Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, pemandu Teksi Kuala Lumpur mengamuk dengan khidmat bas dalam bandar GO-KL City. Perkhidmatan bas dalam bandar GO-KL City telah dilancarkan oleh Perdana Menteri DS Najib Razak pada 31/8/12 sempena sambutan Merdeka 55.
GO-KL City adalah khidmat bas percuma untuk warga Kuala Lumpur dan pelancong untuk beberapa jajaran antaranya KLCC-Bukit Bintang-KLCC dan Jalan Sultan Muhamad-Bukit Bintang-Jalan Sulan Muhamad. Peringkat pertama lebih 15 bas disediakan untuk memberi perkhidmatan kepada lebih 10,000 – 20,000 pengguna. Waktu beroperasi GO-KL City pada jam 6.00 am sehingga 11.00 pm dan dilengkapi dengan kemudahan WiFi.
Khidmat bas GO-KL City telah menaikan kemarahan Pemandu Teksi Kuala Lumpur kerana katanya telah menjejas sumber pendapatan mereka.
Pengalaman aku kembara di merata dunia, secara peribadi memang tidak dapat nafikan perkhidmatan Teksi Kuala Lumpur antara yang terburuk di dunia. Jangan nak banding khidmat Teksi di Kota London dan Paris … kalau nak banding dengan khidmat teksi di Jakarta dan Bangkok pun khidmat teksi Kuala Lumpur dah kalah teruk.
Aku sendiri dah banyak kali melalui pengalaman ngeri dengan khidmat teksi Kuala Lumpur yang suka-suka nak ambik dan tolak pelanggan ikut kehendak mereka. Itu belum lagi melihat bagaimana pemandu teksi menolak menghantar pelancong ke tempat tujuan mereka dengan berbagai alasan. Itu belum lagi yang menipu tidak menggunakan meter dan mengenakan bayaran yang mahal. Hati memang panas terutama bila dah terlambat nak pergi seminar atau meeting tapi teksi tak nak hantar.
Ada yang kata hanya kerana nila setitik rosak susu sebelangga tapi betul ke hanya segelintir pemandu teksi Kuala Lumpur yang macam tu. Pernah sekali aku menunggu teksi di depan lobi hotel .. hanya dapat khimat teksi setelah ditolak oleh lima pemandu teksi dengan berbagai alasan.
Itu belum cerita lagi teksi yang buruk dan tidak kemas seperti tak layak sebagai sebuah teksi.
Pelanggan perlukan khidmat teksi 5 star bukan berbagai alasan. Kalau nak bagi alasan baik duduk rumah tak payah bawa teksi … memalukan Malaysia sahaja.
Mungkin Rakan Blogger boleh kongsikan kisah naik teksi di Kuala Lumpur.
122 Comments
Aku jarang2 naik teksi dekat KL ni..sebab dah selalu guna motor atau kereta je nak kemana2.. tapi kekadang tu memang tidak dinafikan ada sesetengah teksi tu memang cekik darah punya.. walaupun tak semua
Curahan rasa Myvitrd @ ..Biskut Coklat Comot
Malaysia hebat, Indonesia aja kalah. Bus-nya saja dah ngalahin, apalagi bidang lainnya ya? salut deh
Curahan rasa jugglingart.org @ ..How a Marketing Strategy Blow Your Online Store Visitors
tentu akan ada pengaruhnya, apalagi bus ini percuma
Curahan rasa Dadan @ ..Hati-hati Jika Bicara
yang beginian di Indonesia juga suka ada
Curahan rasa Dadan @ ..Hati-hati Jika Bicara
Rasanya persatuan teksi telah melakukan mogok kerana tidak puas hati dengan pengenalan bas Go Kl City yang dikatakan menganggu periuk nasi mereka terutama pelancong asing.
Curahan rasa akubiomed @ ..Red Wok Restaurant destinasi makan makan di Bangi
Paling benci bila kebanyakkan pemandu teksi tidak mahu guna meter! Kalau pun guna meter, sengaja ikut jalan jauh!
