GST realiti sebenar

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, sebelum ini aku ada menulis tentang GST dengan memasukkan informasi barangan dan khidmat yang kena GST dan yang tidak kena GST. Ada pembaca yang marah dengan entri “GST apa yang kena tax” sebab aku tak sempat nak terjemah ke bahasa Malaysia sehingga terkeluar perkataan anjing.

Aliran carta gst daripada pengllang kepada pengguna
Aliran carta gst daripada pengllang kepada pengguna

1/4/2015 hari pertama GST dilaksanakan berbagai kepeningan berlaku. Majoriti peniaga mengekalkan harga lama dan menambah 6% gst. Restoran mengenakan harga lama dan menambah tax perkhidmatan 10% selain 6% gst. Belian top up maxis juga dikenakan gst. Bagi kefahaman aku semua produk dengan harga lama sudah ada tax tersembunyi jadi dengan pengenalan gst harga produk mesti diturunkan dahulu sebelum mengenakan gst. Alasan penjual sebab mereka tidak turunkan harga kerana pembekal tidak mengurangkan harga bagaimana pulak mereka nak turunkan harga.

Resit GST yang betul
Resit produk dengan GST yang betul

Peniaga berebut-rebut untuk membebankan kadar gst kepada pengguna. Semua tahu barangann asas dan makanan tidak dikenakan GST tetapi tetap restoran dan kedai mamak mengenakan gst kepada pengguna atas jumlah keseluruhan. Adakah penjual buat-buat tak faham atau mereka sengaja nak untung lebih. Setakat ini kedengaran hanya MyDin dan IKEA yang setuju untuk menyerap GST. Bos Sempohosting tulis di FB juga tidak akan mengenakan GST kepada pelanggannya. Butik Penmerah di Bangi pun tidak kenakan GST pada pelanggannya. Tak dapat informasi lagi samada Abang Ensem akan kenakan GST atau tidak untuk training property beliau.

Sebahagian resit dengan GST dari rakan-rakan FB

Keliru juga baca resit MyDin yang kata serap GST
Keliru juga baca resit MyDin yang kata serap GST

gst top up

gst restoran

gst service kereta

gst mamak

Kepada yang memberi insyaa Allah perniagaan anda akan lebih maju dan untung. Kalau pun terpaksa kenakan gst biar yang betul bukan segaja nak mencari keuntungan. Ingat orang tamak selalu rugi. Tak kan surat khabar yang tak kena GST pun dikenakan GST, ni mesti kes tak baca senarai barangan yang dikecualikan GST.

Salah satu tujuan GST utk jadikan peniaga jujur kerana selama ini mereka berselindung disebalik harga tanpa tax. Hari pertama GST sudah kelihatan ramai peniaga yang tamak dan tidak jujur. Sebagai rakyat mari kita salurkan semua aduan kecelaruan charge GST kepada Kastam dan KPDNKK.


Spread the love

137 Comments

  1. Semalam temankan maid beli beg borong untuk keluarganya. Pandai juga pekedai ni, keluarkan resit biasa yang ada GST dengan alasan lambat kalau nak keluarkan resit berkomputer, Katanya kalau ambil resit berkomputer pun bukannya boleh claim kalau kita tak berdaftar dengan GST.

    Dengan kata lain dia hanya bayra GST pada kerajaan jika customer request resit berkomputer kalau yang tulis tangan, GST yang dipungut diambil sendiri.

    Sangat BIJAK!
    Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Selamat Datang Bulan Rejab Yang Penuh KeberkatanMy Profile

  2. Masa gst belum implement pon banyak peniaga dh naikkan harga barang. Gomen nk kontrol mcm mane kalau mcmtu? Asyik sroh pengguna boikot kedai mcmtu. Abis tu kalau kat kampung tu ada kedai tu je, macam mane nk boikot kedai tu? Kesian org2 kampung..
    Curahan rasa Mama Olin @ ..Air mempercepatkan proses KURUSMy Profile

  3. Kerajaan kena ada mekanisme lebih baik untuk bolehkan pemahaman jitu mengenai GST. Sepatutnya pemahaman ini dituju kepada pembekal dan pemborong serta peruncit. Mereka ini yang patutlebih dahulu faham perlaksanaan cukai ini… sbb mereka yang akan gunakan GST, bukan pengguna ..

    🙂
    Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Temuduga Latihan Separa PerubatanMy Profile

  4. Kebanyakkan kedai makan yang telah saya singgah dan makan selepas 1 April 2015 di Parit Buntar semuanya masih tidak kenakan GST. Begitu juga dengan beberapa kedai serbaneka, kedai elektronik, dan kedai cermin mata, masing-masing tidak kenakan GST.

    Sebenarnya ia bergantung kepada peniaga, GST ini kena faham betul2.. benda baru ramai yang akan keliru.
    Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Mahu Lulus Temuduga Latihan Separa Perubatan?My Profile

  5. Tahniah kepada kebodohan rakyat Malaysia yang mengundi kerajaaan rasuah.

    Dah takde duit, buatlah GST untuk curi duit rakyat. Sebab nak beli cincin Rosmahi , jet yang akan mampuskan Najis Razak.

    GST pada kadar 6% adalah tertinggi pada permulaan apabila Singapura hanya 3%.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!