Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, sebelum ini aku ada menulis tentang GST dengan memasukkan informasi barangan dan khidmat yang kena GST dan yang tidak kena GST. Ada pembaca yang marah dengan entri “GST apa yang kena tax” sebab aku tak sempat nak terjemah ke bahasa Malaysia sehingga terkeluar perkataan anjing.
1/4/2015 hari pertama GST dilaksanakan berbagai kepeningan berlaku. Majoriti peniaga mengekalkan harga lama dan menambah 6% gst. Restoran mengenakan harga lama dan menambah tax perkhidmatan 10% selain 6% gst. Belian top up maxis juga dikenakan gst. Bagi kefahaman aku semua produk dengan harga lama sudah ada tax tersembunyi jadi dengan pengenalan gst harga produk mesti diturunkan dahulu sebelum mengenakan gst. Alasan penjual sebab mereka tidak turunkan harga kerana pembekal tidak mengurangkan harga bagaimana pulak mereka nak turunkan harga.
Peniaga berebut-rebut untuk membebankan kadar gst kepada pengguna. Semua tahu barangann asas dan makanan tidak dikenakan GST tetapi tetap restoran dan kedai mamak mengenakan gst kepada pengguna atas jumlah keseluruhan. Adakah penjual buat-buat tak faham atau mereka sengaja nak untung lebih. Setakat ini kedengaran hanya MyDin dan IKEA yang setuju untuk menyerap GST. Bos Sempohosting tulis di FB juga tidak akan mengenakan GST kepada pelanggannya. Butik Penmerah di Bangi pun tidak kenakan GST pada pelanggannya. Tak dapat informasi lagi samada Abang Ensem akan kenakan GST atau tidak untuk training property beliau.
Sebahagian resit dengan GST dari rakan-rakan FB
Kepada yang memberi insyaa Allah perniagaan anda akan lebih maju dan untung. Kalau pun terpaksa kenakan gst biar yang betul bukan segaja nak mencari keuntungan. Ingat orang tamak selalu rugi. Tak kan surat khabar yang tak kena GST pun dikenakan GST, ni mesti kes tak baca senarai barangan yang dikecualikan GST.
Salah satu tujuan GST utk jadikan peniaga jujur kerana selama ini mereka berselindung disebalik harga tanpa tax. Hari pertama GST sudah kelihatan ramai peniaga yang tamak dan tidak jujur. Sebagai rakyat mari kita salurkan semua aduan kecelaruan charge GST kepada Kastam dan KPDNKK.
137 Comments
Kesian pengguna akhir terbeban dengan sifat tamak dan tidak amanah peniaga-peniaga kat Malaysia ini. Pengguna kena rajin ambil tahu hak kita sebagai pengguna.
Curahan rasa Mrs. A @ ..Kitiki Yang Pulang
Terima kasih atas maklumat yang diberi.
Kesudahan GST ini , akhirnya menjadi beban kepada pengguna.
Curahan rasa Sharimah @ ..Jom Exchange Klik Iklan Nuffnang by Cik Akak
Nampaknya caj perkhidmatan 10% untuk makan di restoran makanan segera masih ada lagi + extra 6% GST ke caj 10% tersebut. Ini belum termasuk 6% GST wajib. Ini lebih membebankan pengguna
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Kisah Sedih Bila GST Gagal Mansuhkan Cukai Perkhidmatan 10% tetapi Menambahkan Lagi 6% extra GST Ke Atas Cukai 10% Itu
Ini yang banyak berlaku tapi bukan di kedai makan je. Majoriti kedai lain pun naikkan harga seolah-olah sst tidak dimansuhkan dan ditambah lagi dengan gst..
Curahan rasa kerja sendiri @ ..Apakah pekerjaan yang paling baik?
Setelah beberapa hari berGST nih, memang terasa aa peningkatan harga. hurmm.. harap2 dapt aaa menghadapinya…
Curahan rasa SuperNifz @ ..Kenapa Sedekah, Infaq & Zakat itu Wajib?
sekarang iklan GST sudah mula berkurangan dimainkan, barangkali ada sebahagian fakta yang tak sama berlaku selepas GST dilancarkan.
