GO-KL City bus ganti khidmat Teksi Kuala Lumpur yang buruk

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, pemandu Teksi Kuala Lumpur mengamuk dengan khidmat bas dalam bandar GO-KL City. Perkhidmatan bas dalam bandar GO-KL City telah dilancarkan oleh Perdana Menteri DS Najib Razak pada 31/8/12 sempena sambutan Merdeka 55.

GO-KL City bas

GO-KL City adalah khidmat bas percuma untuk warga Kuala Lumpur dan pelancong untuk beberapa jajaran antaranya KLCC-Bukit Bintang-KLCC dan Jalan Sultan Muhamad-Bukit Bintang-Jalan Sulan Muhamad. Peringkat pertama lebih 15 bas disediakan untuk memberi perkhidmatan kepada lebih 10,000 – 20,000 pengguna. Waktu beroperasi GO-KL City pada jam 6.00 am sehingga 11.00 pm dan dilengkapi dengan kemudahan WiFi.

Jajaran GO-KL City bas

Khidmat bas GO-KL City telah menaikan kemarahan Pemandu Teksi Kuala Lumpur kerana katanya telah menjejas sumber pendapatan mereka.

Pengalaman aku kembara di merata dunia, secara peribadi memang tidak dapat nafikan perkhidmatan Teksi Kuala Lumpur antara yang terburuk di dunia. Jangan nak banding khidmat Teksi di Kota London dan Paris … kalau nak banding dengan khidmat teksi di Jakarta dan Bangkok pun khidmat teksi Kuala Lumpur dah kalah teruk.

Teksi London

Aku sendiri dah banyak kali melalui pengalaman ngeri dengan khidmat teksi Kuala Lumpur yang suka-suka nak ambik dan tolak pelanggan ikut kehendak mereka. Itu belum lagi melihat bagaimana pemandu teksi menolak menghantar pelancong ke tempat tujuan mereka dengan berbagai alasan. Itu belum lagi yang menipu tidak menggunakan meter dan mengenakan bayaran yang mahal. Hati memang panas terutama bila dah terlambat nak pergi seminar atau meeting tapi teksi tak nak hantar.

Ada yang kata hanya kerana nila setitik rosak susu sebelangga tapi betul ke hanya segelintir pemandu teksi Kuala Lumpur yang macam tu. Pernah sekali aku menunggu teksi di depan lobi hotel .. hanya dapat khimat teksi setelah ditolak oleh lima pemandu teksi dengan berbagai alasan.

Teksi Kuala Lumpur

Itu belum cerita lagi teksi yang buruk dan tidak kemas seperti tak layak sebagai sebuah teksi.

Pelanggan perlukan khidmat teksi 5 star bukan berbagai alasan. Kalau nak bagi alasan baik duduk rumah tak payah bawa teksi … memalukan Malaysia sahaja.

Mungkin Rakan Blogger boleh kongsikan kisah naik teksi di Kuala Lumpur.


Spread the love

122 Comments

  1. Setuju dengan perkhidmatan teksi di luar khusus di kota London adalah antara yang terbaik. Bos saya pernah bercerita tentang cara pengambilan pemandu teksi di sana adalah sangat2 ketat. Untuk mengambil lesen, anda perlu menghafal jalanraya di sekitar kota London. Dan bakal2 pemandu teksi perlu menghafalnya menggunakan skuter yang kadangkala mengambil masa setahun baru ‘berani’ mengambil lesen teksi. Ini adalah kerana anda tidak boleh menolak permintaan bakal penumpang anda kerana ianya satu kesalahan serius di kota London. Lagipun ada diantara pemandu2 teksi di Malaysia yang menyewa permit mereka kepada warga asing yang tidak sepatutnya berlaku di sini. Diharap pihak berwajib mengambil perhatian serius mengenai perkara ini, jika tidak imej pemandu teksi di sini dianggap “setakat kelas rendah” atau tiada bintang.
    Curahan rasa Zulfaka Ali @ ..Tip Keselamatan Perbankan InternetMy Profile

