sehingga kini pun saya masih belajar, belajar dari anak2 pun ada juga. belajar jadi ibu yang terbaik
Curahan rasa Raihanah Ahmad @ ..Kolagen Bantu Pulihkan Ligamen Putus
Samalah kita… Bagi saya, sesiapa sahaja yang memberikan pendidikan kepada saya samada secara formal atau tidak formal mereka juga layak mendapat ucapan selamat Hari Guru…. Termasuk Tuan Denaihati sebagai Guru Besar Blogger Malaysia… 😉
Curahan rasa Anuar @ ..Hadiah Hari Guru 2016 : 20 Idea Ice Breaking Super (Ebook Percuma)
Ramai orang di sekeling kita jadi cikgu kita. Belajar setiap hari tanpa kenal erti putus asa.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Kerja Sambilan Dari Rumah Tanpa Modal
Pengalaman hidup juga adalah guru terbaik. Hakikatnya semua orang adalah guru secara tidak langsung.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Kesakitan Akibat Suntikan Epidural Masih Terasa? Ini Dapat Membantu!
Jasa guru-guru tidak terbalas rasanya. Jika jumpa cikgu-cikgu kita hari ni. Jangan lupa bertegur sapa pula.Mesti mereka suka bila tahu itu anak didik mereka suatu masa dulu.
Curahan rasa OhPanduan @ ..Pekerjaan Mudah Untuk Pelajar
Yurp… Jasa mereka perlu dikenang sehingga ke akhir hayat… Terutamanya guru yang mengajar kita membaca dan mengira…
Curahan rasa Anuar @ ..Hadiah Hari Guru 2016 : 20 Idea Ice Breaking Super (Ebook Percuma)
Walaupun ilmu yang kita perolehi daripada guru tadika yang mengajar kita mengira dan membaca tidaklah setinggi ilmu yang kita belajar semasa di Universiti….. Tetapi, ilmu tersebut sangat mahal harganya…
Curahan rasa Anuar @ ..Hadiah Hari Guru 2016 : 20 Idea Ice Breaking Super (Ebook Percuma)
Betul tu. Dari cikgu tadika kita kenal no dan huruf. dari situ juga kita datang semangat nak belajar jadi insan yang berguna.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Kerja Sambilan Dari Rumah Tanpa Modal
Cikgu pertama Mek ila namanya Jamaliah. Cikgu tadika. Orangnya sangat baik dan penyayang.
Pernah satu masa Mek il adapat hadiah buku mewarna. Mek ila bagitau cikgu, saya takde pensel warna cikgu.
Cikgu kata takpe,cikgu belikan 🙂
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Bantu Pulihkan Sopak Dengan Vitamin Shaklee
Baik betul cikgu akak. Beruntung ada cikgu macam tu. Macam cikgu saya juga. Kadang cikgu yang baik bagi hadiah kat anak murid dia pula.
Curahan rasa OhPanduan @ ..Pekerjaan Mudah Untuk Pelajar
Pergi ke kebun mencari setawar, Singgah sebentar di pohon redup, Jasamu guru tidak terbayar, Akan dikenang seumur hidup
Curahan rasa yangbaik @ ..Segmen Bersama Amirah Azman & Sponsor
Seronok baca pantun YB ni. Jasa guru tidak ternilai. Memberi ilmu tak pernah jemu.
Curahan rasa OhPanduan @ ..Pekerjaan Mudah Untuk Pelajar
Banyak sungguh jasa seorang guru. Inikan pula sepanjang kehidupan kita dah berpuluh-puluh bahkan mungkin mencapai ratusan guru yang telah memberi tunjukan ajar dan panduan. Semoga ilmu yang dicurahkan mendapat imbuhan yang setimpalnya dari Allah.
Amin. Betul tu. Semoga Allah SWT memberi ganaran yang besar atas tunjuk ajar yang diberikan kepada kita semua.
Curahan rasa OhPanduan @ ..Pekerjaan Mudah Untuk Pelajar
Jasa guru tidak ternilai. Memberi ilmu kepada anak bangsa. Tidak ada apa yang di harapkan sangat. Cuma ingin melihat anak didiknya berjaya dunia dan akhirat.
Curahan rasa OhPanduan @ ..Pekerjaan Mudah Untuk Pelajar
Bila tengok gambar lama Tuan DH. Teringat zaman-zaman sekolah dulu.Banyak kenangan manis.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Penjelasan Jobdirumah Bukan Skim Cepat Kaya
Besar betul jasa guru kepada kita. Kena selalu hormat garu, Dengar nasihat guru. Hidup boleh bahagia.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Penjelasan Jobdirumah Bukan Skim Cepat Kaya
Setakat meninggalkan baku persekolahan, dah ramai cikgu yang saya tidak berjumpa. Entah masih ada atau sudah tiada. Moga Allah cucuri rahmat ke atas semua guru-guru, baik di sekolah rendah dan juga sekolah menengah.
Curahan rasa TopSeoFriendly @ ..RF3 World Firmax3 Malaysia
Amin. semoga Allah SWT memberi kebaikan kepada guru-guru kita. Bayak jasa mereka kepada kita semua.
Curahan rasa OhPanduan @ ..Apakah 10 Rutin Pagi Yang Dilakukan Oleh Seorang Jutawan Akhirat?
Jasa dan pengorbanan guru tidak boleh dibalas dengan wang ringgi, sama juga seperti ibubapa kita yang tidak pernah jemu mendidik kita.
Curahan rasa TopSeoFriendly @ ..RF3 World Firmax3 Malaysia
Betul tu. Jasa guru dan ibu bapa kita tidak terbalas dalam usaha mendidik kita jadi insan yang berguna.
Curahan rasa OhPanduan @ ..Panduan Buat Duit Dengan Jobdirumah
Betul apa yang diperkatakan oleh Sifu Amir Denaihati. banyak cikgu yang boleh kita ucapkan seperti cikgu blog, cikgu marketing, cikgu facebook, cikgu motivasi dan sebagainya.
Curahan rasa TopSeoFriendly @ ..RF3 World Firmax3 Malaysia
Mek ila pula cikgu apa eh? Cikgu anak anak boleh je rasanya hihi.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Patent Pending Bukti Vivix Kekal Ekslusif Hanya di Shaklee
Selamat hari Guru buat Sifu Amir Denaihati yang sentiasa memberi tunjuk ajar berkaitan blog, bisnes dan segalanya kata-kata hikmah di media sosial terutama blog dan Facebook.
Curahan rasa TopSeoFriendly @ ..RF3 World Firmax3 Malaysia
Teriama kasih cikgu, thank you teacher. Itulah kata-kata yang selalu kita ucapkan ketika menjadi pelajar sewaktu bersekolah dahulu.
Curahan rasa TopSeoFriendly @ ..RF3 World Firmax3 Malaysia
Bagus menghargai jasa guru. Tanpa para guru siapalah kita hari ini. Terima kasih cikgu.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Penjelasan Jobdirumah Bukan Skim Cepat Kaya
Comments are closed.