Curahan rasa anif @ ..Michael Schumacher Umumkan Persaraan Kali Kedua
Bila ada sebuah transportasi baru dan hal tersebut mempengaruhi akan jumpalh penumpang dan pendapatan maka hal ini akan banyak timbul protes termasuk protes para sopir taksi
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Cara Menyusui Yang Benar
Selain itu bila ada armada taksi baru juga akan membuat sopir taksi lainnya berunjuk rasa apalagi bila armada taksinya sudah mempunyai segmen penumpang sendiri dan juga terkenal
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Cara Menyusui Yang Benar
blog walking here. Thanks for sharing ^_^
koz memang byk kali mengalami masalah berkenaan pemandu teksi ini. Pernah sekali koz di berhentikan di tepi jalan hanya kerna jalan sesak bila menuju ke destinasi yg koz ingin pegi…Sejak hari tu sehingga sekarang koz tidak menaiki teksi dah…
Curahan rasa Budak Nakal @ ..Zizan Razak tewaskan Aaron Aziz kategori Hero Terhebat
Terpaksa menapak jalan kaki sejauh 3km…selamat ada juga restoran tuk berhenti rehat…mmg s*al…
Curahan rasa Budak Nakal @ ..Zizan Razak tewaskan Aaron Aziz kategori Hero Terhebat
Memang patut perkhidmatan GO-KL City diwujudkan…kurang juga beban rakyat yg bekerja di kawasan berdekatan.
Curahan rasa Budak Nakal @ ..Zizan Razak tewaskan Aaron Aziz kategori Hero Terhebat
aku dah banyak pengalaman pahit dengan teksi…..aku rakyat malaysia pun diaorang nak tiau (hentam)…harga bukan main mahal..clalu aku g dari subang ke airort diaorang dah tiau RM180…beg pulak charge lain…GO-KL go…pedulikan diaorang mengamuk
Curahan rasa zack @ ..MIDIN BELACAN
Ternyata di malaysiya perilaklu sopir gak jauh beda ya dengan di indonesia
Curahan rasa natural beauty @ ..Natural Remedies To Overcome Odor In Vagina
Paling benci yg sesuka hati naik harga tambang..
Curahan rasa Fazrol @ ..Aisy merangkak!
selalunya apa alasa pemandu yang taknak hantar tu yea?? jalan jammed ke.. dekat sangat ke… ermmmmm
Curahan rasa KiD @ ..Kisah Ikan Puyu yang Mistik
hmmm elok sgt tu..
tak sakit mana menengoknya…
tapi bagaimana nasib pemandu yg terlibat?…
Curahan rasa auc dot com @ ..Pelik Lebah di Perancis Hasilkan Madu Biru dan Hijau
Pemandu kena berubah sikap. Di luar negara ada macam2 pengankutan umum tapi kerana pemandu teksi berhemah masih boleh cari makan lagi. Kat KL GO-KL city tu cover 15km je bukan banyak mana pun.
Banyak kali kne la jugak. nak marah pulak depa ni. benda dah bertahun jadi, tak nak baiki. Sekarang dah ada Go-KL, rasakan….
Curahan rasa Faris Al-Muhandisu @ ..Pelajar Asing Wajib Tahu Bahasa Kita
faris ada pengalaman buruk dengan pemandu teksi??
Curahan rasa KiD @ ..Kisah Ikan Puyu yang Mistik
banyak kali terkena dengan khimat teksi yang buruk dan teruk ni, sebab bila tiba musim perayaan akak akan ke jakel untuk membeli barang2 keperluan kedai tudung dengan teksi sebab parking selalunya problem… dah teksi buruk driver tua, gatal pulak tu…. kadang2 kena pemandu india, lagu dah tamil pasang kuat pulak tu belum bau dia lagi uwaaaaaaaaaaaaa
Curahan rasa sweetkurma @ ..terasa kehilangan
Comments are closed.