  2. Betul setuju dengan pendapat DH. Memang kalau nak compare negara sendiri punya khimat teksi memang teruk. Saya ni takdelah pernah merata satu dunia tapi pernah ke luar negara seperti Korea, Singapore, Indonesia.. Tapi memang berbeza dari segi layanan, kebersihan teksi, harga… dan macam-macam. Termasuk kerenah yang pemandu teksi. Betul. baik duduk je dirumah kalau camni! Argh..sebab mmg bad experience baru2 ni di Johor dengan pemandu teksi yang kurang ajar!
    Curahan rasa Mummy Akmar @ ..Faktor Risiko KeguguranMy Profile

    1. Nak cerita jugak pemandi Teksi di JB. Sorry orang JB… Waktu tu saya dan anak di Plaza Angsana. Dah la keadaan anak saya muntah waktu tu. Kami nak kan teksi balik ke hotel. Dah tahan teksi, memang dari jauh dia nampak saya tengah mengusung stroller anak. Sampai je ke kereta, dah ibu dan anak saya duduk. Sekali waktu nak lipat stroller dia cakap ” saya takboleh bawak stroller ” . Memang geram betul. Kalau dari tadi dia nampak cakap lah awal-awal. Saya cakap stroller ni boleh lipat jadi kecik.. dalam hati “ini stroller zaman moden, bodoh sangat pemandu tu” dah la suara menengking. Bila saya letak “dia menengking saya, letaklaaa perlahan-lahan” bukannya nak tolong saya. Lepas tu saya nampak teksi baru datang, saya ckp takpelah cik kalau banyak masalah saya naik teksi belakang. Lepas tu boleh plak ckp “haa cepat naik-naik” . Nak jugak rezeki hari tu. Tapi layanan hampeh. Arrrrrrrrr geram sangat. Dah la panik time tu anak dah muntah beberapa kali masa dekat Plaza Angsana dekat situ. Panas terik lagi. Nasib anak tak muntah dalam kereta dia. Mati kena tengking kot…Hahaha…Bawak lah laju macam orang tak siuman. Brek mengejut… okay.. dah luahkan perasaaan! Hahaha
      Curahan rasa Mummy Akmar @ ..Faktor Risiko KeguguranMy Profile

  3. Rasanya krjn dah lama bagi muka kepada pemandu teksi di Malaysia agar periuk nasi mrk tak terjejas, namun kesengsaraan org awam perlu juga diberi perhatian. Masaalah kita di Malaysia skrg ni budaya mengamuk dan berDemo bila sesuatu tidak menguntungkan mereka berlaku. Harap2 krjn x tunduk pada desakan yg bukan2 dan terus buat sesuatu untuk kepentingan rakyat secara keseluruhan.
    Curahan rasa Dulu Lain Sekarang Lain @ ..Adele – SkyfallMy Profile

