GST realiti sebenar

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, sebelum ini aku ada menulis tentang GST dengan memasukkan informasi barangan dan khidmat yang kena GST dan yang tidak kena GST. Ada pembaca yang marah dengan entri “GST apa yang kena tax” sebab aku tak sempat nak terjemah ke bahasa Malaysia sehingga terkeluar perkataan anjing.

Aliran carta gst daripada pengllang kepada pengguna
Aliran carta gst daripada pengllang kepada pengguna

1/4/2015 hari pertama GST dilaksanakan berbagai kepeningan berlaku. Majoriti peniaga mengekalkan harga lama dan menambah 6% gst. Restoran mengenakan harga lama dan menambah tax perkhidmatan 10% selain 6% gst. Belian top up maxis juga dikenakan gst. Bagi kefahaman aku semua produk dengan harga lama sudah ada tax tersembunyi jadi dengan pengenalan gst harga produk mesti diturunkan dahulu sebelum mengenakan gst. Alasan penjual sebab mereka tidak turunkan harga kerana pembekal tidak mengurangkan harga bagaimana pulak mereka nak turunkan harga.

Resit GST yang betul
Resit produk dengan GST yang betul

Peniaga berebut-rebut untuk membebankan kadar gst kepada pengguna. Semua tahu barangann asas dan makanan tidak dikenakan GST tetapi tetap restoran dan kedai mamak mengenakan gst kepada pengguna atas jumlah keseluruhan. Adakah penjual buat-buat tak faham atau mereka sengaja nak untung lebih. Setakat ini kedengaran hanya MyDin dan IKEA yang setuju untuk menyerap GST. Bos Sempohosting tulis di FB juga tidak akan mengenakan GST kepada pelanggannya. Butik Penmerah di Bangi pun tidak kenakan GST pada pelanggannya. Tak dapat informasi lagi samada Abang Ensem akan kenakan GST atau tidak untuk training property beliau.

Sebahagian resit dengan GST dari rakan-rakan FB

Keliru juga baca resit MyDin yang kata serap GST
Keliru juga baca resit MyDin yang kata serap GST

gst top up

gst restoran

gst service kereta

gst mamak

Kepada yang memberi insyaa Allah perniagaan anda akan lebih maju dan untung. Kalau pun terpaksa kenakan gst biar yang betul bukan segaja nak mencari keuntungan. Ingat orang tamak selalu rugi. Tak kan surat khabar yang tak kena GST pun dikenakan GST, ni mesti kes tak baca senarai barangan yang dikecualikan GST.

Salah satu tujuan GST utk jadikan peniaga jujur kerana selama ini mereka berselindung disebalik harga tanpa tax. Hari pertama GST sudah kelihatan ramai peniaga yang tamak dan tidak jujur. Sebagai rakyat mari kita salurkan semua aduan kecelaruan charge GST kepada Kastam dan KPDNKK.


Spread the love

137 Comments

  1. Hurmm.. Tu la.. kadang2 keliru juga dengan GST.. Serabot woo.. Sebab bila tengok balik.. Ramai peniaga yang masih kurang paham. Ada yang baru nak tukar tanda harga. Ada juga yang silap kira kat sistem. Saya ada member yang buka kedai runcit. Dia cakap kalau nak di ikutkan memang agak menyusahkan. Tapi tengoklah nanti masa depan macam mana jadi.. Huhu..

  2. “Keliru juga baca resit MyDin yang kata serap GST”.
    ——————————————————————-
    Mydin memang dah serap GST.

    Jumlah harga sebenar barang yang dibeli ialah RM47.69.
    Dibundarkan jadi RM47.70.

    RM9.50 + RM3.20 + RM7.90 + RM0.59 + 6.25 + 7.20 + 4.35 + 8.70 = RM47.69.

    RM45.55 ialah harga selepas diskaun 6%.

    Jadi, bila GST 6% dikenakan dekat jumlah harga yang telah dikurangkan 6%,
    maka jumlah harga yang perlu dibayar tak berubah.

    Mydin terpaksa paparkan juga caj GST sebab dah jadi syarat wajib.

    🙂

  3. masih huru-hara dengan isu GST. info tak lengkap & ada yg berubah. ari tu kata topup tak kena GST. alih2 semalam kena pulak. ish…..harga juga makin meningkat. memang amat memeningkan isu GST ni.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!