Google PageRank 2011

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, baru-baru ni aku terima komen dari Yangbaikmasih lagi di PR2, dah setahun lebih tak naik2… cam ner?”. Ini bukan komen yang pertama blogger mengeloh PR blognya tidak berubah. Alhamdulillah blog ni masih kekal dengan PR4 tapi bukanlah bermakna aku orang yang mahir bab-bab PageRank ni. Untuk itu aku jemput AriffShah untuk cerita perkembangan terkini seputar Google PageRank 2011. Jom kita selongkar ilmu PageRank ni.

Sepanjang tahun 2010, Google seolah-olah tidak mengendahkan Pagerank meter yang diletakkan bersama di dalam Google toolbar. Banyak webmaster merungut tentang nilai Pagerank mereka yang masih menunjukkan angka 0 walaupun blog/laman web mereka telah lama disiapkan dan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Google. Baru-baru ini, seorang pekerja Google tampil memberikan penjelasan berkaitan hal ini dan perancangan mereka pada tahun 2011 untuk Google Pagerank di forum Webmaster Central. Antara perkara penting dalam penjelasan staf tersebut adalah:

  • Google masih lagi mengemaskini Pagerank secara dalaman, maksudnya link masih diberi Pagerank dan diberikan keutamaan berdasarkan lebih 200+ petunjuk lain untuk disenaraikan dalam Search result page. Blog & laman web  yang mengikut garis panduan SEO yang ditetapkan oleh Google dan tidak terlibat dengan masalah teknikal lain seperti malware akan menerima Pagerank yang sewajarnya dan dapat dilihat oleh mereka sahaja.
  • Downtime sesebuah laman web pada jangka masa yang terlalu lama akan menyebabkan kehilangan Pagerank serta merta. Ini pernah berlaku pada subdomain aku sendiri semasa pemindahan server, aku lupa untuk set semula subdomain tersebut. Selepas lebih kurang 3 hari, Pagerank untuk subdomain tersebut hilang. Rugi sebab subdomain tu tak ada backlinks langsung daripada mana-mana tapi masih lagi boleh dapat Pagerank 1.
  • Walaupun majoriti webmaster melaporkan tidak mendapat update untuk Pagerank mereka, ada sebilangan laman web masih lagi menerima Pagerank update pada tahun 2010.
  • Google menjanjikan Pagerank update secara besar-besaran untuk tahun 2011. Update akan berlaku seawal penghujung bulan Januari (selaras dengan jadual tahunan mereka update Pagerank).
  • Pagerank yang tinggi tidak menjamin kedudukan link pada muka pertama Google search kerana ia dipengaruhi oleh lebih daripada 200 petunjuk lain yang tidak diketahui umum.

Dalam artikel dari sumber lain pula berkata, patent Pagerank yang dipegang oleh Google secara eksklusif akan tamat tempoh pada tahun ini. Jadi sekiranya Google tidak memperbaharui patent tersebut sebagai pemegang eksklusif, kita mungkin akan dapat melihat Pagerank dari search engine lain seperti Yahoo & MSN. Patent Pagerank akan tamat pada tahun 2017, dan ini bermaksud mana-mana search engine akan boleh menggunakan Pagerank algorithm tanpa sebarang sekatan daripada sesiapa atau bayaran pada sesiapa.

Sumber: Webmaster Central: Opinion about PR updateineedhits Blog: Google PagerRank to be Phased Out

Keterangan PenulisEntri 7 Perkara Setiap Blogger Perlu Tahu adalah hasil karya Ariffshah yang merupakan seorang blogger yang sangat ngetop sekarang. Blog beliau  Ariffshah.com penuh dengan panduan dan tips yang dapat membantu teman-teman blogger baru dan lama berblogging.

[ad#nuffnang336]


Spread the love

213 Comments

    1. Ikut tips yg diberi n kerja ikut sistem yg google nak insyallah pasti naik PR dan pastikan juga template blog yg kita gunakan mesra SEO.

      1. Betul tu PR hanya angka, blog tetap terus berblog cuma dgn PR jadikan kita bermotivasi utk belajar teknikal berblog seperti yg ditetapkan oleh google. Itu pun ilmu juga.

  1. Memang mencabar hendak mendapat PR. Ada blog Alexa rank dan PR selalu tidak sama. Kalau Alexa rank tinggi masih boleh dapat PR yang baik

  2. Di jangkakan akhir JAN atau awal FEB 2011 akan ada update PR, tp utk blog aku sendiri, kalau tak silap akhir DEC 2010 ataupun awal JAN 2011 mcm tu lah ada perubahan PR kt blog aku. Skrng ni PR dah ok, dah stabil balik. Papepun tunggu jer lah nnti.. Mungkin akan ada update besar besaran kot.
    Curahan rasa Azuan @ ..Berita Sukan Terkini SEO ContestMy Profile

      1. A’ah, dulu PR5, tp akhir DEC 2010 dan awal JAN 2011 baru ni PR tu jatuh jadi PR4. Tp skrg alhamdulillah, Google bagi balik jadi PR5. Jd kalau ada org kata kekerapan update blog boleh meningkatkan PR agaknya susah nak boleh diterima kenyataan tu. Melainkan kekerapan update blog dapat meningkatkan rank alexa masih boleh diterima.
        Curahan rasa Azuan @ ..Berita Sukan Terkini SEO ContestMy Profile

  3. Salam,

    Tahniah masih kekal dgn PR4, blog saya masih lagi PR2 dah nak setahun ber PR2 ntah bilalah nak naik…ehehe

    Saya pun tak reti sangat bab-bab PR nie, kadang tips tu ada cuma xreti nk applykan 🙂

        1. sememangnya antara tips naik kan PR adalah perlu rajin komen di blog yg PRnya tinggi walaupun komen kita tidak dibalas atau owner tak visit back blog kita dan kedua letakkan link blog PR tinggi di blog kita walaupun tuan blog tersebut tidak letak link blog kita di blog nya.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!