Assalamualaikum dan salam 1Dunia, baru-baru ni aku terima komen dari Yangbaik “masih lagi di PR2, dah setahun lebih tak naik2… cam ner?”. Ini bukan komen yang pertama blogger mengeloh PR blognya tidak berubah. Alhamdulillah blog ni masih kekal dengan PR4 tapi bukanlah bermakna aku orang yang mahir bab-bab PageRank ni. Untuk itu aku jemput AriffShah untuk cerita perkembangan terkini seputar Google PageRank 2011. Jom kita selongkar ilmu PageRank ni.
Sepanjang tahun 2010, Google seolah-olah tidak mengendahkan Pagerank meter yang diletakkan bersama di dalam Google toolbar. Banyak webmaster merungut tentang nilai Pagerank mereka yang masih menunjukkan angka 0 walaupun blog/laman web mereka telah lama disiapkan dan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Google. Baru-baru ini, seorang pekerja Google tampil memberikan penjelasan berkaitan hal ini dan perancangan mereka pada tahun 2011 untuk Google Pagerank di forum Webmaster Central. Antara perkara penting dalam penjelasan staf tersebut adalah:
- Google masih lagi mengemaskini Pagerank secara dalaman, maksudnya link masih diberi Pagerank dan diberikan keutamaan berdasarkan lebih 200+ petunjuk lain untuk disenaraikan dalam Search result page. Blog & laman web yang mengikut garis panduan SEO yang ditetapkan oleh Google dan tidak terlibat dengan masalah teknikal lain seperti malware akan menerima Pagerank yang sewajarnya dan dapat dilihat oleh mereka sahaja.
- Downtime sesebuah laman web pada jangka masa yang terlalu lama akan menyebabkan kehilangan Pagerank serta merta. Ini pernah berlaku pada subdomain aku sendiri semasa pemindahan server, aku lupa untuk set semula subdomain tersebut. Selepas lebih kurang 3 hari, Pagerank untuk subdomain tersebut hilang. Rugi sebab subdomain tu tak ada backlinks langsung daripada mana-mana tapi masih lagi boleh dapat Pagerank 1.
- Walaupun majoriti webmaster melaporkan tidak mendapat update untuk Pagerank mereka, ada sebilangan laman web masih lagi menerima Pagerank update pada tahun 2010.
- Google menjanjikan Pagerank update secara besar-besaran untuk tahun 2011. Update akan berlaku seawal penghujung bulan Januari (selaras dengan jadual tahunan mereka update Pagerank).
- Pagerank yang tinggi tidak menjamin kedudukan link pada muka pertama Google search kerana ia dipengaruhi oleh lebih daripada 200 petunjuk lain yang tidak diketahui umum.
Dalam artikel dari sumber lain pula berkata, patent Pagerank yang dipegang oleh Google secara eksklusif akan tamat tempoh pada tahun ini. Jadi sekiranya Google tidak memperbaharui patent tersebut sebagai pemegang eksklusif, kita mungkin akan dapat melihat Pagerank dari search engine lain seperti Yahoo & MSN. Patent Pagerank akan tamat pada tahun 2017, dan ini bermaksud mana-mana search engine akan boleh menggunakan Pagerank algorithm tanpa sebarang sekatan daripada sesiapa atau bayaran pada sesiapa.
Sumber: Webmaster Central: Opinion about PR update & ineedhits Blog: Google PagerRank to be Phased Out
Keterangan Penulis : Entri 7 Perkara Setiap Blogger Perlu Tahu adalah hasil karya Ariffshah yang merupakan seorang blogger yang sangat ngetop sekarang. Blog beliau Ariffshah.com penuh dengan panduan dan tips yang dapat membantu teman-teman blogger baru dan lama berblogging.
[ad#nuffnang336]
213 Comments
2 blog aku dah turun pr..hampeh betul..tapi nak buat camner..dah bertahun aku tak update dan tak buat backlink..terime jelah..haha
Curahan rasa Maliq @ ..The Pleasures of Newport Beach Houses Harbor
Tak pe, tapi blog yang lain mesti dah naik kan..
kembalilah untuk mengupdatenya supaya bisa naik PR dalam waktu dekat.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Links for 2011-04-18 delicious
Moga PR ku segala naiikkk yaaa….
Manatahu next up naik PR tu.. Kita tunggu dah lihat saja.
pagerank oh pagerank..huhu
matdin harap backlink dari sini untuk naikkan pr blog matdin gak hehehe…
Curahan rasa matdin @ ..Laptop Padam sendiri Siapa Yang Tutup
Rasanya PR saya tu pun bapat sebab banyak backlink dari blog bro DH.
Curahan rasa Steward John @ ..Google Pagerank Update 2011
Terlebih blog saya juga bro…
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Surat Dari Putri Nurdin Halid
saya gak berharap apa2 dr google apalagi pagerank, yg penting blog ku dilepas dari sandbox google aja dah syukur
Curahan rasa Download and News @ ..Tata Cara Merias Wajah Yang Benar
blog saya PR1 je.bleh bro bg tip sikit camna nak tingkat PR?
Curahan rasa slimdiet2 @ ..Testimoni SD2 dari Johor Bahru
susah nk dpt PR ni rupenyer…kene banyak bersabar n usha…newbie lagi
Curahan rasa ira @ ..Pelancaran Nickname LensaDanFoto
Kena rajin2 baca artikel mengenai benda ni dekat blog bro DH..
Curahan rasa Steward John @ ..Google Pagerank Update 2011
Main domain still PR 1 tapi subdomain dah up dari PR 1 ke PR 2.
Wa.. tahniah dah naik PR.. harap dapat kekalkan PR tu nanti kan
Curahan rasa Steward John @ ..Banyak ong tahun ni Rezeki datang melimpah
huhu.. susahkan nak dptkan PR nie.. bila la agaknya PR blog joe nak naek.. huhu.. 🙂
Curahan rasa Johari Hamzah @ ..Webcam With Google Talk
Manatahu update seterusnya PR bro ni naik pulak kan… Yang penting kena continue berblogging.
salam denai hati,
tahniah masih kekal di pagerank 4..
saya still mantain gak 0, walaupun dah buat segala meta2 tag.. hmm.
Tanya sikit ni,
patut buat nofollow atau dofollow? di section komen
Kalau PR rendah bagus dofollow n kalau PR tinggi tinggi bagus nofollow tapi kalau sentiasa nak share boleh juga PR tinggi letak dofollow
Aku termasuk PR tinggi nggak yah?
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Wali Band – Baik-Baik Sayang Sinopsis dan Video Youtube
PR Bang Iwan kalau kalau menurut saya sudah tinggi sangat tu.
Rasanya bagus juga kalau kita berkongsi2 dengan orang ramai kan.. biar menambahkan lagi semangat dorang tu untuk berkomen dekat blog kita.
untuk dapat trafik Bing,
ia tak sama seperti Google.
kerana Bing, korang tak pernah
risau link sebarangan.heee
Curahan rasa Ali ridha @ ..Amrpstqorg Domain pagerank 5
Yahoo Site Explorer pun dah nak integrasi ke rangkaian Bing
Curahan rasa akubiomed @ ..Perkongsian antara Yahoo! dan Bing menaikkan kualiti trafik blog
ane pengen buru2 punya blog ber pR tinggi, hehe
Comments are closed.