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..Komisyen Affiliate Saya Yang Kelima Hingga Kelapan
dah masuk sepluh hari GST…dah hampir 70 ringgit diam2 sy dh byr GST utk keperluan rumah dan kerja.. 🙁
Curahan rasa Zul @ ..Kedai Sport Rim Murah
itulah pengorbanan rakyat Malaysia buat negara tercinta tuan..harap bersabar..
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Alahai GST Dah Terasa Bahangnya
memang tengah bersabar 🙁 suka xsuka kena hadap… apa boleh buat kita hanya rakyat biasa…
Curahan rasa Zul @ ..Belajar Bahasa Inggeris berkesan
saya rasa yang tu resit MYDIN, bukan MYMYDIN..
saya bukan menyokong, tp saya sedang mengkaji dan belajar tentang kelebihan dan kekurangan GST.
boleh terangkan sikit flow chart yg kt atas tu, saya kurg jelas la…
Pengguna kena celik dengan maklumat GST yang betul barulah kita boleh kenal pasti peniaga yang tamak dan ambil peluang atas kesusahan orang ramai..
Curahan rasa Sani Sini Sana @ ..Seminar MB2000 – Uji Idea Bisnes Anda Dalam Masa 48 Jam.
tadi pertama kali ke restoran mamak untuk membeli makanan, memang dah ada kedai yang caj GST untuk makanan.
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..Tips Temuduga Latihan Separa Perubatan Gred U29
Kedai makan kat Kota Kemuning ada yang kenakan GST vs jumlah keseluruhan makanan.. Sedangkan ada lauk pauk dan menu yang tiada dikenakan GST..bila dah bercampur memang susah juga peniaga nak kenakan charge GST atau tak..
Curahan rasa Sani Sini Sana @ ..Seminar MB2000 – Uji Idea Bisnes Anda Dalam Masa 48 Jam.
Masalah juga bila ada pihak yang mengambil kesempatan di atas pelaksanaan GST ini. Diharap teguran Tun M dan Tengku Razaleigh diberi perhatian. Semoga perkongsian ini dapat membantu.
boleh dikatakan setiap hari ada berita berkaitan GST.
yang terkini ialah isu topup dalam GST.
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..Tips Temuduga Latihan Separa Perubatan Gred U29
baru tadi saya membeli top up RM30..kini terpaksa bayar RM31.80
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Alahai GST Dah Terasa Bahangnya
Pada mulanya saya akui memang agak confuse juga DH,tapi saya ambil jalan untuk membaca dan membaca lebih lagi tentang GST ini,terima kasih atas perkongsian tentang GST ini DH..
Curahan rasa ohpilihanku @ ..NAHAS HELIKOPTER AHLI PARLIMEN ROMPIN TAN SRI DR JAMALUDDIN JARJIS DI SAHKAN TURUT TERKORBAN
Saya guna HP untuk BW malam ni nampaknya Blog Denaihati betul2 mesra mobile,terbaikk!!
Banyak perubahan saya lihat,dan sgt2 selesa lebih2 lagi untuk komen ia sangat mudah untuk submit komen 😉
Curahan rasa ohpilihanku @ ..KOLEKSI FOTO PERABOT YANG UNIK
Terima kasih di atas pencerahan. Info yang berguna. Terima Kasih.
Curahan rasa Arika WardrobeUmmi @ ..Pengumuman
Sebenarnya dalam kes GST ni, peniaga yang ambil kesempatan.. Yang merana ialah pengguna…
Curahan rasa ReeN @ ..Kehamilan Luar Rahim | Simptom dan Kesannya
Rata-rata peniaga belum menurunkan harga sebenarnya. hanya menambah 6% kepada harga sedia ada.
Curahan rasa halif @ ..Permainan Video paling nostalgic
Comments are closed.