  4. mungkin tak semua macam tu kot. mungkin yang jenis macam tu yang jenis nak untung je. saya tau kehidupan seorang pemandu teksi macam mana. kais pagi makan pagi kais petang makan petang. apa lagi nak kena bayar sewa bulanan yang agak mahal lebih kurang rm50-rm60 sehari. ditambah lagi dengan pertambahan pemandu teksi yang semakin ramai sekarang ni. Nak dapat rm 20 sehari pun pening kepala. macam mana mereka nak sara ahli keluarga dengan pendapatan sebegitu? dan bagaimana mereka nak membayar sewa teksi? rata2 mereka yang bawa teksi ni bukan orang yang mempunyai kelulusan pelajaran yang tinggi. nak berniaga, modal tak ada. standard pinjaman bank, at least 10% projek dah jalan baru boleh buat loan. nak kerja lain, apa lah yang mampu mereka lakukan dengan kelulusan yang rendah tu ditambah lagi dengan usia yang semakin meningkat. Hutang mereka melebihi pendapatan mereka sebenarnya. Mungkin yang bertindak mogok tu adalah pemandu yang benar2 jujur mencari rezeki sebab pendapatan mereka tidak banyak mana. macam saya cakap tadi, kais pagi makan pagi kais petang makan petang. sebab tu mereka rasa pendapatan mereka akan lebih susut dengan adanya bas percuma tu. 300 pemandu teksi yang buat mogok tu hanyalah separuh sahaja daripada lebh daripada 20ribu dan mungkin lebih banyak daripada 20ribu buah teksi yang berada di atas jalanraya kuala lumpur. dan saya sangat yakin mereka itu adalah pemandu2 teksi yang jujur dalam mencari rezeki. sebab tu mereka sangat2 terasa terjejas bila adanya perkhidmatan bas percuma tu. yang tidak jujur dalam mencari rezeki mungkin tidak kisah kerana mereka ada jalan pintas untuk mencari keuntungan besar dengan charge yang mahal, tidak mengikut meter. rata2 yang saya baca sana-sini semuanya mengutuk dan mencaci pemandu teksi, sedangan tak semua sebegitu. semua mengutuk mogok tersebut. Sedangkan mereka tidak tau apa yang pemandu teksi alami dalam kehidupan seharian. kerja melebihi 14 jam semata2 nak menyara ahli keluarga. sanggup merisikokan nyawa dibunuh dan dirompak ditengah2 malam hanya untuk memberi sesuap nasi kepada ahli keluarga. kalau perasan, rata2 pemandu teksi bawa teksi agak menggila. antara faktornya adalah untuk mengejar penumpang kerana saingan yang terlalu banyak. dan kedua adalah kerana tekanan emosi disebabkan pendapatan yang tidak pernah mencukupi dari sehari ke sehari. apalagi memikirkan hutang yang perlu dibayar setiap hari. pendapatan teksi dulu dan sekarang amat berbeza. pendapatan mereka susut lebih daripada 50% daripada dulu. selalu orang komplen charge teksi mahal, kalau dulu rm1.50 sekarang dah jadi rm3. kalau dulu setiap sen naik dalam 40 saat, tapi sekarang 20 saat, tapi pernah mereka fikir yang charge tu bukannya dapat memberi kekayaan kepada pemandu teksi. lihat sekeliling, harga barang2 keperluan asas bukan makin menurun, tapi makin meningkat. jika charge yang ditetapkan sekarang pun masih tidak dapat menampung kehidupan seharian pemandu teksi, macam mana jika ia ditetapkan pada harga rm1.50 macam dulu? saya tak marah dengan artikel ni, sebab ia memang benar. cuma rasanya saya perlu menegakkan keadilan bagi pemandu2 yang memang benar2 jujur dalam mencari rezeki yang halal untuk keluarganya. macam mana saya tau semua ni? sebab saya adalah seorang anak pemandu teksi. sebab tu saya tau apa yang berlaku di dalam kehidupan seharian seorang pemandu teksi. dan masa kecik2 dulu, saya selalu temankan ayah saya cari penumpang tengah2 malam. sekarang still lagi ayah saya membawa teksi. sebab tu saya tau benar apa yang dilalui oleh mereka. senyuman yang palsu dipamerkan kepada ahli keluarga sedangkan di dalam hatinya menangis kerena tidak dapat menyediakan yang terbaik buat keluarga. anak orang lain holiday ke sana ke sini, tapi kami anak pemandu teksi hanya mampu tersenyum dan mendengar cerita2 menarik mereka sahaja. anak orang lain beli permainan canggih macam-macam, kami anak pemandu teksi pula hanya dapat melihat dan tersenyum sambil mengharap agar diberi peluang untuk bermain bersama mereka. 🙂
    Curahan rasa boni kacak @ ..Selamat Pengantin Baru Tok PenghuluMy Profile

    1. Memang bukan semua yang macam ni. Saya rasa pemandu yang jujur boleh dikira dengan jari. Dan juga memberi layanan yang baik dan tidak menipu pelanggan. Masa di JB waktu kami nak balik dari Hotel ke Airport , kami dapat pemandu yang peramah dan baik. Dia juga telah guna jalan pintas agar kami tidak lambat sebab jam kalau ikot jalan yang ada traffic light. Tentang harga barang tu pihak berkuasa kena amik tahu, Memang harga barang dah naik melampau. Kerajaan kena kawal juga.
      Curahan rasa Mummy Akmar @ ..Faktor Risiko KeguguranMy Profile

  5. xpayah la nk kutuk sgt org tu nk cr rezeki halal. kalau da mcm tu mne initiatif kerajaan malaysia nk perbaiki teksi di malaysia???? persoalan.. xkn bg tayar percuma je…

    1. memg ler teksi mhal..
      da naik personal…
      nak murah naik la bas rapid ke…
      tu murah…
      nak berhimpit2… klau luck … dpt la duduk… pastu dgn bau lagi =.= aishh

  6. yup..teksi mahal sgt la skng ni..kadang2 harga x masuk dek akal..cekik darah sgt
    tu belom kire yg kurang ajar dgn customer lg..ish2 x phm..

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!